Gua ada teka teki, kalau lu semua bijak-bijak belaka, dipersilakan jawab (jawab di ruangan komen di bawah). Kalau nak tau jawapan, highlight kurungan jawapan ( ). kalau nak lebih surprise, janganlah highlight jawapan...
ok, jom mula...
1) Mi apakah yang boleh di makan dengan ais?
Jawapannya (Milo Ais)
2) Bas apakah yang sangat pandai?
Jawapannya (Bas Sekolah)
3) Mana lagi tua, motosikal ke kereta?
Jawapannya (Motosikal.. Sebab dia pakai tongkat)
4) Bagaimana nak bezakan ikan betina dengan ikan jantan?
Jawapannya (Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar,
mana ada perempuan nama BAKAR)
5) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk?
Jawapannya (Masukkan benang dalam jarum)
6) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki?
Jawapannya (Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia akan jatuh sebab tulah
dia angkat sebelah je)
7) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
Jawapannya (Kambing BinAtang)
8) Air apakah yang paling berani?
Jawapannya (Air Terjun.. Sebab dia berani terjun)
9) Binatang apakah yang bertelur dan beranak?
Jawapannya (Siput Babi, Sebab siput bertelur dan babi beranak)
10) Sungai apakah yang paling berat?
Jawapannya (Sungai Besi)
11) Pokok apakah yang baik hati?
Jawapannya (Pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia)
12) kasut apa yang paling keras?
Jawapannya (Kasut Bata)
13) Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir
terlanggarseekor katak. apakah yang akan turun dahulu selepas
pemandu itu berhenti?
Jawapannya (Meter Bas)
14) Antara huruf A hingga Z, banyak-banyak huruf tu..
yang manakah huruf yang boleh kahwin?
Jawapannya (Huruf I dan U)
15) Kain apa yang paling berat di dunia?
Jawapannya (Kain songket cap gajah duduk)
16) Soalan matematik, 2 apek tolak 1 nyonya jadi apa?
Jawapannya (Jatuh la nyonya tu)
17) Ibu satu, anak beribu, apa dia?
Jawapannya (Penyapu)
18) Kalau 1 + 1 = 2, jawapan lain dia apa?
Jawapannya (Jawapan lainnya salah la)
19) Ibunya di urut, dan anaknya di pijak?
Jawapannya (Tangga)
20) Pokok apakan bila manusia nampak dia akan lari?
Jawapannya (Pokok nak tumbang)
21) Lagu apa yang semua orang di dunia ini boleh nyanyikannya?
Jawapannya (Lagu Happy Birthday)
22) Sungai apakah yang tiada air?
Jawapannya (Sungai di dalam peta)
23) Ikan apakah yang mempunyai ketiak?
Jawapannya (Ikan duyung)
24) Pintu apa walau 10 orang tolak tetap tidak boleh di buka?
Jawapannya (Pintu yang ada tulis 'TARIK')
25) Saya ada 3 kepala, 4 tangan dan 3 kaki.. Siapakah saya?
Jawapannya (Pembohong)
26) Apadia jauh di mata dan dekat di hati?
Jawapannya (Usus)
27) Nak mencari sikit punya susah, bila dah dapat di buang.. Apa bendanya?
Jawapannya (Tahi Hidung)
28) Apa persamaan kain jemuran dengan telefon?
Jawapannya (Dua-dua kalau dah kring boleh di angkat)
29) Apadia bila masuk segi tiga dan bila keluar bergulung-gulung?
Jawapannya (Seluar dalam)
30) Masa dia hidup kita menyanyi, dan masa dia mati kita tepuk tangan?
Jawapannya (Lilin masa sambut hari jadi)
31) Scorpion kaler apa?
Jawapannya (Kala Jengking)
32) Kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
Jawapannya (Kuih Donut)
33) Kuih apa ada bawang besar ditengah-tengah?
Jawapannya (Kuih salah sesepi)
34) Lembu apakah yang orang suka cari?
Jawapannya (Lembu yang hilang, sebab kalau tak hilang orang tak cari)
35) Kotak apa yang tak boleh diangkat?
Jawapannya (Kotak penalti)
36) Cecair apakah yang menjadi beku apa bila dipanaskan?
Jawapannya (Telur)
37) Singa apa yang tak makan daging?
Jawapannya (Singapura)
38) Burung apakah yang paling penyayang?
Jawapannya (Burung belatuk... sebab dia bela atuk)
39) Buah apakah yang tidak bertangkai?
Jawapannya (Buah Melaka)
40) Daun apakah yang tidak bertangkai
Jawapannya (Daun Terup)
41) Binatang apa tidak berkaki?
Jawapannya (Ular)
42) Bintang apakah yang hidup di laut?
Jawapannya (Tapak Sulaiman)
43) Binatang apakah yang paling kaya didunia?
Jawapannya (Beruang, sebab binatang ni ber wang)
44) Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
Jawapannya (Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris,
"Kang" adalah perkataan Jawa)
45) Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Jawapannya (Bahrain kerana bah tu banjir, 'rain' tu hujan)
46) Katak apa yang boleh menyuruh orang?
Jawapannya (KATAKan padaku)
47) Kera apa yang tinggal di istana?
Jawapannya (KERAbat diraja)
48) Kopi apa yang sungguh menyusahkan?
Jawapannya (KOPIkir sendirilah)
49) Apa erti peribahasa "Sambil Menyelam Minum Air"?
Jawapannya (Tenggelam)
50) Apa bahasa cinanya "selesai makan"?
Jawapannya (Sudah KEN YANG)
51) Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan
lalu mati. 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang.
3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.
Jawapannya (Mereka akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun.
2- Astaghfirullah hal azim. 3- Alhamdulillah)
52) Cuba teka apa bahasa cina-nya "orang yang cari ikan di laut"?
Jawapannya (MAN CHING)
53) Apa dia, Ditembak ke lantai kena hidung?
Jawapannya (Orang kentut)
54) Apa yang diiring bukan raja, ditanam bukan tanaman?
Jawapannya (Orang mati nak dikubur)
55) Apa benda, berkaki satu bemata tiga?
Jawapannya (Lampu Trafik)
56) Apa yang masuknya keras keluarnya lembik?
Jawapannya (Terung direbus)
57) Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri
yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?
Jawapannya (Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat
gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato', suami
tidak mendapat sama)
58) Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan
bila tua pula berkaki 3?
Jawapannya (Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua
kaki dan bila tua bertongkat)
59) Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam,
sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan
di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian,
sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam
meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan
berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki
serba hitam itu?
Jawapannya (Waktu itu adalah siang hari bukannya malam)
60) Apa dia, Kalau kita guna kita buang, kalau tak guna kita simpan?
Jawapannya (Jala)
70) Ada 3 biji limau kemudian di bahagi kepada 3 bahagian.. lepas tu di bagi
pulak pada 3 orang.. berapa seorang dapat?
Jawapannya (Sebiji sorang sebab limaukan 3 biji)
71) Benda apa kalau naik tak turun dah?
Jawapannya (Umur)
72) Air apa yang kita bawa tak berat?
Jawapannya (Air Sembahyang)
73) Apakah dia "rumah di bawah, tiang di atas"?
Jawapannya (Kubur)
74) Kulit bertemu kulit, bulu bertemu bulu, makin rapat makin sedap?
Jawapannya (Mata mengantok nak tidur) *jangan fikir negatif sbb jawapan nya berbentuk positif*
75) Kalau kotor tak dapat dicuci, kalau koyak tak dapat di jahit
Jawapannya (Kertas)
76) Bila ditarik, yang di atas gembira dan yang di bawah pasti merana?
Jawapannya (Pengail yang dapat ikan)
77) Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita
jalan dia pun ikut sama.
Jawapannya (Tapak kaki kita)
78) Bila dipegang, ia mati, bila dilepas, ia hidup, dibiar-biar, akhirnya mati?
Jawapannya (Gasing)
79) Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di
bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang
pendengaran?
Jawapannya (Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak
jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara
pun tak ada)
80) Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu
bedak, aku pun terjun ke dalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai
mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
Jawapannya (Pisang Goreng)
81) Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam?
Jawapannya (Anak Mancis)
82) Pembuatnya tidak mahu guna, pembelinya tidak menggunakannya dan
penggunanya tidak nampaknya?
Jawapannya (Keranda)
83) Di dalam Dunia ni, dialah yang paling pendek dan panjang, di dalam dunia
ni dialah yang lembab dan pantas, tanpa dia semua kita buat tak jadi?
Jawapannya (Masa)
84) Ada kaki tak berpeha, ada muka tak berkepala?
Jawapannya (Meja)
85) Apa perbezaan jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
Jawapannya (Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu
baru naik)
86) Apa perbezaan antara orang perempuan dengan angkasawan perempuan?
Jawapannya (Perempuan - Datang Bulan, Angkasawan Perempuan - Datang ke
bulan)
87) Apa persamaan Presiden Bush dengan Saddam Hussein?
Jawapannya (Dua-dua tak kenal siapa saya)
88) Apa pebezaan di antara sekretari baik dengan sekretari kurang baik?
Jawapannya (Sekretari baik; "Selamat pagi tuan",
Sekretari kurang baik; "Dah pagi ni tuan'')
89) Apa perbezaan seluar pelarut dengan balon gas?
Jawapannya (Kalau Balon gas, lepas talinya, belon naik ke atas, seluar pelarut,
lepas talinya, seluar turun ke bawah)
90) Apa perbezaan lampu stadium dengan lampu bilik?
Jawapannya (Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang,
tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam)
91) Menyalak bukannya anjing, mengiau bukannya kucing,
berkokok bukannya ayam, terbang bukannya burung,
mengembik bukannya kambing.. Binatang apakah itu?
Jawapannya (Binatang ajaib)
92) Macam mana nak masukkan Gajah dalam peti sejuk?
Jawapannya (buka peti sejuk, masukkan Gajah lepas tu tutup)
93) Macam mana nak masukkan Rusa dalam peti sejuk yang ada gajah?
Jawapannya (Buka peti sejuk, keluarkan Gajah, masukkan Rusa dan tutup peti
sejuk)
94) Kalau seluruh hutan terbakar dan semua binatang mati kecuali seekor,
agak-agak binatang apakah itu?
Jawapannya (Rusa, sebab dia masih dalam peti sejuk)
95) Kalau kucing naik moto, apa reaksi manusia?
Jawapannya (Hairan)
96) Gajah lalu titi, titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
Jawapannya (PATAH BALIK. pasal titi tu dah patah)
97) Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin
itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada
semua stokin tersebut?
Jawapannya (Stokin tu basah)
98) Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air.
Bila ku toleh ke belakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
Jawapannya (Aku berjalan secara mengundur)
99) Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing ke kanan 180 darjah,
kemudian 270 darjah ke kiri. Ke arah mana lembu itu menghadap sekarang?
Jawapannya (Ke bawah. Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan
rumput)
100) Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
Jawapannya (meter bas)
101) Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup?
Jawapannya (Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat)
102) Kenapa mayat dibungkus dengan kain putih?
Jawapannya (Kalau dibungkus dengan kain hitam, siapa takut)
103) Ekor siapa lagi panjang, ekor tikus atau ekor kuda?
Jawapannya ( ekor tikus, karana tikus kalau berjalan ekornya
mencecah tanah)
104) Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Jawapannya (Lampu jiran tetangga kita. Cubalah pecahkan, nanti akan keluar
orangnya)
105) Kalau ditutup dia akan mengintai, tapi kalau dibuka dia
akan marah marah?
Jawapannya (Orang naik beca semasa hujan)
106) Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala,
sedangkan profesor dibahagian depan?
Jawapannya (Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau, dan profesor
pula memikirkan untuk masa depan)
107) Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?
Jawapannya (Ia bergantung kepada kedudukan anda sama ada anda manusia
atau tikus)
108) Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan
dengan kepintarannya?
Jawapannya (Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan
lelaki yang buta)
109) Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, dan kalau kura-kura panjat
pokok nampak apa?
Jawapannya (Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat
pokok)
110) Apakah yang berada diantara langit dan bumi?
Jawapannya (Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang
dikehendaki adalah "dan")
111) Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
Jawapannya (Buang tabiat)
112) Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang,
Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.
Jawapannya (Batang hidung)
113) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu
getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah
pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa
tumbuh dulu?
Jawapannya (Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je)
114) Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami
dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih
timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa?
Jawapannya (Sebab anak dia tu perempuan)
115) Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
Jawapannya (Pemandunya lah yang mati. kalau kereta kancil dengan rusa
berlanggar... mati lah orang tu, kan-kan?)
116) Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala. kalau makan tak pulak?
Jawapannya (Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh)
117) Zaman jepun dulu, kalau askar jepun jumpa lalaki hemsem, mesti kena
pancung. Ditakdirkanlah awak hidup zaman jepun, dan kebetulan satu
hari tu anda terserempak dengan askar jepun dari jauh. Apa yang anda
buat untuk menyelamatkan diri?
Jawapannya (Buat selamba je laa.. apa kau ingat kau hensem sangat ke?)
118) Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?
Jawapannya (Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta
mungkin namanya YAMAHMUD)
119) Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?
Jawapannya (Orang gemuk makan tempat, orang kurus makan hati)
120) Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
Jawapanmya (Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang)
121) Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?
Jawapannya (Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh)
122) Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar
ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak
ni apa yang paling besar?
Jawapannya (Orang tu la penipu besar, mana ada rumah dalam kapal)
123) Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?
Jawapannya (Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali
jalan oleh TELEKOM)
124) 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat.
6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah, namun 4 ekor burung
telah jatuh ke bumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?
Jawapannya (Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan
menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa)
125) Apa kita buat sebelum turun dari perahu?
Jawapannya (Kita naik perahu la dulu, macam mana nak turun kalau tak naik
dulu)
126) Ikan apa yang ada bulu ketiak?
Jawapannya (Tauke ikan)
127) Apa yang dipegang lembik dipukul keras?
Jawapannya (Tahi ayam melekat kat tiang lampu)
128) Kenapa anjing jinak suka goyang ekor?
Jawapannya (Kalau goyang punggong nanti orang kata macam Inul (Dangdut)
129) Kenapa ikan Yu takut dengan ikan lumba-lumba?)
Jawapannya (Sebab ikan lumba-lumba suka bawak geng. Kalau lawan satu
sama satu, belum tehu lagi dapat menang)
130) Kalau Haiwan dan Serangga boleh sekolah, siapa yang selalu lewat ke
sekolah?
Jawapannya (Ulat Gonggok, sebab dia banyak kaki lambat nak pakai kasut
sekolah)
131) Kenapa dalam film Hulk, bila hero bertukar jadi Hulk, badan dia terus
membesar tapi baju dia je yang koyak seluar tidak?
Jawapannya (Kalau seluar yang koyak tajut jadi film Blue pulak)
132) Binatang apa, kaki macam gajah, telinga macam gajah,
badan macam gajah, ada belalai macam gajah?
Jawapannya (Anak Gajah)
133) Ada 20 ekor babi di dalam sebuah lori, dalam perjalanan ke pusat
penyembelihan, lori pergi ke stesen minyak… dua ekor babi tak tahan bau
diesel lalu melompat… seterusnya… lori itu berhenti di lampu isyarat…
seekor babi melompat kerana tidak sabar menunggu… dan di Simpang
Tiga… seekor babi terasa amat panik lalu melompat… berapa ekor babi
yang tinggal?
Jawapannya (20 ekor jugak pasai dia lompat dalam lori aje (Di Malaysia kan
babi kena bawak dalam sangkar)
134) Babi dan beruk ada seorang kawan iaitu tarzan, apabila tarzan mandi
kenapa babi dan beruk gelak?
Jawapannya (Sebab ekor babi dan beruk kat belakang, ‘ekor’ tarzan kat depan.
pendek pulak tu)
135) Apakah binatang yang boleh terbang, memanjat pokok dan berenang
dalam air?
Jawapannya (Ada banyak jawapan tapi yang pasti mesti 3 binatang bukan 1.
Burung, Monyet dan Ikan)
136) Kenapa apabila monyet makan, ia suka simpan di pipi?
Jawapannya (Saya tak tahu sebab saya bukan monyet, sapa yang jawap tu
paham-paham la)
137) Tukang apa yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas?
Jawapannya (Tukang gali kubur)
138) Apa yang waktu malam dia hidup siang dia mati?
Jawapannya (Drakula)
139) Sebuah bas membawa 30 orang penumpang. Tiba-tiba berlaku satu
kemalangan, semua penumpang dan driver bas mati. Apa yang
masihhidup?
Jawapannya (Lesen memandu, Roadtax dan insurent Driver Bas tu)
140 Kereta berhenti tarik Handbrek, Kuda Berhenti Tarik Apa?
Jawapannya (Tarik nafas sebab penat belari)
141 Kenapa Pontianak berambut panjang?
Jawapannya (Sebab dia selalu keluar tengah malam dan tengah malam kedai
Gunting dah pun tutup)
142 Apakah kucing selalu ada, tapi gajah tak mungkin ada?
Jawapannya (Anak kucing)
143) Katak apa yang boleh melompat lebih tinggi dari Bangunan Berkembar
Petronas?
Jawapannya (Semua katak. sebab Bangunan Berkembar Petronas tak boleh melompat)
144) Bibir bertemu bibir, tangan meraba raba mencari lubang sehingga
menimbulkan keasyikan?
Jawapannya (Orang main seruling)*jangan fikir negatif sbb jawapan nya berbentuk positif*
145) Di laut merah terdapat banyak ikan jerung, sebab?
Jawapannya (sebab itu janganlah kau berenang di sana)
146) Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang?
Jawapannya (Kacang panjang bila dipotong namanya tetap kancang panjang,
tapi seluar panjang bila dipotong jadi seluar pendek)
147) Katak apa yang dilanggar kereta tapi masih tak mati?
Jawapannya (Katak panjang umur)
148) Ada 3 orang yang memakai payung - orang pertama gemuk, orang kedua
kurus, orang ketiga pendek. siapa yang basah?
Jawapannya (Tak ada sapa yang basah sebab tak hujan pun)
149) Nenek siapa yang larinya melompat-lompat?
Jawapannya (Nenek si Kangaroo)
150) Ayam apa yang boleh bertelur di gunung, di gua, dan di dalam hutan?
Jawapannya (Ayam betina)
151) Kereta apa yang tidak boleh dicat?
Jawapannya (Kereta yang hilang)
152) Kuda apa yang boleh lihat anda, tapi anda tak boleh lihat kuda itu?
Jawapannya (Kuda yang tengah sembunyi)
153) Lipas apa yang kepalanya di kaki, badan-nya di kaki, sesungutnya pun di
kaki?
Jawapannya (Lipas kena pijak)
154) Ikan apa yang banyak di laut?
Jawapannya (Ikan yang basah)
155) Kenapa kentut kau lebih kuat bunyinya daripada kentut aku?
Jawapannya (Sebab kau kentut kat Microphone)
156) Berapakah jauhnya planet Pluto dari matahari?
Jawapannya (Tersangatlah jauhnya)
157) Apa dia, ayam di luar, ikan di dalam?
Jawapannya (Ikan sardin cap ayam)
158) Apa dia, bila kecik dia hitam, bila besar jadi putih?
Jawapannya (Michael Jackson)
159) Kenapa hidung lembu sentiasa berair?
Jawapannya (Lembu tak tahu nak kesat hidungnya dengan tisu)
160) Bom apakah yang tak pernah meletup?
Jawapannya (Bomba ataupun kuih bom)
171) Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta?
Jawapannya (Teksi)
172) Kenapa orang bercinta suka meraba raba?
Jawapannya (Kerana cinta itu buta)
173) Apa sebab utama perceraian?
Jawapannya (Perkawinan)
174) Binatang apa power Karate?
Jawapannya (Kuda belang. cuba kira berapa "black belt" dia ada)
175) Gajah terbang dengan apa?
Jawapannya (Dengan susah payahnya)
176) Apa dia Berwarna hitam, montok, terbelah di tengahnya?
Jawapannya (Tahi kerbau dilanggar Motosikal)
177) Kalau terjun dari KLCC apa yang pecah?
Jawapannya (Pecah Rekod)
178) Ada seekor ayam jantan, dia bertelur atas atap, telur ayam tu bergoleng
dari atas atap, apa jadi kat telur tu?
Jawapannya (Mana ada ayam jantan bertelur)