Wednesday 11 April 2012

Amaran Tsunami ditarik balik


Gempa kuat, tsunami menuju pantai Aceh


BANDA ACEH - Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) menarik balik amaran tsunami ke atas Malaysia, Thailand dan Singapura tetapi amaran melibatkan Indonesia, India, Sri Lanka dan Maldives masih kekal.

Terkini berkaitan gempa Aceh


TSUNAMI ALERT 11.4.2012
Penang

"CNN melaporkan ombak selaju 750-800 km sEjam sedang menuju kearah Thailand/Malaysia dll, pduduk dipantai llANGKAWI diarahkan bpindah ketempat lebih tinggi, jambatan pulau Pinang dan feri ditutup"

Aceh sudah mula ber 'gempa' lagi

Aku baru menerima berita ni dari Facebook di post oleh PenyuXP. Baru aku tau yang Aceh dah mula gempa balik. jom kita baca petikan ni sikit.


Gegaran Gempa Bumi Di Indonesia Melanda Malaysia pada 11 April 2012. Menurut sumber, satu gempa bumi 8.9 Scala Richter telah berlaku di wilayah Aceh Indonesia pada 11 April 2012. Sehubungan itu, beberapa negeri di Malaysia terutamanya di pantai barat merasai impak gegaran daripada fenomena tersebut.

Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat melanda wilayah Aceh sebentar tadi. Gegaran pada ukuran 8.9 turut dirasai di kawasan Lembah Klang – Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung – Pulau Pinang, Perlis dan Perak.


Peta masa pergerakan tsunami di sekitar Lautan Hindi dan
Lautan Atlantik.

Gegaran mula dirasai lebih kurang pukul 4.18 petang tadi. Amaran tsunami dikeluarkan oleh Dato' Dr Yap Kok Seng, menteri di Jabatan Meteorologi Malaysia. Langkawi, Perlis, Kedah, Perak Selangor dan semua negeri pantai barat diminta berjaga-jaga. 

Peta gegaran
Terkini!

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.



Ia berikutan gempa bumi kuat magnitud 8.9 melanda perairan utara Sumatra petang ini, menurut jabatan kajian geologi Amerika Syarikat (USGS),


Pusat gempa bumi pada jam 4.38 petang itu dikesan pada kedudukan 431km barat daya Banda Aceh, Indonesia dan 962km di barat Kuala Lumpur.

Kesan gempa bumi itu dirasai di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Alor Setar, menurut pengguna laman sosial Facebook danTwitter.

Ada beberapa panduan jika anda berhadapan dengan tsunami.

Maklumat ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda dan orang lain.

Jika anda mendengar amaran kehadiran tsunami maka, pindahkan keluarga anda ke zon yang lebih jauh.

Bergerak dengan teratur, tenang dan cara yang selamat.

Patuhi arahan pihak berkuasa dan pemantau kecemasan.

Jika anda di pantai atau berhampiran laut dan terasa bumi bergegar, maka segera ke kawasan lebih tinggi tanpa perlu menunggu amaran kehadiran tsunami.

Jauhi, pantai, tepi laut, sungai dan saliran yang bercantum ke laut.

Lazimnya kita masih boleh bertindak sebelum tsunami sampai ke pantai.

Anda juga dilarang pergi ke pantai untuk menyaksikan tsunami.

Selain itu, bangunan tinggi dan hotel turut dibina di kawasan rendah di sepanjang pantai.

Justeru, jika berlaku tsunami, naik ke tingkat atas bangunan berkenaan.

Jangan sekali-kali berada dalam rumah atau bangunan kecil bila ada amaran kemunculan tsunami.

Jika ada dalam bot, jangan sekali-kali balik ke pangkalan. Kehadiran tsunami mampu mengakibatkan kemusnahan serius di pelabuhan dan pangkalan.

Hubungi pihak berkuasa pangkalan atau pelabuhan bagi mengetahui keadaan sebelum anda bercadang pulang ke sana.

UPDATE SEMASA:

Tsunami sudah melanda Pulau Simeulu dengan ketinggian 6 meter. Kelajuan ombak selepas gempa bumi yang akan melanda bandar aceh sebentar lagi adalah 756 km/j. Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM.

Bekalan elektrik dilaporkan sudah terputus di seluruh Bandar Aceh. Bandar Aceh dilaporkan terputus hubungan komunikasi dengan dunia luar.

Setakat ini, tiada laporan kematian dicatatkan di Banda Aceh Indonesia.

Incoming search terms:

  • gempa bumi aceh 2012 (2)
  • gegaran di aceh (1)
  • gempa bumi indonesia 11april (1)
  • gempa bumi di acheh 11 april (1)
  • gempa bumi di aceh 11 april2012 (1)
  • gempa bumi achih (1)
  • gempa bumi acheh (1)
  • gempa bumi 11 april di aceh (1)
  • gempa bumi 11 april 2012 (1)
  • gempa bumi 11 april (1)
Ya Allah, selamatkanlah Malaysia, Amin

Sumber: Gegaran Gempa Bumi Aceh Melanda Malaysia 11 April 2012 | melvister.com 

Sunday 8 April 2012

Sarawak seri 1 sama dengan Kelantan

sebelum tuu, aku nak beri keputusan penuh Liga Malaysia.


KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 7 APRIL 2012

[1] Sarawak  VS  Kelantan [1]

[0] Johor FC  VS  Lions XII FC [1]

[6] Selangor  VS  Terengganu [1]

[2] Negri Sembilan  VS  Sabah [2]

[2] Perak  VS  Kuala Lumpur [1]

[1] Felda United FC  VS  Kedah [0]

Kekuatan Pasukan Bola Sepak Sarawak semakin terserlah apabila seri 1 sama dengan Negeri Kelantan, Negeri Sang Kancil. Walaubagaimanapun, tiada penalti di akhir perlawanan itu.
Gol pertama dijaringkan oleh Pasukan Ngap Sayot di separuh masa pertama. Gol kedua pula diambil alih oleh Kelantan.

Perlawanan yang berlangsung selama 90 minit itu turut menyumbang bencana apabila peristiwa berdarah berlaku di stadium apabila Kelantan mengejek penyokong Sarawak. Hafeez abdulrahim berkata, "Seorang anggota polis ditumbuk sehingga pecah bibirnya oleh seorang penyokong", katanya lagi, "individu bernama Mohd Saiful, menumbuk seorang Constable tambahan kerana suspek ingat mangsa tersebut hendak menumbuknya". Kini, pegawai tersebut sudah berada di hospital.

"Walaubagaimanapun, tiada kecederaan berat terjadi ketika itu", kata Mohd Hafeez Bin Abdulrahim.
Tahniah kepada pasukan Ngap Sayot kerana berjaya menjaringkan gol.

Credit: pamandangan Skyline Kuching.

Saturday 7 April 2012

Burung aku meninggal dunia.

Salam all. makin lama makin famous blog aku ni sejak bukak cuti skolah taun lepas. Tpi lama gak dah tak update blog. okeh, arini nak citer pasal burung pipit belaan aku. baru pagi tadi (7 April 2012) mak aku cakap dia mati. Aku baru balik dari rumah baru usu aku, aku pegi Sri Aman visit Festival Benak. Sygnya, berita buruk tiba di telinga aku, burung kesayangan aku mati. Pasti ada hikmah disebaliknya. Ni adalah antara gambar yg aku sempat ambil, sorry la blur sangat, iphone mak aku buruk.

Cute kan? sedih aku burung pipit kesayangan aku pergi. baru je nak lepaskan, tapi masalahnye, kalau lepaskan nnti kena ngap oleh kucing, burung ni takpat terbang! ntah sakit apa aku taktau. Yg pasti dia tak dpt terbang, kalau lepas nanti mati kena baham pulak, Almaklumlah, kat kawasan Kuching kan banyak Kucing. Nama pun Kuching.

burung pipit aku ni blom ade name, tpi abg aku gelar 
dia cip aje sbb dia buat bunyi cip cip cip.....


bila org yg dia tak kenal dtg, dia akan lari pusing2 satu
 sangkar smpai air dan makanan dia tumpah.
kalau org tu ialah aku, dia diam aje.

Keistimewaan dia ni ialah dia pandai kelip mata sebelah
je, pastu dia pandai main tenung2 ngn aku. cute btol...
Sampai sini je lah, btw, aku nak letak satu credit kat sini.
By deodorant Rexonamen spray.
terbaaeek!!
 



Masa bahagian kuching