Wednesday, 28 December 2011

10 Peraturan yang tak masuk akal di dunia

Korang penah memandu tanpa baju, membayar menggunakan wang syiling dan mengunyah gula-gula getah?Untuk pengetahuan korang ia boleh mendatangkan masalah antara korang dan pihak berkuasa di seluruh dunia. Tak caya jom baca 10 undang2 mencuakkan dibawah ni..


1. Mengepam tandas selepas jam 10 malam - Switzerland 
Di Switzerland, penghuni pangsapuri tidak dibenarkan mengepam tandas selepas jam 10 malam. Ia juga menjadi satu kesalahan untuk lelaki kencing berdiri walaupun di dalam rumah sendiri selepas tempoh itu bagi mengelak bunyi bising.
Penalti: Tiada denda pernah dikeluarkan, hanya tidak digalakkan. 



2. Berhenti di lebuh raya - Jerman
Kehabisan minyak di lebuh raya di Jerman mengundang padah, bukan hanya kerana anda terpaksa mencari jalan untuk mendapatkan minyak, tetapi juga kerana ianya menjadi satu kesalahan untuk berhenti di lebuh raya. Dan anda juga tidak boleh berjalan mencari minyak, kerana berjalan di lebuh raya itu juga dilarang. Penalti: Denda mencecah AS$100 (RM300). 


3. Memandu tanpa baju - Thailand 
Jangan biarkan iklim tropika yang nyaman di Thailand membuatkan anda ingin memandu tanpa baju. Polis akan mengeluarkan saman serta-merta jika anda dilihat memandu kereta atau menunggang motosikal tanpa mengenakan baju. 
Penalti: Denda kira-kira AS$10 (RM30). 


4. Membayar menggunakan wang syiling - Kanada 
Akta Wang 1985 di Kanada menetapkan peraturan bagaimana syiling digunakan termasuk meletakkan had munasabah bagi pembayaran menggunakan wang syiling. Anda tidak boleh membayar sesuatu yang bernilai AS$10 (RM30) dengan syiling sahaja atau menggunakan syiling satu dolar untuk membayar barang berharga lebih AS$25 (RM75). 
Penalti: Penjual boleh menerima bayaran itu jika mahu tetapi mengikut undang-undang, penjual boleh menolaknya dan menghalau anda keluar dari kedai. 




5. Kasut/selipar hasilkan bunyi bising - Itali 
Penduduk tempatan di pulau Capri, Itali tentunya sangat menghargai keadaan senyap dan tenang di bandar itu kerana satu larangan baru diperkenalkan bagi menghalang orang ramai memakai kasut atau selipar yang menyebabkan bunyi bising. 
Penalti: Kemungkinan ditahan polis dan didenda. 


6. Memandu kereta kotor - Rusia 
Ada yang menganggap peraturan ini hanya alasan untuk polis mengeluarkan lebih banyak saman kepada pemandu tetapi anda tetap perlu peka dengan tahap kekotoran kereta anda apabila memandu di Moscow, kerana memandu kereta kotor - iaitu sehingga tahap nombor plat tidak jelas atau pemandu tidak kelihatan - boleh menyebabkan anda disaman. 
Penalti: Saman akan dikeluarkan tetapi jumlahnya bergantung kepada budi bicara polis. 



 
7. Larangan terjun payung untuk wanita bujang - Amerika Syarikat 
Kepada wanita muda, bujang dan gemarkan aktiviti terjun payung, anda mungkin perlu berhati-hati apabila berada di Florida, AS kerana wanita belum berkahwin yang melakukan terjun payung pada hari Ahad boleh dipenjara. 
Penalti: Denda, dan juga boleh dipenjara. 


8. Mengunyah gula-gula getah - Singapura 
Undang-undang paling pelik di Singapura berasal daripada niat kerajaan untuk memastikan negara itu sentiasa bersih, dengan melarang rakyat dan pelancong di negara itu mengunyah gula-gula getah serta mengharamkan penjualannya. Peraturan itu dilonggarkan sedikit, pada 2004 dan gula-gula getah Nicorette untuk tujuan berhenti merokok dibenarkan (tetapi anda perlu mendapatkannya daripada doktor yang akan merekod nama anda). 
Penalti: Saman bernilai hampir AS$100 (RM300) 


9. Meninggal dunia di Bangunan Parlimen - Britain 
Sebab utama orang ramai dilarang meninggal dunia di Parlimen kerana ia dianggap sebahagian daripada
istana. Sesiapa yang meninggal dunia di situ secara teknikalnya perlu diberikan pengebumian negara. Jadi jika anda kelihatan sakit, pekerja Parlimen akan membawa anda keluar secepat mungkin. Jurucakap Parlimen Britain berkata, undang-undang itu mungkin tidak berasas tetapi ia tetap wujud dan tertulis di dalam akta tertentu. 
Penalti: Tiada, kerana pesalah telah meninggal dunia, menjadikannya undang-undang paling tidak masuk akal pernah digubal dan masih berkuatkuasa walau tidak pernah diguna. 


10. Boleh hisap ganja, bukan rokok - Belanda 
Peraturan yang berkuatkuasa di Belanda pada 2008 menghalang orang ramai menghisap rokok di tempat awam seperti kafe dan restoran, tetapi mereka tetap dibenarkan menghisap ganja. 
Penalti: Denda kira-kira AS$70 (RM210)
 [sumber]


*Cuak aku..kalau korang melancung ke negara2 ini berhati2 lah..Korang rasa mana satu undang2 paling pelik kat atas ni?




*Ni sebab knape singapore dilararang makan chewing gum.


Perdana Menteri Singapura pergi melawat maharaja Thailand yg tengah sakit.Mereka makan malam bersama dan berbual,ini dialog mereka semasa berbual:


PM Singapura : lepas makan udang,apa org thai buat dgn kulitnye?
Maharaja Thai : kami buang aje..
PM Singapura : owww,kami recycle buat keropok udang,pastu export ke Thailand.



PM Singapura : lepas makan keropok,ape org thai buat dgn plastiknye?
Maharaja Thai : kami buang aje.
PM Singapore : owww,kami recycle buat kontainer,pastu export ke Thailand.


PM Singapura : lepas kunyah chewing gum,ape org thai buat dgn sisanye?
Maharaja Thai : kami buang aje.
PM Singapore : owww,kami recycle jadi kondom pastu,export ke Thailand.


Maharaja Thai : ape yg orang singapore buat lepas guna kondom?
PM Singapore : kami buang aje.
Maharaja Thai : owww,kami recycle buat jadi chewing gum balik dan export ke Singapore.

Bila PM singapore balik ke tanah air nya,dia terus mengharamkan chewing gum sampai skarang,itulah sebabnya org tak boleh makan chewing gum kat singapore



P/s : 
Malay:  Cerita ini hanya sekadar utk berjenaka,bukan untuk mengutuk orang Singapura,mahupun Thailand.


English :  This story just for jokes, not to condemn the people of Singapore, and Thailand.


Thai :  เรื่องนี้เพียงเรื่องตลกที่จะไม่ประณามคนของประเทศสิงคโปร์และประเทศไทย

No comments:

Post a Comment

Sidak tok tengah bersusei hal post nok diatas tok, ktk join skali mok?

Masa bahagian kuching