Monday, 29 April 2013

Cerita lucu tentang Temenggong Jugah anak Barieng


KES 1

Dalam masa beliau hendak berlepas ke London untuk menghadiri mesyuarat. Dalam hal ini, al-maklumlah Iban kampung pada masa itu, masih lagi mengamalkan tabiat memakan sirih 24 jam.


Masa dalam kapal terbang pun dia masih lagi mengunyah sirih, tingkap bertutup mana boleh buka suka-suka, tau-tau jak dia buang ludah sirih begitu saja di tingkap kapal terbang, bukan sekali, tetapi berkali-kali

Akhirnya, pramugari di dalam kapal terbang ternampak beliau meludah-ludah, pramugari pun jadi panik, dia ingatkan beliau muntah darah. terus la si pramugari tu bagitau pilot. Apalagi, pilot pun pusing balik ke Kuching

Selepas sampai saja di Kuching, Tun Jugah turun daripada kapal terbang, beliau tengok sekeliling... kehairanan dan berkata "Oh... camtok duhal rupa pasar London."

KES 2

Semasa Tun Jugah hendak menaiki kapal terbang di Kuching, sebelum masuk tu beliau buka selipar, kerana pada masa itu orang biasa buka selipar dan kasut sebelum masuk rumah.

Sampai-sampai di London, beliau turun dan cari balik mana selipar dia, tetapi tiada.

Habis semua orang dituduh mencuri selipar dia.

KES 3

Pada tahun '60an zaman P Ramlee dulu, ada seorang pemimpin dari Sarawak bernama Tun Jugah Anak Barieng (1903 - 1981) atau sering dipanggil semasa itu Temenggong Jugah. Beliau merupakan Ketua Utama Orang-orang Iban selama 55 tahun dan digelar Apai bermakna bapa.

Temenggong Jugah atau kita panggil Apai untuk pendik memenangi kerusi ahli Parlimen pada pilihanraya Malaysia pertama pada tahun 1963, dan menjadi Menteri Hal Ehwal Sarawak.

Kalau tengok gambar Leo Moggie, berbeza dari Temenggong Jugah. Kenapa Leo Moggie tidak bangga dengan pakaian jatidiri Iban? Dengan luaran Iban, dia berperanan dalam sejarah awal negeri Sarawak. Besarnya Apai kepada Orang Iban hingga Yayasan Orang Iban diberi namanya untuk mengenangkan jasanya.

Ceritanya, Tunku Abdul Rahman membawa Apai ke London untuk rombongan rasmi melawat Queen Elizabeth II. Itu adalah pertama kali dia ke London. Dia tidak tahu berbahasa Inggeris. Queen menjemput mereka ke satu Majlis Makan Malam di Raja di Buckingham Palace.

Hidangan pertama adalah sop. Pelayan itu menghidangkan Apai sop. Apabila dilihat mangkuknya sudah habis, pelayan itu bertanya, "Would you like any more soup, sir?"

Apai tak tahu nak cakap apa. Dia tak faham apa yang dikatakan, cuma faham perkataan soup. Ingatkan dia ditanya sedap ke tidak sop itu, dia hanya mengangguk dengan sopan sambil menyebut, "Soup soup ..."

Ingatkan dia mahu lagi, pelayan itu menambah lagi sop dalam mangkuknya. Dah terpaksa dia menghirup lagi sop. Zaman itu, pantang orang membazir makanan.

Apai lihat orang lain sudah dihidangkan salad yang berisi dengan makanan laut. Cepat-cepatlah dia hirup sop itu.

Habis saja, pelayan itu berkata, "You must love the soup, sir. Would you like some more?"

Sekali lagi dia menganngguk sambil menjawab, "Soup soup ..."

Dituang lagi sop dalam mangkuk. Terpaksa Apai menghirup sop, tak mahu membazir.

Tun Dr Ismail, Tun Sambanthan dan Tun Tan Siew Sin hairan kenapa Apai masih menghirup sup. Mereka sudah habis salad dan sedang menunggu hidangan ke tiga stik. Malas bertanya kerana tak mahu malukan dia. Apai pun agak kurang bercakap.

Apai sedar orang lain dah habis hidangan kedua. Semasa dia menghabiskan mangkuk ketiga sopnya, dia lihat pelayan-pelayan lain tengah membawa masuk hidangan stik kepada mereka-mereka yang lain.

Apabila dia habis saja menghirup sop mangkuk ketiga, pelayan itu bertanya dengan hormat, "Sir, you missed the second course, and they are now at the third course, which is steak. Would you still like to have the salad or steak now? Or you still prefer more soup?"

Apai melihat kepada pelayan itu sambil bercakap, "Brapa kali kau mok berik aku soup? Aku mok makan dagin. Soup, soup, soup! mok aku motong palak kau ka ...?"

Tun Tan Siew Sin yang duduk disebelah hampir nak tergelak. Baru faham dia tidak tahu bahasa Inggeris. Dia pun beritahu pelayan, "I believe he would like to have the steak now."

Pesanan admin : tok hanyalah cerita rakyat, bukan bersifat racism sbb ninek admin pun cerita benda yg sama. kawan admin, alexeral pun ceta benda tok. cerita tok datang dari rakyat iban sendirik, bukan direka2 oleh admin...

Masa bahagian kuching