Sunday 8 April 2012

Sarawak seri 1 sama dengan Kelantan

sebelum tuu, aku nak beri keputusan penuh Liga Malaysia.


KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 7 APRIL 2012

[1] Sarawak  VS  Kelantan [1]

[0] Johor FC  VS  Lions XII FC [1]

[6] Selangor  VS  Terengganu [1]

[2] Negri Sembilan  VS  Sabah [2]

[2] Perak  VS  Kuala Lumpur [1]

[1] Felda United FC  VS  Kedah [0]

Kekuatan Pasukan Bola Sepak Sarawak semakin terserlah apabila seri 1 sama dengan Negeri Kelantan, Negeri Sang Kancil. Walaubagaimanapun, tiada penalti di akhir perlawanan itu.
Gol pertama dijaringkan oleh Pasukan Ngap Sayot di separuh masa pertama. Gol kedua pula diambil alih oleh Kelantan.

Perlawanan yang berlangsung selama 90 minit itu turut menyumbang bencana apabila peristiwa berdarah berlaku di stadium apabila Kelantan mengejek penyokong Sarawak. Hafeez abdulrahim berkata, "Seorang anggota polis ditumbuk sehingga pecah bibirnya oleh seorang penyokong", katanya lagi, "individu bernama Mohd Saiful, menumbuk seorang Constable tambahan kerana suspek ingat mangsa tersebut hendak menumbuknya". Kini, pegawai tersebut sudah berada di hospital.

"Walaubagaimanapun, tiada kecederaan berat terjadi ketika itu", kata Mohd Hafeez Bin Abdulrahim.
Tahniah kepada pasukan Ngap Sayot kerana berjaya menjaringkan gol.

Credit: pamandangan Skyline Kuching.

No comments:

Post a Comment

Sidak tok tengah bersusei hal post nok diatas tok, ktk join skali mok?

Masa bahagian kuching