Thursday, 5 January 2012

Pengangkutan Bandaraya Kuching 5 tahun akan datang

Kuching.. lately dibebani dengan masalah traffic jam. Even new roads dan flyover/ interchange dibuka, kenderaan di Kuching kian bertambah from day to day. Kalau aku flashback 5-10 years ago, jalanraya kat sini begitu selesa with no traffic jam at all.

Kuching CAT atau City Area Transit
Coming soon 2015...
Baca banyak lagi entri ni untuk tahu benda ni semua!


Nek Sen tengah stretching sementara tunggu bas..

Ye la kan.. kalau dipikir dari segi lojik.. sapa nak naik public transport yang dah buruk and belum tentu boleh menjamin keselamatan penumpangnya. Baik beli kereta sendiri kan?
Anyway, alhamdulillah this year government Sarawak terus cepat bertindak dengan memperkenalkan dua perkhidmatan bas baru iaitu City Link Bus dan Rapid Kuching untuk menggantikan bas-bas yang dah uzur kat Kuching ni.


aku naik dgn atok aku bas ni,best tau!
Rapid Kuching,bkan rapid Kl yerr...

Korang nak naik tak? letak jawapan ni kat komen nanti...

Bukan takat tu jer. Demi menarik minat penduduk Kuching agar naik public transport instead of kenderaan sendiri, government
Sarawak bakal memperkenalkan perkhidmatan Rapid Transit yang juga dikenali sebagai Kuching CAT (City-Area-Transit) dengan laluannya seperti berikut:

•Red – Kubah Ria – Samariang
•Blue – Merdeka Plaza to Kuching Sentral
•Green – Travillion Terminal to Stutong Market
•Yellow – Stutong Terminal to Kuching Sentral
•Purple – Merdeka Plaza to Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Terminal
* The Purple line would have a street segment, running through Kuching City near the waterfront.

Kuching Water Taxi bakal ber operasi di sarawak klak...
Sebelum ni government Sarawak terpkir nak perkenalkan LRT kat Kuching. Tapi memandangkan kos nya yang terlalu tinggi jika dibandingkan dengan CAT, maka LRT tak mungkin akan dibina buat masa ni. Ni nak kena tunggu penduduk Kuching mencapai 4 juta orang la woOo. Anyway, CAT hanya akan siap dan beroperasi within 5 tahun akan datang.


Selain daripada tu, government Sarawak juga dah buat planning awal untuk memperkenalkan Water Taxi. Memandangkan Sungai Sarawak merintang kawasan bandar-bandar besar Kuching dan amat praktikal untuk Water Taxi. Menurut perancangan, kita akan dapat melihat Kuching Water Taxi beroperasi dengan routenya antara Kubah Ria - Borneo Convention Center sekurang-kurangnya lewat tahun ni atau awal tahun depan.






Bagi Teksi tradisional aka Penambang pula, once Water Taxi diperkenalkan nanti.. ianya tak akan mengganggu Penambang kerana route Kuching Waterfront - Gersik tetap akan dikontrol oleh Pak penambang. Water Taxi akan ambik route yang jauh-jauh sahaja. So kepada peminat Penambang tu, jangan panik dan risau. Penambang tetap akan hidup sampai bila-bila. Warisan bumi kenyalang tu woOo. And aku memang tau, kebanyakan pelanggan Penambang ni selalunya aweks laa...Yupp.. aweks-aweks memang cukup suka la naik.. mungkin romantik kot.. atau thrill giler...
Kelihatan cik adik cik akak cik abang berpusu-pusu dalam Penambang
So basically, semua public transport yang sudah and bakal di upgrade kan di Kuching ni adalah salah satu cara untuk mengurangkan kesesakan lalulintas. Sekaligus untuk memodenkan sistem public transportation Kuching as well. Cuma aku tak bleh nak agak whether this idea will work or not. Kalau tanya aku, bleh gak try test cuba public transport baru nanti ehek. Oklah.. sampai takat ni je la Rencana National Geographic aku tentang Kuching. Nanti kalau ada info terbaru, bleh la aku kongsi crite dengan korang kan? 


Sarawak River Taxi dilancarkan!


Salam and hi bloggers,
1stly, mintak maap banyak-banyak sebab this week aku agak bizi dengan keja sampai nak blogwalking pun kadang-kadang tak sempat. Inshaallah once keja siap nanti aku akan lawat blog korang plak okeh.


Anyway, untuk entri kali ni.. just nak buat announcement yang Sarawak River Taxi akhirnya telah dirasmikan oleh YB Dato Abang Johari baru-baru ni. Dan camni la rupa River Taxi tu..


Dilaporkan taxi ni bleh memuatkan 14 orang penumpang. So agak panjang gak la taxi ni. Interiornya bleh la korang tengok kat bawah ni..


River Taxi ni akan beroperasi sepenuh masa selewat-lewatnya awal tahun depan; after semua jeti kat tebingan Sungai siap. Kalo tak silap aku, ada kira-kira 8 jeti modern sedang dalam proses pembinaan. Tiketing plak akan menggunakan concept fully electronic ticketing.

Well, kira elok gak gomen buat transportation camni. Atleast sungai Sarawak bleh di utilise and at the same time pelancong pun senang nak ronda-ronda sepanjang sungai yang cantik kat Kuching ni. Memandangkan banyak lagi perancangan-perancangan masadepan from gomen untuk jadikan sepanjang tebingan Sungai Sarawak cantik dan menarik antaranya expansion of Kuching Waterfront etc. Dan untuk pak penambang plak, dorang tak payah nak risau la. Sarawak River Taxi hanya akan beroperasi untuk long distance sahaja (Kubah Ria - Borneo Convention Center). Penambang masih lagi beroperasi seperti biasa la.

Pak penambang masih beroperasi seperti biasa (Sila abaikan Raksaksa kat blakang tu)

Okeh tu je la entri buat kali ni. Aku nak sambung balik keja ni. Actually saje je nak berkongsi info skit tentang perkembangan transportation kat Kuching skarang ni. Orait aku nak pen off! Till then, have a nice day and see you guys! Salam and chow!





No comments:

Post a Comment

Sidak tok tengah bersusei hal post nok diatas tok, ktk join skali mok?

Masa bahagian kuching