Saturday 24 December 2011

Sejarah Kuching




Kuching mula dibuka pada awal kurun ke-17. Sebelum itu, Kuching merupakan sebuah wilayah ufti bagi kerajaan Majapahit yang ditadbir oleh Temagi di Temasik. Nama asal bagi Kuching ialah
 Sarawak, seperti yang diceritakan melalui beberapa versi, perkataan Sarawak itu bererti serah kepada awak, yang mengikut hikayatnya semasa Awang Alak Betatar mendapatkan wilayah ini ia terbahagi kepada 5 bahagian ufti yang menganjur dari Lidah Tanah sehingga ke wilayah Kalaka sekarang. Konsep serah yang diamalkan oleh kerajaan Hujung Tanah di Temasik itulah yang memberi nama baru kepada wilayah 5 serangkai itu tadi menjadi Sarawak. Versi lain ialah apabila Pengiran Muda Hashim dari Brunei menyerahkan wilayah-wilayah yang lima itu tadi kepada James Brooke yang melekatkan nama wilayah-wilayah itu menjadi Sarawak. Ada pula versi menyatakan bahawa perkataan Kuching berasal daripada pokok buah mata kucing yang tumbuh melata di Bukit Mata Kucing (Lokasi sekarang Taman Permata/Kereta dan Wisma Hasil) dimana terdapat sebatang sungai kecil mengalir (Sungai Kuching) ke sungai Sarawak. Kini, sungai tersebut telah mengecil dan tertimbus akibat arus pembangunan yang berlaku dari semasa ke semasa.

Akibat daripada pengaruh Islam yang berkembang pada kurun ke-15 dan 16 di wilayah-wilayah Majapahit, Kuching mula menerima pengaruh Islam yang disampaikan sendiri oleh beberapa pendakwah dari negara rantau Teluk yang singgah bersama-sama pedagang-pedagang Arab. Penduduk asal Kuching ialah masyarakat Bidayuh ataupun lebih dikenali sebagai masyarakat Dayak Darat dan Orang-orang Saribas yang mendiami dan mengawal kawasan-kawasan lembah di sekitar Sungai Sarawak dan Sadong di Samarahan serta masyarakat Melayu yang menjadi patron kepada dua masyarakat itu tadi.

Perkembangan yang berlaku pada abad ke-19 megubah wajah Kuching yang mengambil alih peranan Lidah Tanah sebgai pusat pentadbiran. Kuching diperintah secara langsung oleh wakil Sultan Brunei sebelum kedatangan Brooke.

No comments:

Post a Comment

Sidak tok tengah bersusei hal post nok diatas tok, ktk join skali mok?

Masa bahagian kuching