Friday 23 March 2012

Youtube kini melebarkan sayapnya ke Malaysia!

Logo youtube sehari selepas pelancaran
 Youtube Malaysia
Youtube, komuniti perkongsian video terbesar di dunia kini melebarkan sayapnya ke Malaysia. Amacam semua, cantik tak? aku baru tau mende ni pukul 6:30 Pm, lepas cuci keta mak aku. meh kita tengok serba sedikit tentang Youtube Malaysia Version ni.

ni adalah screenshot Youtube versi Malaysia
yg baru aku prt scrn tadi.
Youtube ialah komuniti perkongsian video paling besar di dunia. Kini, Google Inc. telah mewujudkan sebuah laman perkongsian khas utk Malaysia.
 
Pengarah Pengurusan Produk Asia Pasifik Youtube, Adam Smith 
bersama Pengurus Besar Google Malaysia, Sajith Sivanandan 
di majlis pelancaran Youtube Malaysia, semalam.



Logo youtube dengan coretan pekerja
di pejabat Google Malaysia.
Domain rasmi youtube iaitu www.youtube.com kini diubah kepada www.youtube.com.my iaitu Domain rasmi Malaysia yang menggunakan www.___________.com.my. Menurut Pengarah Pengurusan Produk Asia Pasifik untuk YouTube, Adam Smith berkata ini pertama kalinya artis & pemuzik di Malaysia bakal menerima hasil dan pendapatan menerusi pengiklanan di YouTube dengan karya mereka. 

Amacam? Ada cantik la Google melaksanakan projek ni. kesan daripada projek camni boleh memartabatkan dan membuat negara kita menjadi terkenal. Maju Malaysia.

Sekian, terima kasih. 

P/s: Click gambar utk melihat saiz sebenar.

Tuesday 20 March 2012

Sarawak kalah tipis 0-1 ditangan Lions VII

Logo rasmi Pasukan
Bola Sepak Negeri Sarawak
Sarawak kalah tipis 0-1 ditangan Pasukan bola sepak Singapura, Lions VII. Kekalahan tersebut membangkitkan kemarahan penyokong Pasukan Sarawak kerana pengadil dari terengganu yang berat sebelah. Sambil menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku, mereka menyatakan dihadapan Stadium Negeri Sarawak yang pengadil itu menerima rasuah dari pihak Lions VII.

Skuad kebangsaan negeri.
Walaubagaimanapun, tiada pertumpahan darah dilaporkan. Semasa perlawanan berlangsung, lampu limpah terpadam menyebabkan perlawanan terhenti di minit ke 20. Perkarayg turut membuatkan permainan berhenti ialah penyokon membaling bunga api kecil ke bahagian laluan balapan. Dilaporkan juga, penyokong pasukan negeri tersebut membaling botol kearah ppenjaga gol pasukan Lions VII.

Bukti yang mengesahkan yg pengadil itu makan suap ialah pihak lawan turut menggunakan tangan utk menghalang bola. Pegadil hendak membunyikan wisel tetapi tidak jadi.video dirakan oleh seorang anak tempatan yang berjaya meneliti bahawa pengadil tersebut berat sebelah.

Kekalahan Negeri Sarawak kalah tipis jer, kalau tak sebab penalti handball oleh team sarawak tuu, singapore takkan dpt jaringkan apa2 ball pon. Sarawak memang terer!!! Pengadil makan rasuah Singapore!!! seminggu kemudian pengadil kena bunuh!!! eh tak, gurau jer pasal pengadil tuu. Tapi apapun, kami tetap bangga mempunyai pasukan yang berjaya mempertahankan goal masing2. Sarawak boleh dan Ngap Sayot!!!

Tuesday 13 March 2012

Cerita benar yang diedit.



Ni bukan beca tuu yer...
 



Situasi sebenar : Seorang nenek pergi ke kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Harakah Online - "Pemandu beca BN menyebabkan kematian nenek beli ubi"

Malaysia Today - "Pemandu beca berjumpa Najib sehari sebelum menyebabkan kematian Nenek Ubi"

Malaysian Insider - "Kes nenek mati - kroni UMNO terlibat dalam menjual ubi"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi"

Mingguan Wanita - Pesanan terakhir nenek mati dilanggar beca "Saya nak makan ubi".

Suara Keadilan - 'Pada waktu kejadian, Anugerah Tuhan sedang makan karipap ubi bersama alibi'.

Bersih 1.0 - 'Nenek Ubi yang bakal bocorkan rahsia pengundi hantu, politik wang, SPR rasuah, undi pos tipu, dakwat tak boleh kering, rahsia tarikh PRU13, saluran duit George Soros, penipuan pilihan parti PKR, lokasi jam Omega, nama pelakon wanita China yang terbaik (dalam video) dan 17 perkara lagi, mati dilanggar beca hantu'

Bersih 2.0 - Gas pemedih mata Polis menyebabkan beca melanggar Nenek Ubi yang mati di tempat kejadian.

The Star - "Nenek ubi mati dilanggar beca yang dibuat daripada emas dan berlian Jacob Jewels"

Star Metro - 'Beca menyebabkan kematian nenek yang membeli ubi emas dan berlian'.

Star Classified - 'Beca untuk dijual. Masih lasak. Penjual ada bukti kukuh.'

The Rocket - 'Tidak ada komen. Ini kes Melayu sama Melayu'

Karpal Singh - 'Yang Arif, kematian Nenek Ubi amat serius. Kami mohon kes di tunda sebulan"

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti Kerajaan makan rasuah."

JAIS - "Keraguan sijil halal ubi punca nenek mati dilanggar beca."

Hassan Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca kristian? Islam perlu bangun menentang!"

Samad Gereja : "Penarik beca UMNO melanggar mati nenek yang menuju ke gereja untuk beli ubi"

DUMC - "Majlis tahlil, doa selamat dan makan free mengenang arwah Sister Nenek Ubi malam ini. Umat Islam dijemput hadhir"

Catholic Herald - '****** *****'.

P/s: Hanya sekadar gurauan. Jika ada mengguris hati mana-mana pihak, kami memohon maaf.

Monday 12 March 2012

Nenek mati dilanggar Gen2 Maroon.

SIMPATI... Orang ramai berkumpul melihat seorang nenek 
dilangga lari sebuah kereta Gen2 warna maroon.
KUCHING: Kecoh apabila sebuah kereta Gen2 berwarna merah gelap melanggar seorang nenek di Lebuhraya Sultan Tengah. Kejadian berlaku kira-kira jam 4:15 Pm, 11 Mac 2012 di Petrajaya, Kuching. Nenek itu dikatakan pergi ke kedai berhampiran untuk membeli beberapa barang.

Gen2 tersebut masih diburu oleh pihak polis. Diminta individu yang mlanggar-lari nenek tersebut menyerah diri kepada anggota polis. Suasana kecoh seketika apabila penduduk dan pemandu yang lalu berhampiran mengerumuni tempat kejadian. 


Jom nilai kreativiti aku dlm Adobe Photoshop

Ok, camni permainan nye, anda mesti nilai brapa tahap kreatif aku dlm photoshop, Penilaian boleh dibuat di comment box. Klik pada gambar utk saiz lebih besar. thank you.

Peraturan:
1. Jangan komen "senang jer nak buat ni" kalau anda sendiri tak tau buat kecuali anda seorang pakar.
2.Dilarang buat spam disini.
3.Nilai gambar berdasarkan deskripsyen gambar yang dah disediakan.
4.Dilarang merokok disini!

Semua gambar disini diedit di Adobe Photoshop.

Okeh! jom kita mula dgn gambar yg pertama.



Perubahan pada gambar ni ialah coretan "SK Matang Jaya" dan "CS5".
Selain itu, Warna langit turut diubah.

Gambar camni dipanggil "Colour Splash".
Turut popular dikalangan Flickrs2 malaysia.


Gambar ni aku highlight kan masjid dan
ubah sikit contrast langit. 


Gambar ni pulak aku snap time pulang dri umah nenek aku.
Aku tambah pelangi kat celah2 awan tuu.

Ni gambar member aku, Hafeez. Aku tambah sikit neon line dan neon
words kat gambar ni. And aku turut ubah contrast nye.

Dipersilakan buat ulasan anda kat bawah ni.

Sunday 11 March 2012

Mengenal pasti pempuan suka kat kita.

Sblum mula baca, sila pastikan anda tidak terlepas ckp. Nanti anda malu besar sbb prasan. Thnk you.


Sorry la lama tak update blog, tema kali ini ialah 'cinta sekolah'
Petikan kali ini adalah berdasarkan kajian aku sendiri. Member yg tolong skali ialah Hafeez Abdulrahim. Jadi, Tick mana tanda yg anda penah anda lihat kat seseroang nih.


1. Slalu pandang anda.
Budak tuu akan slalu pandang anda, buat tak tau jer, nanti anda prasan pulak. ni tanda yang belum cukup kukuh utk digunakan.

2.Sentiasa cari cara utk mendekati anda
ni ade laa kukuh sikit, tpi lom boleh gune lagi. Budak tuu akan cari cara utk mendekati anda, sekiranya peluang besar, dia akan duduk 5 kerusi jauh dari anda.

3.Perasan.
Sbagai contoh, anda melambai tangan anda kearah seseorang kawan anda, budak yg suka kat anda tuu akan balas lambaian sbb dia fikir anda lambai kat dia. maksudnya, dia prasan...

4.Pulangkan buku.
Dia cepat2 ambil peluang utk pulangkan buku kepada murid kelas, sbb dia nak pulangkan buku anda. Tau2 laa sbb ape...

5.Berbual.
Cam biasa ar, dia akan cari pulak cara utk chatting dgn anda, sama da di facebook or live di skolah

6.Di facebook
Dia akan slalu menyiasat profile anda, sekirannya anda ada memasang carta lawatan facebook, anda akan slalu melihat nama dia di carta tersebut sbb dia akan selongkar semua album gambar anda.

Cara-cara tangani kes camni

Tanda yang pertama
Anda pandang skali, JANGAN SENYUM KAT DIA! Buat tak tau jer. nanti anda dituduh prasan.

Tanda yang kedua
Just rilex. Tak yah layan pon takpe. Kalau dia mulakan perbualan, anda layan je laa, terpakse...

Tanda yang ketiga
Ada dua pilihan disini:
(a) Berlalu pergi dan buat dek je
(b) Datang dekat dia dan kata dia perasan.


Tanda yang keempat
Satu jer yg aku mampu ckp, TAK PAYAH LAYAN.
 
Tanda yang kelima
Jwb aje laa perbualan dia, kalau nak senang kate ya, ya dan ya...

Tanda yang keenam
No comment.

1st P/s: siasat dulu btol tak si dia suka kt anda, jgn main hentap keromo pulak, nanti jadi perasantan.

2nd P/s: Jatuh cinta sebelum berkahwin adalah haram disisi Islam, jadi kpd anda yg beragama Islam, jangan jatuh cinta kat sapa2. HARAM!


Sekian, thank you, huahahaha~~~

Monday 5 March 2012

Contoh soalan Science masa UPSR


a) What is purpose (aim) in this investigation
To investigate the relationship between the the weight of your backpack and the amount of 
work                                                                                                                            
  
b)What is:
  Change:  Weight of your backpack                            
  Observe:  Amount of work                                         

c)What is:
  Trend of change: Decrease                                                   
  Trend of Observe: Increase                                                   

d)What is hypothesis of the investigation.
As the weight of your backpack decrease, the amount of work increase.                          

e)State the reason based on the result of the investigation.
The pupils is using full energy to carry the bag, when the pupils reach class, the energy to complete the exercise is low...                                                                                      

f)What is the conclusion of the investigation.
The more thing on your backpack, the less the work done                                               

Sunday 4 March 2012

Kemalangan langgar paip, Kuching

TINGGI... Pancutan air deras menyebabkan kawasan
berhampiran banjir.
PETRA JAYA:  Seorang pemandu nyaris lemas apabila puluhan liter air dari saluran paip utama yang dirempuhnya memenuhi kenderaan itu dalam kemalangan di Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, disini, semalam
   Sebelum kejadian lebih kurang pukul 4 pagi, pada 4 Mac 2012, Ahad, mangsa berusia 30-an itu dikatakan dalam perjalanan ke kawasan itu, sebelum kenderaan dipandunya hilang kawalan dan merempuh paip berkenaan menyebabkan air memancut deras serta memenuhi kawasan berhampiran.
   Mangsa tidak sedarkan diri dikatakan bernasib baik apabila orang ramai melihat kenderaan mangsa yang dipenuhi air, mengeluarkannya dan membawanya ke hospital berhampiran. Kejadian tersebut turut menybabkan hampir 10, 000 penduduk terputus bekalan air.
   Saksi yang mahu dikenali sebagai Richard, 42, yang bekerja di  pusat perubatan berhampiran, berkata dia terdengar bunyi kuat sebelum melihat sebuah kereta merempuh saluran paip di tepi jalan  sehingga pecah, menyebabkan air memancut setinggi lebih kurang 15 meter.
   "Saya terkejut apabila melihat pancutan deras air itu bukan sahaja memenuhi kawasan berhampiran, malah memenuhi kereta terbabit. Beberapa orang awam cuba memberikan bantuan dengan memecah semua cermin kenderaan itu sebelum mengeluarkan mangsa yang tidak sedarkan diri," katanya. 


Beberapa gambar berkaitan.





REMUK... Kerata mangsa yang melanggar
paip utama Kuching.

Kawasan yang banjir penuh dengan 
air tanah

Gambar oleh LazyBlock Picture.
Sumber: Harian Metro edisi 5 Mac 2012.

Masa bahagian kuching