Monday, 26 December 2011

Tentang Aardvark

       

haa,ni la kwn kite Aardvark yg kat dlm citer pink panther tu,bace lanjut lagi utk mengetahui spisis ni spisis ape...

Ardvark ialah mamalia nokturnal (aktif pada waktu malam) bersaiz sederhana, penggali dan berasal dari Afrika. Ardvark merupakan satu-satunya spesies yang masih hidup dalam order Tubulidentata, walaupun spesies prasejarah dan genus Tubulidentata lain juga telah dikenalpasti.



Ibu ardvark dan anaknya
Aardvark merupakan mamalia bersaiz serdahana, bersarang dalam tanah, nokturnal berasal dari Afrika. Ia merupakan satu-satunya spesies masih hidup dalam susunan Tubulidentata, sungguhpun spesies presejarah dan genera Tubulidentata diketahui.


 Penamaan dan taksonomi

Ia kadangkala dipanggil secara tidak rasmi sebagai "pemakan semut", "anteater", atau "Cape anteater" sempena Tanjung Harapan. Namanya datang dari bahasa Afrika/bahasa Belanda bagi "babi bumi" atau "babi tanah" (aarde bumi/tanah, varken babi), kerana tabiatnya bersarang dalam tanah (asal yang sama seperti nama groundhog). Aardvark tidak berkait dengan babi; sebaliknya, ia perwakilan tunggal masa kini bagi susunan terceruk mamalia Tubulidentata, dalam mana, ia biasanya dianggap membentuk satu spesies berbeza bagi genus Orycteropus, genus yang masih hidup tunggal dalam keluarga Orycteropodidae. Aardvark tidak memiliki kaitan rapat dengan pemakan semut Amerika Selatan, sungguhpun memiliki ciri-ciri yang sama dan rupa yang hampir sama. Saudara masih hidup terdekat dengan ardvark adalah cencorot gajah, bersama sirenian, hyrax, tenrecidae, dan gajah. Bersama saudara pupus mereka, haiwan ini membentuk susunan besarAfrotheria.



Gambaran

Ardvark kelihatan seperti babi. Tubuhnya mantap dengan belakang melengkung dan diselitupi bulu jarang-jarang. Kakinya panjang serdahana. Kaki hadapan telah kehilangan pollex (atau 'ibujari'), menyebabkan empat jari, sementara kaki belakang memiliki kelima-lima jari kaki. Setiap jari kaki memiliki kuku kukuh, besar yang agak leper dan berbentuk penyodok, dan kelihatannya seperti perantaraan antara cakar dan kuku kaki. Telinganya tidak sebanding panjang, dan ekor amat tebal pada pangkal dan semakin tirus. Kepala yang agak memanjang terletak pada leher yang pendek dan tebal, dan pada hujung muncung terdapat cakera, yang menepatkan nostril. Mulutnya kecil dan berbentuk seperti tiub, biasa bagi spesies yang memakan anai-anai. Ardvark memiliki lidah yang panjang, nipis, seperti ular, lidah terjulur dan struktur halus menyokong deria bau yang tajam.

Berat ardvark biasanya antara Templat:Convert/and(-). Panjang ardvark biasanya anatara Templat:Convert/and(-), dan mampu mencapai panjang 2.2 meters (Templat:Convert/kain) apabila ekornya (yang mampu sepanjang hingga 70 sentimeters (28 in)) dimasuk kira. Ia merupakan ahli terbesar bagi clade Afroinsectiphilia yang dicadangkan. Ardvark adalah bewarna kuning pucat-kelabu dan sering lekat warna kemerah-merahan-perang oleh tanah. Kot aardvark adalah nipis, dan perlindungan besar mamaliaini adalah kulitnya yang tahan tough skin. Ardvark diketahui tidur dalam sarang semut yang baru dibongkar, yang turut bertindak melindunginya dari pemangsanya.

Salah satu ciri khas bagi Tubulidentata adalah gigi mereka. Disebalik memiliki rongga pulp gigi, setiap gigi memiliki sekelompok tiub vasodentin ("dentin bentuk khas") yang tegak, nipis, tiub selari, dengan rongga kanal pulp, diikat bersama dengan sementum. Giginya tidak memiliki selaput enamel dan haus dan tumbur gerterusan. Ardvark dilahirkan dengan incisor biasa dan gigi taring pada hadapan rahang, yang tanggal dan tidak diganti. Ardvark dewasa hanya memiliki gigi geraham pada belakang rahang, dan memiliki formula gigi: 

Secara genetik, ardvark merupakan fosil hidup, kerana kromosomnya masih kekal, menggambarkan sebahagian besar aturan "eutherian" awal sebelum berpecah taxa moden utama.



Tingkah laku dan Ekologi


Ardvark hidup di Afrika sub-Sahara, di mana terdapat habitat yang sesuai bagi mereka untuk tinggal, seperti di savana, kawasan rumput, kawasan berhutan dan kawasan semak, dan makanan yang ada (contoh. semut dan anai-anai). Ardvark adalah nokturnal dan haiwan bersendirian yang makan sepenuhnya pada semut dan anai-anai (formikivor); satu-satunya buah yang dimakan ardvark adalah timun ardvark. Ardvark muncul dari sarangnya pada lewat petang atau sejurus selepas matahari terbenam, dan mencari makan julat yang agak luas merangkumi 10 hingga 30 km,[2] menghayun hidungnya yang panjang dari sisi ke sisi bagi mencium bau makanan. Apabila kepadatan semut atau anai-anai dikesan, ardvark menggali padanya dengan kaki hadapannya yang berkuasa, mengekalkan telinga panjangnya tegak bagi mendengar bunyi pemangsa, dan mengaut jumlah serangga yang mengkagumkan dengan lidahnya yang panjang dan melekit—sebanyak 50,000 pada satu malam pernah direkodkan. Ia mampu menggali 2 kaki dalam masa 15 saat, tetapi selalunya bergerak agak perlahan. Cakarnya membolehkannya menggali menembusi kerak busut semut atau anai-anai yang amat keras dengan pantas, mengelakkan debu dengan menutup luabng hidungnya. Apabila berjaya, lidah ardvark yang panjang (sehingga 30 sentimeters (12 in)) menjilat serangga; gigitan anai-anai, atau semut dijadikan sia-sia oleh kulitnya yang tebal. Deria pendengarannya yang tajam membantunya mengesan pemangsa: singa, harimau kumbang, dubuk, dan ular sawa.

Selain menggali semut dan anai-anai, ardvark turut menggali sarang untuk tinggal; tapak sementara bertabur di julat rumah sebagai perlindungan, dan sarang utama digunakan bagi membiak. Sarang utama boleh jadi dalam dan meluas, memiliki beberapa laluan dan boleh sepanjang 13 meters (43 ka). Ardvark menukar tatarajah sarang induknya secara berkala, dan dari masa ke masa berpindah dan membina yang baru; sarang lama kemudian didiami oleh haiwan lebih kecil seperti anjing liar Afrika. Hanya ibu dan anak berkongsi sarang. Sekiranya diserang dalam terowong, ia akan menutup terowong dibelakangnya, atau berpaling dan menyerang menggunakan cakarnya.



Ibu dan anak Ardvark.
Ardvark hanya berpasangan semasa musim mengawan; selepas tempoh bunting selama tujuh bulan, seekor anak berat sekitar 2 kilograms (4.4 lb) dilahirkan, dan mampu meninggalkan sarang bagi menemani ibunya hanya selepas dua minggu, dan makan anai-anai pada 14 minggu dan berhenti menyusu selepas 16 minggu.Pada usia enam bulan ia mampu menggali sarangnya sendiri, tetapi biasanya sering kekal bersama ibunya sehingga musim mengawan berikutnya, dan matang seksual pada musim berikutnya.

Ardvark hidup sehingga 24 tahun dalam kurungan.

Pemangsa utama ardvark adalah singa, harimau kumbang, anjing perburuan dan ular sawa. Sesetengah puak Afrika turut memburu ardvark untuk dagingnya. Ardvark mampu mengali dengan pantas atau berlari berkelit bagi mengelakkan musuh, tetapi sekiranya gagal, mereka akan menyerang dengan cakar, ekor dan bahunya, kadang-kala berbaring bagi melibas dengan keempat kakinya. Kulit mereka yang tebal turut melindungi mereka sehingga tahap tertentu.



Sumber: Wikipedia: Ensiklopedia Bahasa Melayu Bebas

No comments:

Post a Comment

Sidak tok tengah bersusei hal post nok diatas tok, ktk join skali mok?

Masa bahagian kuching