Friday, 10 February 2012

Lelaki bekas 'Pak Guard' jadi tarzan asli...

LASAK... jejaka berusia 24 tahun  memilih kehidupan  seperti Tarzan.
LASAK... Jejaka 24 tahun memilih kehidupan seperti tarzan...
DIA pernah menjadi pengawal keselamatan di sebuah kedai makan sebuah koperasi di Manchester, tetapi kini DeWet Du Toit sudah menjadi Tarzan.
Jejaka berusia 24 tahun itu menggantung pakaian seragamnya dan memakai seluar dalam bercorak kulit harimau bintang untuk mengayun dari pokok ke pokok seperti wira rimba yang dipujanya...


Taksub dengan wira rimba itu, DeWet menghabiskan masa berhari-hari untuk mengayun di hutan Afrika.

Dan seperti karakter cerekaan itu, jejaka berusia 24 tahun itu menggunakan jalaran dan dahan pokok untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain di dalam hutan sambil melaung seperti Tarzan.

DeWet yang masih bujang berharap dapat mencari seorang ‘Jane’ yang sempurna untuk menemaninya menjalani kehidupan di rimba.

Jejaka bina badan yang menganggur itu mula tertarik dengan wira cerekaan rimba itu yang tinggal dengan monyet bernama Cheetah dalam filem asal ketika dia tinggal di Namibia dan bapanya pula ialah pengumpul komik dan buku Tarzan.

DeWet kini menghabiskan masanya membina badan dan meningkatkan deria untuk menyesuaikan diri dengan hidupan liar.

Foto
MAHIR... Memburu dengan pisau, antara latihan yang dilakukan 
selama 3 hari seminggu...

Dan dia menghabiskan tiga hari seminggu untuk mengayun dari pokok ke pokok, berenang merentasi sungai dan berlari mendaki gunung dekat dengan rumahnya di George, Afrika Selatan. Dia tinggal bersama-sama ibu bapanya, Ludolf dan Ida, masing-masing berusia 53 tahun dan kembarnya, Rudolph.

Latihan yang dijalaninya termasuk mengelak ular.

Anak petani itu berkata: “Saya mempunyai banyak persamaan dengan Tarzan. Rakan baik saya ialah seekor gajah bernama Shaka. Saya menghabiskan lebih banyak masa dengan monyet, kuda belang dan buaya berbanding manusia.

“Orang ramai mungkin berkata saya gila, tetapi saya tahu saya dilahirkan untuk melakukan ini.” Dia menjelaskan: “Saya membuat pelantar di atas pokok untuk menjauhkan diri daripada menjadi mangsa harimau bintang dan ular di bawah. Memang saya kadangkala terasa begitu keseorangan. Saya berharap dapat menemui Jane untuk membantu saya menempuh masa di rimba.” DeWet mengaku dia bukan yang suka berparti.

“Saya sudah pasti tidak akan mabuk. Saya lebih suka makan buah-buahan, termasuk yang tumbuh liar yang saya temui di hutan. Saya juga tahu serangga yang boleh dimakan. Saya akan memilih gadis istimewa untuk menyertai saya dalam hutan.” Apabila tidak menjalani kegiatan dalam hutan, DeWet membantu bapanya, Ludolf, membina pagar di ladang mereka.

Pada 2006, DeWet dan kembarnya ke United Kingdom dan dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di sana setelah menjadi pemandu penghantar barangan selama setahun.

Namun, buat masa ini, DeWet memasang impian untuk menjadi bintang dalam filem Tarzan akan datang.

Katanya: “Saya mula berlatih pada 2007 dan sejak itu banyak kemajuan yang saya capai. Baru-baru ini, saya berhubung dengan beberapa pihak dari Amerika Syarikat mengenai penyertaan saya dalam satu konvensyen Tarzan.

“Semua orang di sini bercakap mengenainya. Mereka teruja kerana sebelum ini mereka menyangka saya tidak akan berjaya melakukannya,” kata DeWet.

No comments:

Post a Comment

Sidak tok tengah bersusei hal post nok diatas tok, ktk join skali mok?

Masa bahagian kuching