Saturday 31 December 2011

Special Entry: About Sarawak | Tentang Sarawak

Special Entry: About Sarawak | Tentang Sarawak
Bendera Negeri Sarawak
Entry kali ni ditayang pada semua label yang ada seperti article,information,tips dan banyak lagi untuk kunjungan anda semua.



Melayu: Lawat entri ni untuk tahu lebih lanjut tentang Sarawak


Melayu Sarawak: Datang sitok mun mok tauk hal negeri kita dengan dalam lagik.


English: Visit this entry to know all about sarawak




Tentang Negeri Sarawak


Sarawak ialah negeri yang terbesar antara 13 buah negeri di Malaysia. Batang Rajang yang terdapat di Sarawak ialah sungai terpanjang di Malaysia di samping Mulu yang terkenal sebagai sistem gua yang paling luas di dunia. Hutan hujan tropika yang tertua dan yang kedua terbesar selepas Amazon menjadikan Sarawak sebagai pusat biokepelbagaian.


Negeri Sarawak terbahagi kepada 11 bahagian pentadbiran yakni Kuching,Kota Samarahan,Sri Aman,Betong,Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Mukah, Miri dan Limbang. Kuching ialah ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri.
Add caption







Bendera Negeri Sarawak
Bendera Negeri Sarawak
Negeri Sarawak pernah memiliki beberapa bentuk bendera.  Pada bulan September 1841, James Brooke menerima pakai Bendera St. George,  palang merah di atas latar yang berwarna putih dalam bentuk bendera ekor burung layang-layang.  Pada tahun 1845, James Brooke bersetuju untuk memberi Sarawak benderanya sendiri.  Bendera tersebut mempunyai palang merah yang separuhnya berwarna ungu dan separuhnya berwarna merah daripada lambang kebangsawanannya di atas latar yang berwarna kuning. Warna kuning ini ialah warna diraja di Borneo.




Apabila negeri Sarawak menjadi Koloni British pada tahun 1946, benderanya ditukar tiga kali. Pemerintah British juga mengibarkan bendera Union Jack. Negeri Sarawak terus menggunakan bendera lama Sarawak, yang mempunyai salib dan mahkota di tengah-tengahnya sehingga ditukar oleh Ketua Menteri Sarawak, Tun Haji Abdul RahmanYakub dalam tahun 1973.


Apabila Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud memegang tampuk kuasa, negeri Sarawak mendapat bendera yang baharu yang mulai dikibarkan di Stadium Negeri pada 31 Ogos 1988 bersempena dengan sambutan Jubli Perak Sarawak merdeka dalam Malaysia.


Maksud yang tersirat di bendera kebangsaan Sarawak


Warna merah melambangkan keberanian, keazaman dan pengorbanan rakyat dalam usaha mereka mewujudkan negeri Sarawak sebagai negeri contoh. Warna kuning melambangkan kedaulatan undang-undang dan peraturan, perpaduan dan kestabilan dalam kepelbagaian. Warna hitam menggambarkan khazanah kekayaan sumber asli negeri Sarawak seperti petroleum dan kayu balak. Bintang berwarna kuning dan berbucu sembilan melambangkan sembilan bahagian pentadbiran yang diwujudkan pada masa itu. Bintang ini juga melambangkan aspirasi rakyat negeri Sarawak dalam perjuangan mereka menambah baik kualiti kehidupan mereka.


Jata Negeri Sarawak



Jata Negeri berupa burung Kenyalang yang menggembangkan sayapnya dengan perisai yang mempunyai bendera negeri di dadanya.  Sayapnya mempunyai 13 butir bulu yang melambangkan 13 buah negeri di Malaysia.Bunga raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia terletak di sebelah kanan dan kiri kaki burung.  Burung Kenyalang ini bertenggek di atas reben yang memaparkan cogan kata "Bersatu, Berusaha, Berbakti".  Lencana negeri ini dilancarkan dengan rasminya pada hari yang sama dengan Bendera Negeri yang ada sekarang.






Burung Negeri Sarawak

Burung Negeri ialah burung Kenyalang. Burung Kenyalang ini melambangkan satu daripada tuhan kaum Iban iaitu Singalang Burong yang memainkan peranan yang penting dalam perayaan keagamaan kaum Iban, umpamanya "Gawai Kenyalang". Burung ini menggambarkan kekuatan dan keberanian. Oleh itu, negeri Sarawak terkenal sebagai "Bumi Kenyalang"






Lagu Kebesaran Negeri Sarawak


Digubal oleh Wan Othman Hamid, liriknya ditulis oleh Ismail Hassan (1922-1991).  "Ibu Pertiwiku" dijadikan lagu kebesaran negeri Sarawak pada tahun 1988.


Lirik lagu "Ibu Pertiwiku"

Sarawak Tanah Air Ku
Negeri Ku Tanah Air Ku Sarawak
Engkaulah Tanah Pusaka Ku
Tanah Tumpah Darah Ku
Ibu Pertiwi Ku

Rakyat Hidup Mesra dan Bahagia
Damai Muhibbah Sentiasa
Bersatu Berusaha Berbakti
Untuk Sarawak Ku Cintai

Sarawak Dalam Malaysia
Aman Makmur Rahmat Tuhan Maha Esa
Kekallah Sarawak Bertuah
Teras Perjuangan Rakyat
Berjaya Berdaulat

Demografi

Populasi Penduduk
Negeri Sarawak mempunyai 2.07 juta orang penduduk . Kadar kasar kelahiran dalam tahun 2004 ialah kira-kira 20,300 orang, kadar kasar peningkatan semula jadi ialah 16,200 orang manakala kadar kematian ialah sekitar 4,100 orang. ( Ruj:Yearbook of Statistics, 2005 )

Taburan Penduduk mengikut Daerah Pentadbiran

Daerah pentadbiran yang mempunyai bilangan penduduk yang paling banyak ialah ibu negeri, Kuching, dengan jumlah penduduk yang dianggarkan sebanyak 579,900 orang pada tahun 2006. Daerah Samarahan di tempat yang kedua dan diikuti oleh Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, dan Miri, manakala Limbang merupakan daerah yang mempunyai bilangan penduduk yang paling sedikit iaitu 45,500 orang dalam tahun 2006. ( Ruj: Facts and Figures 2006,SPU )


Kumpulan Etnik Sarawak
Sarawak mempunyai 27 kumpulan etnik yang terdiri daripada Iban, China, Melayu, Bidayuh, Melanau, Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Penan, Kelabit, Kedayan, Bisaya, Berawan, Lahanan, Sekapan, Kejaman, Punan, Baketan, Ukit, Sihan, Tagal, Tabun, Saban, Lisum, Longkiput dan lain-lain. Bandar raya dan bandar dihuni oleh orang Cina dan orang Melayu. Sekarang bilangan orang Bumiputera yang berhijrah ke bandar raya dan bandar juga kian meningkat.


Kepelbagaian Budaya


Satu daripada ciri yang paling menarik negeri Sarawak dan yang banyak membezakannya dari negeri-negeri lain di Malaysia ialah kepelbagaian budayanya. Dengan adanya 27 kumpulan etnik asli yang bertutur dalam sekurang-kurangnya 45 loghat/dialek yang berbeza, negeri Sarawak boleh berbangga dengan penduduk yang mengamalkan pelbagai tradisi, adat dan agama. Penduduk negeri Sarawak dapat menikmati bermacam-macam perayaan yang berwarna-warni sepanjang tahun. Kepelbagaian budaya ini juga membolehkan negeri Sarawak menjadi satu daripada destinasi pelancongan yang paling popular di wilayah ini.


Geografi




Lokasi Geografi



Negeri Sarawak terletak di wilayah barat di pulau Borneo. Dengan kawasan yang seluas 124,449.51 kilometer persegi, negeri ini menjadi negeri yang paling besar di Malaysia, dan membentuk 34.5 % daripada jumlah keluasan 329,750 kilometer persegi di negara ini.


Terletak di utara Khatulistiwa antara latitud 0 50 dan 5 utara dan longtitud 109 36 dan 115 40 timur, negeri Sarawak terbentang kira-kira 800 km sepanjang pantai barat laut pulau Borneo. Negeri Sarawak dipisahkan dari Semananjung Malaysia oleh jarak 600 km Laut Cina Selatan. 

Di pulau Borneo, negeri Sarawak bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut dan Negara Brunei Darussalam yang membentuk enklaf berganda. Di sebelah pedalaman pula, negeri Sarawak bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia.


Topografi


Negeri Sarawak terbahagi kepada tiga wilayah; kawasan pesisir pantai yang meliputi tanah paya gambut lembah delta yang sempit dengan tanah aluvial; kawasan bukit bukau yang luas dalam lingkungan 300 meter dan tanah tinggi gunung yang melebar ke sempadan Kalimantan.


Sebelum ada jalan raya, semua komuniti bumiputera ini yang tinggi di tepi sungai bergantung kepada sungai untuk mendapatkan makanan dan air. Komuniti-komuniti ini masih menggunakan sungai untuk mengangkut mereka ke kebun mereka serta juga ke kampung-kampung dan bandar-bandar lain.


Oleh sebab letaknya berhampiran dengan khatulistiwa, maka negeri Sarawak mempunyai iklim yang panas dan basah sepanjang tahun dengan suhu di permukaan bumi antara 20 hingga 30 darjah sentigrad.


Iklim dan Jumlah Hujan
Dengan iklim tropika, negeri Sarawak sentiasa panas dan bermata hari sepanjang tahun. Suhu harian antara 33 C pada sebelah petang hingga 22C pada waktu malam. Jumlah hujan min negeri Sarawak ialah 3283 mm.



Ekonomi

Pembangunan Ekonomi Sosial
Berabad-abad lamanya kaum-kaum bumiputera Sarawak bergantung hidup dengan cara berburu dan memungut hasil hutan di samping mereka juga menanam padi di kawasan tanah yang luas dengan menebang dan membakar hutan melalui kaedah pindah-randah. Dengan galakan oleh Brookes,kaum bumiputera datang dari jauh Borneo Belanda (Kalimantan, Indonesia) untuk menebang hutan dara dan membuka kawasan ketika negeri Sarawak bersiap sedia menghadapi era pemodenan. Dengan pembentukan Malaysia, Kerajaan pun memulakan dasar untuk membangunkan tanah bumiputera untuk menambah baik taraf hidup rakyat dalam usaha mewujudkan masyarakat yang saksama. Read more..


Pertumbuhan Ekonomi


Pada mulanya, keutamaan ekonomi negeri Sarawak tertumpu kepada usaha membangunkan sumber aslinya, sektor pertanian dan sektor perhutanan dan penyediaan asas untuk pertumbuhan perindustrian demi mewujudkan peluang pekerjaan. Antara tahun 1963 hingga tahun 1973, 36% keluaran kasar domestik(KKD) datang daripada sektor komoditi utama tersebut, khasnya sektor penternakan pertanian, perhutanan dan perlombongan. Selepas tahun 1972, sektor perlombongan dan sektor pembuatan menjadi penyumbang terbesar terhadap KKD negeri Sarawak. Purata pertumbuhan KKD meningkat daripada RM 3,679 juta dalam tahun 1981 kepada RM 6,559 juta dalam tahun 1990




Mengenai Infrastruktur Sarawak  


Walaupun dengan keadaan bumi yang luas dan banyak kawasan yang tidak mempunyai kemudahan jalan raya, bandar-bandar utama dan bandar rayanya mempunyai rangkaian jalan raya yang sungguh baik. Negeri Sarawak mempunyai kemudahan lapangan terbang dan pelabuhan untuk perhubungan antarabangsa dan dalam negeri, serta juga sistem rangkaian jalan raya yang menghubungkan bandar-bandar utama di Sarawak, Sabah, Brunei dan Indonesia.





Pengangkutan Udara


Kuching dihubungkan dengan sistem perjalanan udara dengan beberapa bandar raya utama di Malaysia seperti Johor Baru, Kuala Lumpur,Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. Terdapat penerbangan antarabangsa dari dan ke Singapura, Hong Kong dan Brunei antara lainnya. Lapangan terbang Miri, Sibu dan Bintulu telah dinaik taraf atau dibina semula dan ini telah membolehkan ketiga-tiganya mengendalikan pesawat-pesawat yang lebih besar. Dalam tahun 2001, lapangan terbang di negeri Sarawak mengendalikan kira-kira 5 juta orang penumpang dan kira-kira 30,000 tan metrik kargo.


Syarikat Penerbangan Malaysia, pengangkut nasional, menawarkan perkhidmatan udara dalam Malaysia serta juga ke lebih 70 destinasi antarabangsa di 36 buah negara dan kesemua enam benua. Syarikat Pengangkutan Udara yang terdapat di Sarawak ialah AirAsia, Maswing, Transmile, Royal Brunei Air (RBA) dan Singapore Airlines (SIA), Silk Air, Batavia Air. Syarikat Penerbangan Malaysia mengendalikan penerbangan harian dari Ibu Negara ke Kuching dan mempunyai perhubungan langsung dengan bandar-bandar raya utama di Eropah, Australia, Amerika dan Asia. Syarikat Penerbangan AirAsia juga telah mengembangkan perkhidmatannya ke negeri Sarawak dan juga ke wilayah Asia Tenggara. Kini tiket penerbangan boleh dibeli dalam talian dengan menggunakan laman web syarikat penerbangan masing-masing atau di mana-mana lapangan terbang utama di negeri Sarawak. Penerbangan menghubungkan semua bandar raya utama di negeri Sarawak serta juga di agensi-agensi pelancongan.


Negeri Sarawak juga mempunyai landasan kapal terbang yang menyediakan perkhidmatan penerbangan ke petempatan-petempatan pedalaman seperti Ba Kelalan, Bario, Long San, Long Seridan, Long Bangga dan Belaga. Perkhidmatan udara terjadual yang kerap dengan menggunakan pesawat DHC6 Twin Otters ke landasan-landasan ini biasanya mengalami kendala masa yang terbatas disebabkan masalah penglihatan. Pesawat-pesawat catar dan perkidmatan helikopter juga boleh didapati. Kerajaan menyediakan perkhidmatan doktor udara untuk membawa perkhidmatan perubatan kepada penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman yang tidak dihubungkan dengan jalan raya di negeri Sarawak.




Pengangkutan Air
Terdapat dua kategori sistem pengangkutan air di Negeri Sarawak:


a. Perkapalan antarabangsa dan pesisir


Pelabuhan utama terdapat di Kuchng, Sibu, Bintulu dan Miri. Pelabuhan Senari, yang terkini, merupakan pelabuhan air dalam yang baharu di Kampung Senari memperlengkap kemudahan yang sedia ada di Lembaga Pelabuhan Kuching. Kesemua pelabuhan di Sarawak dilengkapkan dengan kemudahan untuk mengendalikan kargo am dan pukal, kering, cecair dan gas. Kecuali Pelabuhan Bintulu (pelabuhan laut dalam) yang merupakan Pelabuhan Persekutuan, semua pelabuhan lain diuruskan sendiri sebagai Lembaga Pelabuhan Negeri.




b. Sistem Pengangkutan Sungai


Sungai ialah nadi hidup penduduk negeri Sarawak. Sistem pengangkutan sungai mempunyai peranan yang sangat penting untuk sebahagian yang besar penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman dan yang tinggal di sepanjang pantai. Sistem pengangkutan sungai ini membolehkan penumpang-penumpang dan barang-barang diangkut ke pelbagai tempat di negeri Sarawak.


Negeri Sarawak mempunyai 55 batang sungai dengan jarak 3,300 km yang boleh digunakan untuk pengangkutan penumpang dan barang. Sungai Rejang sepanjang 567 km ialah sungai terpanjang di Malaysia. Antara 300 hingga 500 buah bot dan vesel yang berulang alik di sungai tiap-tiap hari dan kira-kira 50% lalu lintas itu melibatkkan pengangkutan penumpang, yang selebihnya untuk pengangkutan barang termasuk balak.


Negeri Sarawak boleh berbangga dengan dirinya kerana menyediakan perkhidmatan bot ekspres yang bukan hanya murah tetapi cekap untuk menghubungkan pelbagai bandar kawasan pesisir. Perkhidmatan bot ekspres juga banyak menggunakan laluan sungai menuju kawasan pedalaman yang tidak mempunyai jalan raya.





Pengangkutan Darat

Semua bahagian dan daerah di negeri Sarawak dihubungkan dengan jalan raya sekarang. Lebuh Raya Trans-Borneo bermula di Lundu di Bahagian Kuching merentas negeri menuju ke Merapok di Bahagian Limbang. Dalam tahun 1960-an negeri Sarawak mempunyai jalan raya berturap dalam sekitar 300 batu. Walau bagaimanapun, sekarang negeri Sarawak sudah dihubungkan oleh lebih 11,368 km jalan raya. Secara kasarnya, 72% daripada jalan raya ini berturap bitumen manakala 22% jalan batu dan yang selebihnya tidak berturap.


Sistem jalan raya di negeri Sarawak sentiasa dinaik taraf dan sistem pengangkutan awam ditambah baik untuk memenuhi keperluan lalu lintas yang kian meningkat. Baru-baru ini, jumlah RM 5.5 bilion telah diperuntukkan untuk melebarkan rangkaian jalan raya yang menghubungkan bandar-bandar utama di negeri Sarawak. Dalam tahun 1996, bilangan kenderaan berdaftar di negeri Sarawak ialah 41,817 buah; angka yang kecil berbanding dengan 717,245 buah kenderaan berdaftar dalam tahun 2001.


Kebanyakan bandar dan bandar raya utama menawarkan pelbagai perkhidmatan pengangkutan awam, termasuk perkhidmatan bas, teksi dan limosin. Perkhidmatan bas juga terdapat untuk perjalanan dalam negeri Sarawak serta perjalanan antara negara ke Pontianak (Indonesia) dan Brunei. Perjalanan dari Kuching ke Sibu dengan kereta mengambil masa kira-kira enam jam manakala perjalanan dari Kuching ke Miri akan mengambil masa kira-kira 12 jam.




Kemudahan Pengangkutan Kargo
Kebanyakan syarikat menyediakan perkhidmatan pengangkutan kargo kontena yang menyeluruh, seperti perkhidmatan pengangkutan kontena, penghantaran barang, penyimpanan di gudang, pengedaran, pemeriksaan kastam di pelabuhan dan baiki, sewa dan selenggarakan kontena.

Pendidikan


Pendidikan
Dalam masa 40 tahun yang lalu, banyak kemudahan prasarana sosial telah dibina untuk faedah penduduk negeri Sarawak, dengan keutamaam diberikan terhadap pembangunan dalam bidang pendidikan, kesihatan, perumahan, kerohanian, kebudayaan dan sukan.


Dasar Kerajaan Negeri membangunkan pendidikan menyebabkan sekolah rendah dan sekolah menengah yang beribu-ribu buah terbina di seluruh negeri, termasuk kawasan pedalaman/terpencil. Beberapa buah institusi pengajian tinggi swasta dan awam telah dibina di negeri Sarawak. Dalam tahun 2001, Kerajaan telah membina sejumlah 1,257 buah sekolah rendah dan 160 buah sekolah menengah. Sejumlah 462,334 orang murid yang belajar di sekolah-sekolah ini – hampir dua kali bilangan murid dalam tahun 1995.


Bersyukur terhadap dasar-dasar yang seumpama itu, kadar celik huruf kini telah meningkat kepada 85 peratus. Negeri Sarawak juga mempunyai beberapa buah institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Technology Mara (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), dan beberapa institusi swasta, termasuk Universiti Curtin, Universiti Swinburne, Universiti Tun Abdul Razak, Universiti Limkokwing, Kolej Stamford, Cermai College dan Kolej INTI.


Lebih maklumat mengenai  sistem pendidikan di Malaysia boleh dicapai melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.



Penyelidikan



Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC)
Pusat Biodiversiti Sarawak ditubuhkan dalam tahun 1998, di bawah Ordinan Pusat Biodiversiti Sarawak 1997 untuk memulakan program pemuliharaan, penggunaan, perlindungan dan pembangunan lestari biodiversiti Negeri Sarawak.


Kerajaan Negeri juga mengadakan enekmen Peraturan Biodiversiti Sarawak dalam tahun 1998.


Antara tahun 1998 dan 2003, Kerajaan Negeri mula meneliti potensi dalam penyelidikan berasaskan bioteknologi intensif dan pembangunan produk daripada sumber biologi pelbagai ini.


Dalam bulan Disember 2003, Dewan Undangan Negeri Sarawak meluluskan Ordinan Pusat Biodiversiti Sarawak 2003 dan mengkaji semula dan meluluskan semakan peraturan biodiversiti Sarawak dalam tahun 2004. Pindaan ini mempertanggungjawabkan SBC untuk memulakan penyelidikan berasaskan bioteknologi intensif dan pembangunan terhadap sumber biologi Negeri Sarawak - khususnya yang telah digunakan oleh masyarakat bumiputera dan mempermudah dokumentasi pengetahuan tradisional yang cepat pupus daripada masyarakat bumiputera tentang penggunaan sumber biologi.






Unit Makmal Penyelidikan Tanah Gambut Tropika
Unit Makmal Penyelidikan Tanah Gambut Tropika telah ditubuhkan pada Jun 2008.


Visi: Menjadi pusat utama penyelidikan dan pembangunan lestari bagi kawasan tanah gambut tropika yang bertaraf dunia


Misi: Untuk membentuk pengurusan kawasan tanah gambut tropika secara mampan


Unit ini mempunyai lima objektif utama:


Menjana teknologi bagi mencapai produktiviti yang mampan dan pemanfaatan penggunaan kawasan tanah gambut tropika secara optima.
Berkongsi data saintifik dan informasi untuk pemahaman, pengurusan, pemuliharaan dan penggunaan sumber tanah gambut tropika yang mampan.
Meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan tanah gambut tropika, karbon gambut dan kesan terhadap persekitaran.
Melatih penyelidik dalam memantapkan pengetahuan terhadap sumber tanah gambut tropika.
Menyediakan bantuan teknikal serta perundingan kepada klien di dalam dan luar Malaysia
Aktiviti-aktiviti Unit ini bertujuan untuk mengkaji keseimbangan karbon kawasan tanah gambut tropika dan menjana maklumat saintifik untuk penggunaan, pengurusan dan pemuliharaaan sumber tanah gambut tropika secara mampan.


Unit Makmal Penyelidikan Tanah Gambut Tropika terdiri daripada 5 bahagian iaitu: Penyelidikan Persekitaran, Kajian Tanaman, Kajian Molekular dan Mikrobiologi, Kajian Kimia dan Pentadbiran dan Pengurusan.


Dana operasi dan projek-projek penyelidikan adalah dibiayai melalui pelbagai sumber dari Kerajaan Pusat serta Kerajaan Negeri. Antara organisasi yang mempunyai kerjasama penyelidikan dengan Unit  ini adalah universiti-universiti terkemuka di Jepun seperti Hokkaido University, Tokyo University of Agriculture and Technology, Chiba University, Nagoya University serta organisasi terkenal seperti Asia and Japan Flux Groups dan Japan Forest Research Institute.


Pustaka

Pustaka Negeri Sarawak (PUSTAKA)


Pustaka Negeri Sarawak ialah perpustakaan rujukan terbesar di Sarawak. Dirangkaikan dengan semua perpustakaan, arkib dan pusat maklumat di seluruh Sarawak dan Malaysia, PUSTAKA berhasrat untuk memberi semua pihak capaian mudah terhadap maklumat dan pengetahuan


Perpustakaan ini juga menjadi pusat komuniti pengetahuan dan kebudayaan. Di sini seseorang bukan sahaja boleh mencapai koleksi maklumat yang sangat luas dan banyak dalam bentuk media elektronik bercetak, malah juga boleh menyertai program pertukaran pendidikan dan kebudayaan, program dan kegiatan yang dianjurkan secara tetap.


Perpustakaan ini juga memelihara warisan intelek negeri ini untuk faedah rakyat Sarawak.


Terdapat 36 buah perpustakaan desa tajaan Perpustakaan Negera di bawah jagaan PUSTAKA.  Perpustakaan ini terdiri daripada:


Perpustakaan Desa Kampung Keranji, Kuching
Perpustakaan Desa Taman Palma Indah, Kuching
Perpustakaan Desa RPR Tondong, Kuching
Perpustakaan Desa Taman Duranda Mas, Kuching
Perpustakaan Desa Taman Sepakat Jaya, Kuching
Perpustakaan Desa Taman Sri Muhibbah, Kuching
Perpustakaan Desa Taman Sri Permai, Kuching
Perpustakaan Desa Kampung Samariang Lama, Kuching
Perpustakaan Desa Bandar Baru Samariang, Kuching
Perpustakaan Desa Taman Harmoni, Sri Aman
Perpustakaan Desa Kampung Pusa, Betong
Perpustakaan Desa Kampung Beladin, Betong
Perpustakaan Desa Kampung Sepinang, Betong
Perpustakaan Desa Kampung Meludam, Betong
Perpustakaan Desa Taman Susur Jambu Indah, Sarikei
Perpustakaan Desa Taman Muhhibah Indah, Kanowit
Perpustakaan Desa Kampung Hilir, Sibu
Perpustakaan Desa Bahagia Jaya, Sibu
Perpustakaan Desa Skim Tunoh, Kapit
Perpustakaan Desa Taman Ixora Indah, Kapit
Perpustakaan Desa Tanjung Manis, Mukah
Perpustakaan Desa RPR Lawas, Lawas
Perpustakaan Desa RPR Batu Biah, Limbang
Perpustakaan Desa Kampung Bunan Gega, Serian
Perpustakaan Desa Kpg. Pangtray, Daro
Perpustakaan Desa Kpg. Jemoreng, Matu
Perpustakaan Desa Taman Stakan Jaya, Kota Samarahan
Perpustakaan Desa Taman Everglades, Kuching
Perpustakaan Desa Taman Samarindah, Kota Samarahan
Perpustakaan Desa Pabahanan, Limbang
Perpustakaan Desa Meritam, Limbang
Perpustakaan Desa Kampung Teh, Mukah
Perpustakaan Desa Kampung Puyut, Marudi
Perpustakaan Desa Sungai Asap, Belaga
Perpustakaan Desa Kpg. Tegageng, Bekenu
Perpustakaan Desa Layar, Betong





Perpustakaan Awam di negeri Sarawak


Perpustakaan Awam Lembaga Kemajuan Bintulu
Perpustakaan Dewan Bandaraya Kuching Utara
Perpustakaan Awam Kanowit
Perpustakaan Awam Kota Sentosa
Perpustakaan Awam Majlis Bandaraya Miri
Perpustakaan Awam Majlis Daerah Sri Aman
PUSTAKA Miri
Perpustakaan Awam Sarikei
Perpustakaan Awam Majlis Perbandaraan Sibu
Maklumat lanjut mengenai Perpustakaan Sarawak dan perkhidmatannya boleh melayari Laman Web Rasmi Perpustakaan Negeri.

Masa bahagian kuching