Monday, 26 December 2011

Fasha Sandha gaduh dengan nora danish

nora danish

Sesungguhnya kami sukar nak percaya apa yang portal Murai bagitau pasal cerita sebenar Nora Danish tak jadi berlakon dalam drama Spa Qistina. Sebelum nie ada dengar jugak khabar-khabar angin cakap ada pergaduhan lokasi antara Nora Danish ngan Fasha Sandha. Sampai tarik-tarik rambut lagi. Tapi bila baca-baca balik segala info yang diberi, takder la sampai tarik-tarik rambut. Cuma ada berlaku sedikit pengamukan dari Nora Danish sebab Fasha Sandha pun ada sekali masa shooting tue.

Tak sangka di sebalik keayuan dan kelembutan muka Nora Danish nie, boleh jugak dia mengamuk rupanya. Itu yang kami susah nak percaya tue. Mungkin amarah dia terhadap Fasha Sandha memang dah sampai tahap dewa dah.  Selepas mengamuk, Nora Danish siap  chow terus dari lokasi penggambaran dan pulangkan balik cek bayaran untuk berlakon dalam Spa Qistina nie. Katanya dah taknak berlakon dalam Spa Qistina dah sebab hal tue.

Susah nak cakap siapa yang bersalah dalam hal nie. Mungkin sewajarnya Nora Danish bersikap lebih professional. Iyelah, masing-masing cari rezeki dalam lakonan. Tapi hati orang mana la kita tau kan. Kalau dah benci tue banyak sangat, tengok bayang orang tue pun dah menyampah gila-gila. Inikan tengok muka depan-depan. Tak gitu?

Bagi kami, Fasha Sandha memang tak bersalah dalam hal nie sebab dia sekadar datang untuk shooting jer. Tak sangka plak bleh bertembung dengan Nora Danish kat tempat shooting tue. Memang Fasha datang lebih awal daripada waktu sepatutnya, tapi rasanya bukan sengaja untuk berjumpa ngan Nora Danish. Maybe nak buat make up preparation kot.

Akhirnya dalam cerita pergaduhan siapa yang untung ? Umi Nazeera gak yang untung sebab watak Nora Danish tue dia jadi pengganti. Tapi kesian gak kat penerbit drama Spa Qistina nie. Dah 40 babak dah Nora Danish berlakon. Skang semua tue kena retake balik sebab Nora Danish dah tarik diri. Banyak gak tue rugi tue.


Kalau korang nak baca apa cerita sebenarnya yang terjadi, sila baca artikel ini sepenuhnya.



KUALA LUMPUR, 10 NOV 2009: Kekecohan yang melanda set penggambaran siri Spa Qistina sehingga menyebabkan pelakon Nora Danish angkat kaki dan terus menarik diri daripada drama itu kini menjadi semakin hangat.


Semalam, ruangan Murai Batu menyiarkan gosip daripada sumber di belakang tabir mengatakan bahawa ia berpunca daripada rasa tidak puas hati Nora yang terpaksa ‘bertembung’ dengan Fasha Sandha di set penggambaran itu diBukit Bintang, di sini, Jumaat lalu.


Ini menyebabkan ramai peminat sendiri tertanya-tanya apakah sebab musabab itu sengaja diada-adakan kerana produser Spa Qistina sendiri, Datin Zaiton Muhd Jiwa  telah memberikan kenyataan kepada pihak media Ahad lalu bahawa ia disebabkan pertembungan jadual tugas Nora.


Namun semalam, Datin Zaiton atau panggilan mesranya, Kak Ton, telah mendedahkan perkara sebenarnya kepada murai.com.my.


“Ya pada awalnya memang cuba menutup cerita dengan alasan itu iaitu pertembungan jadual dan pertukaran team produksi baru. Tapi, selepas ia mula menjadi kecoh, saya rasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan dan bercakap benar. Bagi saya, Nora Danish sebenarnya telah bersikap tidak profesional.


“Saya bukan hendak menyalahkan mana-mana pihak tapi disebabkan laporan awal yang telah saya berikan itu, ramai pula mula menyalahkan Fasha dan menganggap diasebagai punca sehingga Nora bertindak demikian dan menarik diri.


“Malahsaya terkejut dengan timbulnya gosip bahawa Fasha telah menarik rambut Nora pada hari tersebut sehingga Fasha dikatakan telah meninggalkan set penggambaran. Padahal, kejadian tarik rambut itu langsung tidak pernah berlaku dan bukan Fasha yang tinggalkan set, sebaliknya yang berbuat demikian adalah Nora sendiri,” katanya.


Menurut Zaiton, sebagai produser dia cuba memahami kehendak serta masalah kesemua pelakon yang membintangi setiap dramanya.


“Begitulah yang saya lakukan terhadap Nora dan Fasha sewaktu saya menawarkan sendiri kepada mereka untuk membintangi Spa Qistina ini.


“Malah, saya sendiri akur dengan kehendak Nora untuk tidak mahu digandingkan dengan Fasha dalam drama ini walaupun hanya untuk satu babak sekalipun! Sebab saya faham, dia mungkin masih terluka dengan sikap serta perbuatan Fasha dulu. Malah, apabila saya membuat sidang media untuk Spa Qistina,saya sanggup terima hakikat ketidakhadiran Nora dalam majlis itu. Tapi,apabila pelakon sendiri tidak dapat memahami masalah yang dihadapi team produksi, sayalah menjadi orang yang paling kecewa.


“Paling membuatkan saya rasa sedih dan terkilan …. Nora langsung tidak angkat telefon apabila saya cuba bercakap, cuba memujuk serta cuba berbincang dengannya. Tindakannya itu seolah-olah seperti tidak menghormati sayasebagai orang tua,” kata Kak Ton dalam nada kesal.


Tempat Nora Danish terpaksa digantikan Ummi Nazeera


SambungZaiton lagi, punca pada kejadian Nora menarik diri daripada Spa Qistina ini berlaku pada hari Jumaat lalu iaitu ketika babak di sebuah kelab malam di Bukit Bintang dilakukan.


“Tapi, penggambaran pada hari itu telah bermula agak sedikit lewat berikutan beberapa beberapamasalah teknikal yang berlaku. Kebetulan pembantu pengarah drama inipula baru hendak keluar hospital dan Kuala Lumpur pula dilanda hujanlebat.


“Jadi, macam-macam perkara yang berlaku pada hari itu.Atas sebab itu, penggambaran untuk babak Nora dilewat kan iaitu dari sebelah siang kepada 1 petang. Manakala babak untuk Fasha pula hanya dapat bermula jam 4 petang.


“Tapi, Fasha telah datang lebih awal dan apabila saja dapat tahu Fasha sudah berada disitu, Nora terus mengamuk. Pihak kami cuba untuk mengawal keadaan dengan memujuknya.


Malah, pihak kami juga turut berjumpa dengan Fasha dan memberitahunya supaya jangan naik ke atas kelab itu dulu.Fasha juga tidak tahu Nora berada di atas dan Fasha pula mempersoalkankenapa dia perlu tunggu sedangkan dia perlu membuat banyak persediaanuntuk babaknya.


“Dan Nora yang masih mengamuk terus angkatkaki dan meninggalkan set penggambaran itu. Tapi, apa yangmemeranjatkan saya, dia bukan saja telah memulangkan cek bayaran untuk Spa Qistina malah dia juga telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada membintangi drama itu,” katanya.


Jelas Zaiton lagi, baginya tindakan yang ditunjukkan Nora Danish itu sangat tidak profesional kerana sewaktu kejadian itu berlaku, dia bukannyaberjumpa atau bertentang mata dengan Fasha pun.


“Hanya setakat dapat tahu Fasha berada di situ, dia terus hendak mengamuk. Apa yangberlaku pada hari itu pun bukanlah sesuatu yang dirancang. Secara kebetulan pula, penggambaran babak Nora habis lewat dan Fasha datangsedikit awal.


“Tapi, takkanlah disebabkan perkara itu dia terus hendak tarik diri daripada Spa Qistina? Kalau dia sangat berpegang pada prinsipnya untuk tidak mahu dikait kanapa-apa dengan Fasha, kenapa dia tidak kisah apabila dia mintamenjayakan pertunjukan fesyen M-IFW (anjuran MIFA) bersama Fasha padaAhad lalu?


“Tidak terfikirkah Nora bahawa disebabkantindakannya itu, saya sebagai produser terpaksa menganggung banyak kos kerugian? Lebih-lebih lagi apabila kita sudah siapkan sebanyak 48 babak yang membabitkan Nora sendiri. Entahlah, saya tidak tahu hendak cakap apa lagi. Saya masih boleh terima kalau Nora meminta untuk menghentikan penggambaran pada hari itu dan minta supaya babak itu dilakukan pada hari lain. Tapi jangan dengan cara melulu dan tidak profesional begini.




“Apapun, saya sudah pun mendapatkan pengganti Nora iaitu Ummi Nazeera (gambar atas kiri).Dari segi nama dan populariti, mungkin Ummi Nazeera tidak standing NoraDanish. Tapi, di segi lakonan, dia mungkin lebih baik dari Nora Danishl agi,” kata Kak Ton dengan nada kekesalan.

No comments:

Post a Comment

Sidak tok tengah bersusei hal post nok diatas tok, ktk join skali mok?

Masa bahagian kuching