Saturday 29 September 2012

Kalau bijak, jawablah, kalau noob, cuba jawablah...



Gua ada teka teki, kalau lu semua bijak-bijak belaka, dipersilakan jawab (jawab di ruangan komen di bawah). Kalau nak tau jawapan, highlight kurungan jawapan (           ). kalau nak lebih surprise, janganlah highlight jawapan...

ok, jom mula...

1) Mi apakah yang boleh di makan dengan ais?
Jawapannya (Milo Ais)

2) Bas apakah yang sangat pandai?
Jawapannya (Bas Sekolah)

3) Mana lagi tua, motosikal ke kereta?
Jawapannya (Motosikal.. Sebab dia pakai tongkat)

4) Bagaimana nak bezakan ikan betina dengan ikan jantan?
Jawapannya (Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, 
                        mana ada perempuan nama BAKAR)

5) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk?
Jawapannya (Masukkan benang dalam jarum)

6) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki?
Jawapannya (Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia akan jatuh sebab tulah 
                        dia angkat sebelah je)

7) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
Jawapannya (Kambing BinAtang)

8) Air apakah yang paling berani?
Jawapannya (Air Terjun.. Sebab dia berani terjun)

9) Binatang apakah yang bertelur dan beranak?
Jawapannya (Siput Babi, Sebab siput bertelur dan babi beranak)

10) Sungai apakah yang paling berat?
Jawapannya (Sungai Besi)

11) Pokok apakah yang baik hati?
Jawapannya (Pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia)

12) kasut apa yang paling keras?
Jawapannya (Kasut Bata)

13) Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir
       terlanggarseekor katak. apakah yang akan turun dahulu selepas
       pemandu itu berhenti?
Jawapannya (Meter Bas)

14) Antara huruf A hingga Z, banyak-banyak huruf tu..
       yang manakah huruf yang boleh kahwin?
Jawapannya (Huruf I dan U)

15) Kain apa yang paling berat di dunia?
Jawapannya (Kain songket cap gajah duduk)

16) Soalan matematik, 2 apek tolak 1 nyonya jadi apa?
Jawapannya (Jatuh la nyonya tu)

17) Ibu satu, anak beribu, apa dia?
Jawapannya (Penyapu)

18) Kalau 1 + 1 = 2, jawapan lain dia apa?
Jawapannya (Jawapan lainnya salah la)

19) Ibunya di urut, dan anaknya di pijak?
Jawapannya (Tangga)

20) Pokok apakan bila manusia nampak dia akan lari?
Jawapannya (Pokok nak tumbang)

21) Lagu apa yang semua orang di dunia ini boleh nyanyikannya?
Jawapannya (Lagu Happy Birthday)

22) Sungai apakah yang tiada air?
Jawapannya (Sungai di dalam peta)

23) Ikan apakah yang mempunyai ketiak?
Jawapannya (Ikan duyung)

24) Pintu apa walau 10 orang tolak tetap tidak boleh di buka?
Jawapannya (Pintu yang ada tulis 'TARIK')

25) Saya ada 3 kepala, 4 tangan dan 3 kaki.. Siapakah saya?
Jawapannya (Pembohong)

26) Apadia jauh di mata dan dekat di hati?
Jawapannya (Usus)

27) Nak mencari sikit punya susah, bila dah dapat di buang.. Apa bendanya?
Jawapannya (Tahi Hidung)

28) Apa persamaan kain jemuran dengan telefon?
Jawapannya (Dua-dua kalau dah kring boleh di angkat)

29) Apadia bila masuk segi tiga dan bila keluar bergulung-gulung?
Jawapannya (Seluar dalam)

30) Masa dia hidup kita menyanyi, dan masa dia mati kita tepuk tangan?
Jawapannya (Lilin masa sambut hari jadi)

31) Scorpion kaler apa?
Jawapannya (Kala Jengking)

32) Kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
Jawapannya (Kuih Donut)

33) Kuih apa ada bawang besar ditengah-tengah?
Jawapannya (Kuih salah sesepi)

34) Lembu apakah yang orang suka cari?
Jawapannya (Lembu yang hilang, sebab kalau tak hilang orang tak cari)

35) Kotak apa yang tak boleh diangkat?
Jawapannya (Kotak penalti)

36) Cecair apakah yang menjadi beku apa bila dipanaskan?
Jawapannya (Telur)

37) Singa apa yang tak makan daging?
Jawapannya (Singapura)

38) Burung apakah yang paling penyayang?
Jawapannya (Burung belatuk... sebab dia bela atuk)

39) Buah apakah yang tidak bertangkai?
Jawapannya (Buah Melaka)

40) Daun apakah yang tidak bertangkai
Jawapannya (Daun Terup)

41) Binatang apa tidak berkaki?
Jawapannya (Ular)

42) Bintang apakah yang hidup di laut?
Jawapannya (Tapak Sulaiman)

43) Binatang apakah yang paling kaya didunia?
Jawapannya (Beruang, sebab binatang ni ber wang)

44) Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
Jawapannya (Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris,
                        "Kang" adalah perkataan Jawa)

45) Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Jawapannya (Bahrain kerana bah tu banjir, 'rain' tu hujan)

46) Katak apa yang boleh menyuruh orang?
Jawapannya (KATAKan padaku)

47) Kera apa yang tinggal di istana?
Jawapannya (KERAbat diraja)

48) Kopi apa yang sungguh menyusahkan?
Jawapannya (KOPIkir sendirilah)

49) Apa erti peribahasa "Sambil Menyelam Minum Air"?
Jawapannya (Tenggelam)

50) Apa bahasa cinanya "selesai makan"?
Jawapannya (Sudah KEN YANG)

51) Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan
       lalu mati. 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang.
       3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.
Jawapannya (Mereka akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 
                        2- Astaghfirullah hal azim. 3- Alhamdulillah)

52) Cuba teka apa bahasa cina-nya "orang yang cari ikan di laut"?
Jawapannya (MAN CHING)

53) Apa dia, Ditembak ke lantai kena hidung?
Jawapannya (Orang kentut)

54) Apa yang diiring bukan raja, ditanam bukan tanaman?
Jawapannya (Orang mati nak dikubur)

55) Apa benda, berkaki satu bemata tiga?
Jawapannya (Lampu Trafik)

56) Apa yang masuknya keras keluarnya lembik?
Jawapannya (Terung direbus)

57) Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri
      yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?
Jawapannya (Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat
                       gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato', suami
                       tidak mendapat sama)

58) Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan
       bila tua pula berkaki 3?
Jawapannya (Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua
                       kaki dan bila tua bertongkat)

59) Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam,
       sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan
       di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian,
       sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam
       meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan
       berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki
       serba hitam itu?
Jawapannya (Waktu itu adalah siang hari bukannya malam)

60) Apa dia, Kalau kita guna kita buang, kalau tak guna kita simpan?
Jawapannya (Jala)

70) Ada 3 biji limau kemudian di bahagi kepada 3 bahagian.. lepas tu di bagi
      pulak pada 3 orang.. berapa seorang dapat?
Jawapannya (Sebiji sorang sebab limaukan 3 biji)

71) Benda apa kalau naik tak turun dah?
Jawapannya (Umur)

72) Air apa yang kita bawa tak berat?
Jawapannya (Air Sembahyang)

73) Apakah dia "rumah di bawah, tiang di atas"?
Jawapannya (Kubur)

74) Kulit bertemu kulit, bulu bertemu bulu, makin rapat makin sedap?
Jawapannya (Mata mengantok nak tidur) *jangan fikir negatif sbb jawapan nya berbentuk positif*

75) Kalau kotor tak dapat dicuci, kalau koyak tak dapat di jahit
Jawapannya (Kertas)

76) Bila ditarik, yang di atas gembira dan yang di bawah pasti merana?
Jawapannya (Pengail yang dapat ikan)

77) Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita
       jalan dia pun ikut sama.
Jawapannya (Tapak kaki kita)

78) Bila dipegang, ia mati, bila dilepas, ia hidup, dibiar-biar, akhirnya mati?
Jawapannya (Gasing)

79) Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di
       bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang
       pendengaran?
Jawapannya (Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak
                       jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara
                       pun tak ada)

80) Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu
       bedak, aku pun terjun ke dalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai
       mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
Jawapannya (Pisang Goreng)

81) Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam?
Jawapannya (Anak Mancis)

82) Pembuatnya tidak mahu guna, pembelinya tidak menggunakannya dan
      penggunanya tidak nampaknya?
Jawapannya (Keranda)

83) Di dalam Dunia ni, dialah yang paling pendek dan panjang, di dalam dunia
      ni dialah yang lembab dan pantas, tanpa dia semua kita buat tak jadi?
Jawapannya (Masa)

84) Ada kaki tak berpeha, ada muka tak berkepala?
Jawapannya (Meja)

85) Apa perbezaan jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
Jawapannya (Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu
                        baru naik)

86) Apa perbezaan antara orang perempuan dengan angkasawan perempuan?
Jawapannya (Perempuan - Datang Bulan, Angkasawan Perempuan - Datang ke 
                        bulan)

87) Apa persamaan Presiden Bush dengan Saddam Hussein?
Jawapannya (Dua-dua tak kenal siapa saya)

88) Apa pebezaan di antara sekretari baik dengan sekretari kurang baik?
Jawapannya (Sekretari baik; "Selamat pagi tuan", 
                        Sekretari kurang baik; "Dah pagi ni tuan'')

89) Apa perbezaan seluar pelarut dengan balon gas?
Jawapannya (Kalau Balon gas, lepas talinya, belon naik ke atas, seluar pelarut,
                        lepas talinya, seluar turun ke bawah)

90) Apa perbezaan lampu stadium dengan lampu bilik?
Jawapannya (Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, 
                        tapi kalau lampu bilik ada 'game'  dia padam)

91) Menyalak bukannya anjing, mengiau bukannya kucing,
       berkokok bukannya ayam, terbang bukannya burung,
       mengembik bukannya kambing.. Binatang apakah itu?
Jawapannya (Binatang ajaib)

92) Macam mana nak masukkan Gajah dalam peti sejuk?
Jawapannya (buka peti sejuk, masukkan Gajah lepas tu tutup)
               
93) Macam mana nak masukkan Rusa dalam peti sejuk yang ada gajah?
Jawapannya (Buka peti sejuk, keluarkan Gajah, masukkan Rusa dan tutup peti
                        sejuk)

94) Kalau seluruh hutan terbakar dan semua binatang mati kecuali seekor,
      agak-agak binatang apakah itu?
Jawapannya (Rusa, sebab dia masih dalam peti sejuk)

95) Kalau kucing naik moto, apa reaksi manusia?
Jawapannya (Hairan)

96) Gajah lalu titi, titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
Jawapannya (PATAH BALIK. pasal titi tu dah patah)

97) Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin
       itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada
       semua stokin tersebut?
Jawapannya (Stokin tu basah)

98) Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air.
       Bila ku toleh ke belakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
Jawapannya (Aku berjalan secara mengundur)

99) Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing ke kanan 180 darjah,
       kemudian 270 darjah ke kiri. Ke arah mana lembu itu menghadap sekarang?
Jawapannya (Ke bawah. Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan
                        rumput)

100) Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
Jawapannya (meter bas)

101) Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup?
Jawapannya (Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat)

102) Kenapa mayat dibungkus dengan kain putih?
Jawapannya (Kalau dibungkus dengan kain hitam, siapa takut)

103) Ekor siapa lagi panjang, ekor tikus atau ekor kuda?
Jawapannya ( ekor tikus, karana tikus kalau berjalan ekornya
                      mencecah tanah)

104) Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Jawapannya (Lampu jiran tetangga kita. Cubalah pecahkan, nanti akan keluar 
                       orangnya)

105) Kalau ditutup dia akan mengintai, tapi kalau dibuka dia
         akan marah marah?
Jawapannya (Orang naik beca semasa hujan)

106) Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala,
        sedangkan profesor dibahagian depan?
Jawapannya (Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau, dan profesor
                       pula memikirkan untuk masa depan)

107) Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?
Jawapannya (Ia bergantung kepada kedudukan anda sama ada anda manusia
                       atau tikus)

108) Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan
        dengan kepintarannya?
Jawapannya (Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan 
                       lelaki yang buta)

109) Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, dan kalau kura-kura panjat
         pokok nampak apa?
Jawapannya (Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat 
                       pokok)

110) Apakah yang berada diantara langit dan bumi?
Jawapannya (Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang 
                       dikehendaki adalah "dan")

111) Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
Jawapannya (Buang tabiat)

112) Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang,
        Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.
Jawapannya (Batang hidung)

113) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu
        getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah
        pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa
        tumbuh dulu?
Jawapannya (Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je)

114) Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami
        dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih
        timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa?
Jawapannya (Sebab anak dia tu perempuan)

115) Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
Jawapannya (Pemandunya lah yang mati. kalau kereta kancil dengan rusa 
                        berlanggar... mati lah orang tu, kan-kan?)

116) Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala. kalau makan tak pulak?
Jawapannya (Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh)

117) Zaman jepun dulu, kalau askar jepun jumpa lalaki hemsem, mesti kena
        pancung. Ditakdirkanlah awak hidup zaman jepun, dan kebetulan satu
        hari tu anda terserempak dengan askar jepun dari jauh. Apa yang anda
        buat untuk menyelamatkan diri?
Jawapannya (Buat selamba je laa.. apa kau ingat kau hensem sangat ke?)

118) Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?
Jawapannya (Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta 
                       mungkin namanya YAMAHMUD)

119) Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?
Jawapannya (Orang gemuk makan tempat, orang kurus makan hati)

120) Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
Jawapanmya (Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang)

121) Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?
Jawapannya (Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh)

122) Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar
         ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak
         ni apa yang paling besar?
Jawapannya (Orang tu la penipu besar, mana ada rumah dalam kapal)

123) Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?
Jawapannya (Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali 
                       jalan oleh TELEKOM)

124) 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat.
         6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah, namun 4 ekor burung
         telah jatuh ke bumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?
Jawapannya (Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan 
                       menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa)

125) Apa kita buat sebelum turun dari perahu?
Jawapannya (Kita naik perahu la dulu, macam mana nak turun kalau tak naik 
                       dulu)

126) Ikan apa yang ada bulu ketiak?
Jawapannya (Tauke ikan)

127) Apa yang dipegang lembik dipukul keras?
Jawapannya (Tahi ayam melekat kat tiang lampu)

128) Kenapa anjing jinak suka goyang ekor?
Jawapannya (Kalau goyang punggong nanti orang kata macam Inul (Dangdut)
               
129) Kenapa ikan Yu takut dengan ikan lumba-lumba?)
Jawapannya (Sebab ikan lumba-lumba suka bawak geng. Kalau lawan satu  
                       sama satu, belum tehu lagi dapat menang)

130) Kalau Haiwan dan Serangga boleh sekolah, siapa yang selalu lewat ke
        sekolah?
Jawapannya (Ulat Gonggok, sebab dia banyak kaki lambat nak pakai kasut 
                      sekolah)

131) Kenapa dalam film Hulk, bila hero bertukar jadi Hulk, badan dia terus
        membesar tapi baju dia je yang koyak seluar tidak?
Jawapannya (Kalau seluar yang koyak tajut jadi film Blue pulak)

132) Binatang apa, kaki macam gajah, telinga macam gajah,
        badan macam gajah, ada belalai macam gajah?
Jawapannya (Anak Gajah)

133) Ada 20 ekor babi di dalam sebuah lori, dalam perjalanan ke pusat
        penyembelihan, lori pergi ke stesen minyak… dua ekor babi tak tahan bau
       diesel lalu melompat… seterusnya… lori itu berhenti di lampu isyarat…
       seekor babi melompat kerana tidak sabar menunggu… dan di Simpang
       Tiga… seekor babi terasa amat panik lalu melompat… berapa ekor babi
       yang tinggal?
Jawapannya (20 ekor jugak pasai dia lompat dalam lori aje (Di Malaysia kan 
                       babi kena bawak dalam sangkar)

134) Babi dan beruk ada seorang kawan iaitu tarzan, apabila tarzan mandi
        kenapa babi dan beruk gelak?
Jawapannya (Sebab ekor babi dan beruk kat belakang, ‘ekor’ tarzan kat depan.
                      pendek pulak tu)

135) Apakah binatang yang boleh terbang, memanjat pokok dan berenang
        dalam air?
Jawapannya (Ada banyak jawapan tapi yang pasti mesti 3 binatang bukan 1. 
                       Burung, Monyet dan Ikan)

136) Kenapa apabila monyet makan, ia suka simpan di pipi?
Jawapannya (Saya tak tahu sebab saya bukan monyet, sapa yang jawap tu
                      paham-paham la)

137) Tukang apa yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas?
Jawapannya (Tukang gali kubur)

138) Apa yang waktu malam dia hidup siang dia mati?
Jawapannya (Drakula)

139) Sebuah bas membawa 30 orang penumpang. Tiba-tiba berlaku satu
         kemalangan, semua penumpang dan driver bas mati. Apa yang
         masihhidup?
Jawapannya (Lesen memandu, Roadtax dan insurent Driver Bas tu)

140 Kereta berhenti tarik Handbrek, Kuda Berhenti Tarik Apa?
Jawapannya (Tarik nafas sebab penat belari)

141 Kenapa Pontianak berambut panjang?
Jawapannya (Sebab dia selalu keluar tengah malam dan tengah malam kedai 
                      Gunting dah pun tutup)

142 Apakah kucing selalu ada, tapi gajah tak mungkin ada?
Jawapannya (Anak kucing)

143) Katak apa yang boleh melompat lebih tinggi dari Bangunan Berkembar
        Petronas?
Jawapannya (Semua katak. sebab Bangunan Berkembar Petronas tak boleh melompat)

144) Bibir bertemu bibir, tangan meraba raba mencari lubang sehingga
        menimbulkan keasyikan?
Jawapannya (Orang main seruling)*jangan fikir negatif sbb jawapan nya berbentuk positif*

145) Di laut merah terdapat banyak ikan jerung, sebab?
Jawapannya (sebab itu janganlah kau berenang di sana)

146) Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang?
Jawapannya (Kacang panjang bila dipotong namanya tetap kancang panjang, 
                      tapi seluar panjang bila dipotong jadi seluar pendek)

147) Katak apa yang dilanggar kereta tapi masih tak mati?
Jawapannya (Katak panjang umur)

148) Ada 3 orang yang memakai payung - orang pertama gemuk, orang kedua
        kurus, orang ketiga pendek. siapa yang basah?
Jawapannya (Tak ada sapa yang basah sebab tak hujan pun)

149) Nenek siapa yang larinya melompat-lompat?
Jawapannya (Nenek si Kangaroo)

150) Ayam apa yang boleh bertelur di gunung, di gua, dan di dalam hutan?
Jawapannya (Ayam betina)

151) Kereta apa yang tidak boleh dicat?
Jawapannya (Kereta yang hilang)

152) Kuda apa yang boleh lihat anda, tapi anda tak boleh lihat kuda itu?
Jawapannya (Kuda yang tengah sembunyi)

153) Lipas apa yang kepalanya di kaki, badan-nya di kaki, sesungutnya pun di
        kaki?
Jawapannya (Lipas kena pijak)

154) Ikan apa yang banyak di laut?
Jawapannya (Ikan yang basah)

155) Kenapa kentut kau lebih kuat bunyinya daripada kentut aku?
Jawapannya (Sebab kau kentut kat Microphone)

156) Berapakah jauhnya planet Pluto dari matahari?
Jawapannya (Tersangatlah jauhnya)

157) Apa dia, ayam di luar, ikan di dalam?
Jawapannya (Ikan sardin cap ayam)

158) Apa dia, bila kecik dia hitam, bila besar jadi putih?
Jawapannya (Michael Jackson)

159) Kenapa hidung lembu sentiasa berair?
Jawapannya (Lembu tak tahu nak kesat hidungnya dengan tisu)

160) Bom apakah yang tak pernah meletup?
Jawapannya (Bomba ataupun kuih bom)

171) Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta?
Jawapannya (Teksi)

172) Kenapa orang bercinta suka meraba raba?
Jawapannya (Kerana cinta itu buta)

173) Apa sebab utama perceraian?
Jawapannya (Perkawinan)

174) Binatang apa power Karate?
Jawapannya (Kuda belang. cuba kira berapa "black belt" dia ada)

175) Gajah terbang dengan apa?
Jawapannya (Dengan susah payahnya)

176) Apa dia Berwarna hitam, montok, terbelah di tengahnya?
Jawapannya (Tahi kerbau dilanggar Motosikal)

177) Kalau terjun dari KLCC apa yang pecah?
Jawapannya (Pecah Rekod)

178) Ada seekor ayam jantan, dia bertelur atas atap, telur ayam tu bergoleng
        dari atas atap, apa jadi kat telur tu?
Jawapannya (Mana ada ayam jantan bertelur)

Sunday 23 September 2012

Kisah Azman dan neneknya

Nenek Rock!



Ketika aku pulang ke kampung halaman... Aku bertemu dgn nenek ku yg berumur 89 tahun.. Dgn rasa gembira aku mencium tangan nya dan bermula la dialog antara aku (Azman dan Nenek Tersayang )

Azman : Alhamdulilah nek, smpai juga hajat saya kemari bertemu dgn nenek"
Nenek : Syukur lah... nek pon ada hajat nak suh ko balik ni..
Azman : Apa dia hajat nenek tu?
Nenek : Kalo cucu dpt jawab... nenek akan bgi aset tanah 200 hektar berserta emas dua karung kepada cucu.. tetapi dgn syarat cucu hendaklah menjawab teka teki nenek"

Lantas dgn persaan gembira aku pun berkata :

Azman : Lekas la nek apa dia soalan tu.
Nenek : Sabo la cu.. naik la kerumah dulu .. Nnti nek bagitau apa teka teki tersebut..
Azman : Baik la nek..

Pada Mlm tersebut selepas habis mengerjakan solat isyak dgn pantas aku mendapatkan nenek...

Azman : Nek, tentang teka teki nenek apa tdi ek?
Nenek : Begini, nenek akan berikan 3 soalan.. tetapi hnya 1 jawapan kamu jawab drpda 3 soalan tersebut.. cucu boleh kan?
Azman : Insyallah nek..
Nenek : Soalan nya ialah knapa ubi kayu boleh jadi keras? Knapa gigi beruk boleh jdi sikit? Knapa pencuri boleh kena tangkap?
Azman : Hmm... Jawapan nye... tatau la nek...
Nenek : Cucu ni cbe la fikir skit... harta yg nenek nk bgi ni bkan sikit..
Azman : Baik la nek..

(Selama 2 jam aku berfikir sempat juga aku menanya kan soalan ini kpd mmber2 aku.. namun semua nya memberikan respon tidak tau sprti aku.. selepas aq mmbuat researh slma 3 jam bru lah aku mendapat jawapan nya.. tepat pada jam 7 pagi.. )
Azman : nek.. sy da dpt jawapan nya..
Nenek : apa dia?
Azman : jawapan nya ialah LAMBAT CABUT.
Nenek : ya.. betul.. itulah jawapan yg nenek fikir kan selama 50 tahun.. trima kasih cucu..
Azman : tapi nek.. mane dia hadiah yg nenek nk kasi tu?
Nenek : amek ni nenekkebaya_12@yahoo.com & psword 1912nenek ... cucu pegi fesbok pstu bukak cityville.. tu la hadiahnya.. nenek da 5 tahun maen mende tu >.<!
Azman : laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa jauh sy datang nek dari BRAZIL dpt ni je? -_-!

Keputusan Lee Chong Wei menentang Boonsak dari Thai

Chong Wei berjaya merangkul gelaran juara dalam Yonex Japan Open 2012 menentang Boonsak Ponsana dari Thailand. Keputusan set pertama  21-18 dan set kedua 21-18. Tahniah Datuk Lee Chong Wei.

Juga yang merangkul juara ialah beregu campuran Malaysia Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying menang 21-12 set pertama dan 21-18 set kedua menentang beregu campuran Indonesia Muhammad Rijal dan Liliyana Natsir.

Nantikan Piala Sudirman pada 19 May 2013. Kita lihat Chong Wei menentang Lin Dan lagi.

Pemain perseorangan
Datuk Lee Chong Wei

Boonsak Ponsana



Pemain beregu campuran
Beregu campuran Malaysia:
Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying

Beregu campuran Indonesia:
Muhammad Rijal dan Liliyana Natsir

Kehidupan gua lepas UPSR

Edit by Photoshop

Ini skolah gua, mesti lu semua tau kan apa gua buat masa ni? tak, salah tuu. Gua tak buat apa2 di skolah selain melepak, beli makanan kat kantin dan balik skolah. Kalau gua ada mood, gua ajak member2 gua duk cerita hantu dlm kelas. Sekolah gua ni masih baru lagi, cuma yg buat building2 nampak lama ialah cat murah yg senang pudar.

Kalau nak start group citer hantu ni, skolah gua venue yg terbaik. Antara tempat2 yg boleh digredkan utk venue citer hantu ialah
Gred A: Suasana paling seram
1. Tingkat 3 Blok D
2. Tingkat 3 Blok E
3. Perpustakaan 
4. Flat guru tingkat 3

Gred B: Seram sejuk
1. Kelas-kelas darjah 6
2. Kelas-kelas darjah 3
3. Makmal komputer
4. surau

Amacam? Gua belum pernah citer hantu kat gred A nombor 1 dan 4 dan gred B nombor 2 dan 3. Gua kalau citer hantu, gua ajak member2 yg berpengalaman banyak, gua tak ajak yg lurus bendul, nanti suruh citer kate takde citer.


Panorama diwaktu senja skolah gua...
Nanti cikgu-cikgu gua buat lawatan ke tempat2 yg gua taknak pegi. Lepas UPSR ni bnyk masa terluang, lu semua buat apa? Tolong bagi cadangan di kotak komen di bawah supaya gua tak bosan duk kat kelas tengok cikgu duduk termenung. Lepas UPSR nih, gua rindu bila cikgu jerit suruh diam. Dulu bkn main sronok lgi gua dgn member2 gua ketawa terbahak2. Masa tu era citer lawak, lepas UPSR era citer seram.

Sebelum UPSR, bkn main susah nak main game, bukak buku senang. Lepas UPSR ni bukan main lgi senang main game, bukak buku susah. Siot la kehidupan lepas UPSR ni. Ni baru UPSR, kalau lepas SPM? Hanya Allah yang tahu...


Ni semua member2 gua masa abis kelas tambahan pukul 4.30. Kami lepak2, sronok2 dan jalan2. Masa ni boleh diibaratkan cam lepas UPSR la, cuma masa tu semua org menghitung hari utk UPSR. Lepas UPSR cikgu kate "awak tak boleh sewenang-wenangnya melanggar peraturan sekolah", tapi gua keluar kelas beli air, beliau tak kesah pun? Inilah kehidupan lepas UPSR...

Masjid baru Matang Jaya

Pemandangan Matang Jaya dari tingkat
3 Blok E.

Saturday 22 September 2012

Peraturan Blog



Peraturan (a) Ulasan
Akta Bahasa 2012
1. Ulasan hendaklah ditulis dengan penuh budi bahasa tanpa menggunakan kata-kata kesat
2. Bahasa-bahasa kesat akan dibalas mengikut budi bicara Admin Mohd Nasharudeen

Peraturan (b) Hakcipta

Akta Hak Cipta (gambar) 2012
1. Pembaca Atau pencari boleh memuat turun mana-mana gambar yang dikehendaki.

Akta Hak Cipta (post) 2012
1. Pembaca dibenarkan menyalin mana-mana isi di blog ini.
2. Mana-mana post boleh disebarkan kemana-mana laman sosial


Pengenalan & Sejarah Blog

My Blog Kuching mula beroperasi pada 24 Desember 2011. Blog ini masih baru lagi.Blog ini beroperasi di Kuching,Sarawak. My Blog Kuching ditadbir oleh Mohd Nahasrudeen.

Blog ini pada mulanya adalah blog yang telah didelete. Terbiar selama 5 bulan begitu sahaja dengan nama 'Striker Gila'. Dan dalam bulan Desember 2011 saya berkunjung ke blog Aliff Cullen yang bernama 'Info-Info Menarik'. Saya sangat kagum dengan kekreatifan Aliff Cullen membina blog itu.

Saya pun terus menerus berusaha membina sebuah blog yang pada hari ini dikenali sebagai My Blog Kuching. Post pertama disiarkan pada 24 Disember 2012 yang bertajuk 'Selamat Datang'. Pada hari ini, Aliff Cullen telah menghapuskan blognya yg penuh dengan maklumat itu. Sehingga ke hari ini saya masih mengingati orang yg menginspirasikan saya utk menjadi pemblogger, iaitu Aliff Cullen.

15 Februari 2016, My Blog Kuching secara rasmi ditukar kepada nama baru iaitu IDUP SWK sempena nama initial saya iaitu 'IDUP SWK'.

Maksud nama 'My Blog Kuching'
My - Singkatan utk domain negara Malaysia iaitu '.my'
Blog - Jenis website yang dibina iaitu 'Blog'
Kuching - Tempat dimana saya tinggal sekarang

Maksud nama 'IDUP SWK'
IDUP - Hidup.
SWK - Singkatan bagi nama Sarawak

Tentang post
Nyatakan ulasan anda di bahagian komen di bawah setiap post.

Senarai header yang pernah digunakan
Header Pertama
Made by: Microsoft Paint
Header kedua
Made by: Photoscape

Header ketiga
Made by: no editing

Header keempat
Made by: Photoshop CS5

Header kelima (salah eja world kpd word)
Made by: Photoshop CS6

Header keenam (pembetulan word kpd world)
Mad by: Photoshop CS6


Header ketujuh
Made by : Photoshop CS6
Header kelapan
Made by : Photoshop CC


Terima kasih atas keprihatinan anda...

Kemalangan di SMK Matang Jaya


Credit to: Cyril Dason (the photographer)

KUCHING 21 Julai - Dua pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Jaya di sini cedera dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di hadapan sekolah mereka petang semalam.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang, mangsa Mohd. Shaufiq Abdullah, 17, patah kaki kanan dan cedera di telinga kanan selepas terperosok ke bawah kenderaan berkenaan.

Rakannya, Awang Mohd. Kamarul Awang Kamil, 17, pula cedera ringan dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, kenderaan jenis Toyota Unser tersebut dipandu seorang pemuda berusia 19 tahun yang datang ke sekolah untuk mengambil adiknya.

"Siasatan awal mendapati, ketika memasuki pekarangan sekolah, pemandu terbabit yang ingin berhenti tersalah menekan pedal minyak menyebabkan kenderaan dipandunya hilang kawalan.

"Kenderaan itu terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar kedua-dua pelajar itu yang sedang menunggu bas," katanya ketika ditemui di sini semalam.

P/s: Sorry lambat publish

Fahrin ahmad melawat Shell di Kuching

yang kanan tu mak aku, yg ambik gmbar tu
abg aku, Diemo Photography.
Bangga la konon mak gua tu dpt bergambar ngn artis, cehh... gua ngn adik2 gua pi tunggu dlm kereta. siot!!

Friday 21 September 2012

Sumbangan Gaddafi Di Libya




Post ni gua delete dulu sebab ada masalah teknikal, baru gua teringat tentang post ni masa gua tengok movie hitler, gua ingat tentang dictator. Jadi gua cari post ni, cari punya cari, gua jumpa yg paling complete skali, jom kita baca! 

"Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri."

camne? gua tak ikut sapa2 dlm entry ni, gua hanya baca apa yg gaddafi buat di libya dulu...

Thursday 13 September 2012

Kemerdekaan UPSR...



takde idea nak letak thumbnail ape, letak
jela gmbar bdk2 UPSR taun lepas...
Arini gua berjaya harungi 3 hari yg menyeronokkan. Hari pertama memang la rasa cam nak nangis, tpi bila dah msok hari ke-2, rasa seronok, tpi bila last day UPSR, member2 sebilik gua semua rasa cam buat latihan je, memang bersukaria kami dlm bilik tu.

Hari pertama gua jawab paper bm1 bm2 ngn math 2. hari kedua gua jwb paper math1, tpi 2 sbuject skolah gua tak ambik, iaitu bahasa cina ngn tamil, jadi, gua balik kol 9.15 pagi laa. Last day pulak, gua jwb bi1, bi2, sains ngn aptitud (ujian penderaan otak). aptitud tu gua rasa lagi baru.

Bila acara penutupan UPSR, kenangan yg paling gua takkan lupa ialah kacau Ali (jaguh badminton skolah) minum, habis tersembur air yg dia minum kat org dpn ngn tepi, tak terkecuali gua! hahaha!!! takkan gua lupa kenangan menghadapi UPSR nih. First day bkan main lagi ramai yg nangis, bila last day cam funfair bilik peperiksaan gua tuu.

Gua dikatogori Pusat 371, iaitu kumpulan yg ditarget cikgu2 utk dpt 5A, Pusat 372 pulak murid2 yg ditarget cikgu utk dpt 5A dan kebawah. Gua cukup puas hati, pusat 371 tingkat paling atas manakala pusat 372 hanya naik 2 set tangga, gua naik 4 set!!! Lahanat btol laa...

Tpi alhamdulillah gua dpt jawab semua paper dgn tenang dan waras, kecuali ujian aptitud yg buat otak gua hampir gila tuu. sabor je laa. Tpi gua memang sanjung cikgu-cikgu gua sbb dah beri pengetahuan yg banyak... doakan gua dpt 5A...

Friday 7 September 2012

Tips menghadapi UPSR

nanana~~~ takde idea, gune jela gmbar yg same...

Jika tadi gua post entry tentang Tips meniru dalam peperiksaan, kali ni pulak tips menghadapi peperiksaan, gua target UPSR. Sebelum lu teruskan baca, baca sampai habis article ni, baca dlm beberapa ari sbelum UPSR supaya ada persediaan sepenuhnya.

Tips 1: Ketenangan
Ketengan ialah perkara yg paling diperlukan semasa menjalani peperiksaan. Jadi, gua sarankan lu-lu yg nak msok dewan peperiksaan supaya jgn nervous, kalau nak lebih bersemangat, isi air panas dlm botol minuman, jgn panas sangat, suam2 sikit laa. 

Pastikan fresh2 dari rumah. Gua mau yg lu semua pegang botol tu. Kalau kita nervouskan, tangan kita kompom sejuk. Jadi, gua suruh pegang botol tu utk membarakan semangat kita... jgn sampai tangan melecur sudah...

Tips 2: Disiplin kejap
Pastikan anda diam daripada mula menjawab kertas soalan, sehingga tamat waktu menjawab. Kalau nak bising, nak bergayut, buat lepas peperiksaan. Kompom takde masalah yg berlaku. Gua berani jamin...

Tips 3: Ulangkaji
Kalau nak refresh memory kita, ulangkaji pagi2 tu jugak, tak kira tgh sarapan ke, berak ke, ape ke, ulangkaji je ape2 bende yg boleh, tpi ulangkaji nota je lah, jgn ulangkaji buku teks lagi...

Tips 4: Beban beg
Bawak ape yg perlu je, kalau boleh gua sarankan bawak pensel, pemadam, pen(jika perlu) dan sharpener, semua letak dlm pocket. Gua buat camtu ari Selasa ni (ari UPSR). Taklah beban nak mampus.

Tips 5: kebangangngan
Gua tau perkataan kat atas ni susah nak baca, tapai bangang adalah salah satu benda yg diperlukan masa di meja peperiksaan. Buat2 diri cam bangang, bkan bengang, bangang. Sbb apa mesti buat2 bangang.

kalau lu semua buat camtu, kompom pengawas peperiksaan tak kan syak apa2 kat lu sbb pengawas peperiksaan adalah seorang manusia, yg ada sifat peri kemanusiaan(kecuali israel). pengawas nampak kita bangang, dia tak pandang pon kita. Jgn pulak bangang masa jawab kertas peperiksaan tu nanti...

Tips 6: Semak
Pastikan anda semak kertas anda sblum anda serahkan kertas tu kat pengawas peperiksaan. Tpi kalau dah tak sempat takpe la. Tips ni yg slalu semua cikgu sebut, smpai dah nak gila gua dibuatnya.

Tips 7: Barang
Jangan bawak apa2 barang yg disyaki mempunyai jawapan; terutamanya bahan bacaan seperti novel, majalah, surat khabar apa2 yg berkaitan bahan bacaan. Nanti anda disyaki menipu.

Tips 8: Tidur
Pastikan tidur cukup pada malam UPSR. Tidur merupakan aspek yg penting (cikgu gua ckp la), bagi gua, pukul 9 paling bagus tidur kalau nak bangun pukul 5. Kalau pukul 5 bangun, mandi dan buang 'shit' anda dlm 10 minit, bersiap dlm 10 minit, baki 40 minit tu anda boleh guna utk ulangkaji.

Sampai sini jelah article kali ni.

P/s: Jangan meniru masa ujian nanti

P/p/s: Gua doakan semua calon UPSR supaya diberi ketenangan masa menghadapi kertas2 soalan tu nanti. amin...






Tips meniru dalam peperiksaan

UPSR di skolah mane ntah, 2007

Lu semua tau kan yg PMR dah takde dah, taun ni last PMR(2012). Jadi lu semua mesti hanya kesah pasal UPSR dgn SPM kan? Tambahan pulak 4 ari lagi gua nak UPSR, Selasa minggu dpn gua nak UPSR, tpi gua msih rileks, msih sempat tersenyum lagi kat skolah, msih smpat buat lawak lagi kat kelas.

Tak sangka gua dah nak UPSR, gua ingat msih ada 40 ari lagi, rupanya 4 ari lagi, wtf... Jadi, kalau nak senang jawab kertas UPSR, tenangkan diri, anggap UPSR ni mcm ujian bulanan yg anda boleh skor 100%, jgn pulak lu semua pikey ni ujian semester pulak!

Ni adalah tips2 yg diperolehi drpd pegawai2 pelajaran yg menangkap calon meniru masa peperiksaan, ni adalah antara tactic yg digunapakai masa meniru...

Handset sebagai penghubung


Dunia semakin maju seiring dengan gadjet-gadjetnya. Henset juga merupakan gadjet yang semakin berkembang pesat kemajuannya. Namun begitu, kemajuan tersebut seharusnya dimanipulasikan dengan baik oleh pelajar-pelajar yang pemikirannya berorentasikan inovasi. Ada dua cara nak gunakan handset sebagai medium meniru ketika peperiksaan akhir ini.

Pertama : Tulis nota dalam save item SMS. Ataupun ambik gambar nota-nota terus save dalam handphone. Cara nak baca nota ini ketika perperiksaan ialah ketika pengawas peperiksaan sedang leka berbual hal AF di belakang. Para peniru perlu berani mati ketika ini. Kena tangkap, mati.

Kedua : Suruh kawan yang tak ambik paper masa tu, standby kat rumah dengan buku teks. Bila si penjawab dah stuck, segera lah ke tandas, hantar mesej kepada member yang kat rumah. Member tersebut dapat je, terus cari jawapan dalam buku teks tadi. Semua operasi ini harus dilakukan bawah 5 minit untuk mengelakkan para pengawas peperiksaan curiga dan was-was.


Nota dibalik slip peperiksaan


Slip periksa perlu dibawa sebagai bukti si pengambil kertas ini mengambil kertas yang betul. Untuk mangadaptasi teknik ini, calon memerlukan keberanian tahap dewa ketujuh. Hal ini kerana slip periksa itu cuma sehelai. Macamana nak selitkan nota dibelakangnya. Ada tekniknya. Jangan ingat MLM sahaja ada teknik jadi kaya. Caranya, serta-merta masuk ketika pelajar lain berpusu-pusu ingin masuk ke dewan. Biasanya akan ada pak guard menjaga pintu dewan. Tapi kalau dah ramai-ramai masuk, mana sempat dia nak tengok sorang-sorang.

Dah masuk terus ambik tempat duduk. Biasanya kertas soalan dan kertas jawapan dah tersedia atas meja. Sejurus sahaja duduk, terus selitkan nota tadi dibalik kertas-kertas soalan tadi. Tadaaaa... Sudah ada jawapan di kertas soalan anda. Natijahnya? Menjawab soalan dengan senyuman. Kehkehkeh...


Nota di tandas


Untuk mengaplikasikan kaedah ini, para peniru perlu meletakkan nota lebih awal dari waktu peperiksaan yang dijadualkan. Datang awal ke dewan, pergi ke tandas dan letakkan nota di balik tangki tandas jamban tu. Kemudian keluar semula ke tempat orang berkumpul dengan perasaan yang tak berdosa dan muka innocent macam tak de apa-apa berlaku.

Masa peperiksaan berlangsung hampir satu jam dan anda sudah ketandusan jawapan, pergilah toilet di mana nota yang telah anda selitkan. Proses membaca nota ini harus dilakukan bawah 5 minit. Merbahaya kalau kantoi. Kehkehkeh...


Tulis nota di tapak tangan


Ini merupakan salah satu teknik yang paling mengarut tapi masih ada yang aplikasikannya. Bayngkanlah, tapak tangan kita tu besar mana untuk tulis nota? Tapi ada jugak yang gunakan teknik ni.

Cubalah perhatikan sekeliling anda sewaktu menunggu detik untuk masuk ke dewan peperiksaan. Mesti ada tangan yang penuh dengan tattoo. Tapi bukan tatto naga atau harimau, tattoo tersebut berunsurkan tulisan semata-mata. Takpelah, sedikit sebanyak pun membantu dalam menjawab paper.

P/s: Jika anda inginkan kejayaan yg ikhlas, jangan meniru dalam peperiksaan. 
Ingat! 'Anda cuba sekali, anda menyesal selamanya'. 

Sunday 2 September 2012

Sarawak kecundang lagi

Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching

Sarawak kecundang 2 - 3 menentang Pahang di laman sendiri.Gua ada tengok team Sarawak training kat padang tepi stadium besar tu. Stadium Sarawak yg bertaraf dunia tu tengah di repair kerusi2 yg dah tercabut tu, jadi terpaksa la team sarawak lwn kat Stadium Negeri yg bersejarah tu. Walaupun kalah, tpi dorang dah buat yg terbaik utk Sarawak. Ngap Sayot!!! Sementara menanti perlawanan bermula, gua dgn family gi jalan2 kat Carnival Jom Heboh. Tapi malangnya hari telah hujan memaksa aku sekeluarga balik  rumah.

Aku hanya tengok update kat Astro Arena yg menayangkan perlawanan Perak vs Negeri Sembilan, banyak kekasaran dan kesilapan berlaku sepanjang permainan. Antaranya gua tengok pemain Perak tersentuh bola dgn tangannya. Pastu pemain Negeri Sembilan pulak ter'step' kaki pemain Perak memaksa referee melayangkan kad kuning, bukan 1, tpi 9 kali!

Dahsyat gile dorang main, tpi tak sehebat permainan Sabah vs Terengganu tahun lepas, Terengganu menang 6 - 3 lawan sabah, perghhh!!! Kasar gilerr main!! Dua2 sama hebat. Jom heboh yg berlangsung sebelum perlawanan itu kurang meriah apabila hujan renyai2, atau org Sarawak panggil, 'ujan rintis2'. Tpi, yg gua pelik, hujan tiba2 berhenti bila dah nak keluar dari perkarangan Kompleks Sukan tu...

Ni gua selitkan gambar pesta Jom Heboh sebelum hujan. Nampak meriah dan membengalkan (memekakkan) telinga mendengar promosi2 yg ditawarkan, over volume...


Agak meriah dengan jeritan org yg memekakkan telinga, kampung gua lagi aman. Tpi disebalik kemeriahan tu, ade jgak budak mintak penampar dari skolah gua dtg dgn bala kaban kelaurganya pi ngutip tin, bahalol punya budak. Dahlah rasa dirik gengster, mbak geng bantei takut. eh alu ckp sarawak gua. hehehe...

Semoga perangai sabol cepat berubah dan cepat pindah dari skolah aku... amin...]

Sampai sini saje entri ari ni. Blog ni pun dlm proses utk maju.





Saturday 1 September 2012

Kehangatan Gangnam Style


Gangnam style, lagu yg hangat diputarkan di seluruh dunia. Sapa tak kenal PSY ni? beliau antara artis korea yg paling meletup sekali, sehinggakan artis2 kat US nak gabung dgn beliau. PSY ni bukan masih baru, tpi dia sudah membuat lagu pada 2001 lagi, tpi lagu tu telah diaktakan kerana mengandungi bahan yg tidak sesuai utk remaja berumur 18 tahun kebawah. 

Nama album tersebut ialah "PSY From The Psycho World. Album keduanya pun dibanned dengan alasan yg sama, album tu bernama 'Ssa2'. Setelah bnyk kali menghasilkan album, album terakhir beliau menjadi sangat terkenal. Psy adalah penyanyi solo korea yang paling berjaya menembusi pasaran Amerika. 

Maksud Gangnam

Sekarang, banyak org menyangka gangnam tu maksudnya 'aku nak jadi seorang yahud' sedangkan tiada agama yahudi di Korea. Konspirasi teruss! Tuduh tiada bukti maknanya fitnah. Tu semua keja org melayu la tuh. ni keratan dari facebook yg gua jumpa.


Cuba tengok komen tu. Gangnam tu adalah daerah di Korea. Seperti yang kita ketahui, Seperti yang kita ketahui, Korea Selatan adalah negara Asia dengan tingkat pertumbuhan ekonomi yang cepat dan tinggi. Peningkatan standard hidup ini tidakhanya mempengaruhi gaya hidup sebagian penduduknya. Sebahagian dari mereka akan mula menghabiskan wang yang mereka dapat untuk berburu kesenangan dan barang-barang mewah. Dan di Korea Selatan, tidak ada tempat lain yang diniliai dapat menyamai kemewahan daerah Gangnam, daerah yang menjadi simbol kesejahteraan dan kemehawan di negara itu.


Ketika ekonomi naik, daya beli masyarakat juga meningkat. Namun tidaksemua orang dapat ikut menikmati kesejahteraan tersebut. Sehingga ketika gaya hidup semakin mewah, orang-orang yang tidak beruntung pula sebahagian terperangkap dalam kehidupan gali lubang, tutup lubang. Mereka adalah orang-orang yang tidak ingin status sosial mereka ‘dipandang rendah’. Dan sayangnya, tradisi tidak sihat ini menjadi trend di negara ginseng tersebut. Buktinya, peningkatan pengambilan kredit penduduk Korea selatan melambung begitu tinggi, bahkan lebih tinggi dibandingkan Amerika sebelum krisis.

Di Korea Selatan, ada sebuah lawak mengenai ‘wanita kicap masin’ atau Doenjangnyeo. Istilah ini diperuntukan untuk wanita yang rela memakan mee segera murah tetapi selalu menikmati kopi mahal seperti Starbucks yang berharga berkali-kali ganda lebih mahal. Maksudnya, wanita-wanita ini hanya mahu mengeluarkan sedikit wang untuk keperluan asas namun berani membayar mahal untuk keperluan tambahan, contohnya meminum kopi.

Oleh kerana ramai orang yang sudah ‘menjangkit’ oleh trend ini, kedai kopi menjadi popular dimana-mana, terutama di daerah elit seperti Gangnam. Hubungannya dengan lagu Gangnam Style? Ya, lagu ini diciptakan sebagai sindiran untuk gaya kehidupan tersebut.

Sampai sini jelah penulisan gua nih, rase sronok pulak guna kata ganti nama diri gua ni. lastly, gua nak selitkan beberapa video yg menyamai Gangnam style.

Ni video oringinal Gangnam Style



ni Parody Gangnam style, Super Kampung Style



Ni pulak Orang Sabah Style, haishhh, bnyk btol 
video gangnam ni...



Ni pulak Susana Gangnam Raya,ade jgak camni...



Masa bahagian kuching