Gegaran Gempa Bumi Di Indonesia Melanda Malaysia pada 11 April 2012. Menurut sumber, satu gempa bumi 8.9 Scala Richter telah berlaku di wilayah Aceh Indonesia pada 11 April 2012. Sehubungan itu, beberapa negeri di Malaysia terutamanya di pantai barat merasai impak gegaran daripada fenomena tersebut.
Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat melanda wilayah Aceh sebentar tadi. Gegaran pada ukuran 8.9 turut dirasai di kawasan Lembah Klang – Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung – Pulau Pinang, Perlis dan Perak.
Peta masa pergerakan tsunami di sekitar Lautan Hindi dan Lautan Atlantik. |
Gegaran mula dirasai lebih kurang pukul 4.18 petang tadi. Amaran tsunami dikeluarkan oleh Dato' Dr Yap Kok Seng, menteri di Jabatan Meteorologi Malaysia. Langkawi, Perlis, Kedah, Perak Selangor dan semua negeri pantai barat diminta berjaga-jaga.
Peta gegaran |
Terkini!
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.
Ia berikutan gempa bumi kuat magnitud 8.9 melanda perairan utara Sumatra petang ini, menurut jabatan kajian geologi Amerika Syarikat (USGS),
Pusat gempa bumi pada jam 4.38 petang itu dikesan pada kedudukan 431km barat daya Banda Aceh, Indonesia dan 962km di barat Kuala Lumpur.
Kesan gempa bumi itu dirasai di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Alor Setar, menurut pengguna laman sosial Facebook danTwitter.
Ada beberapa panduan jika anda berhadapan dengan tsunami.
Maklumat ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda dan orang lain.
Jika anda mendengar amaran kehadiran tsunami maka, pindahkan keluarga anda ke zon yang lebih jauh.
Bergerak dengan teratur, tenang dan cara yang selamat.
Patuhi arahan pihak berkuasa dan pemantau kecemasan.
Jika anda di pantai atau berhampiran laut dan terasa bumi bergegar, maka segera ke kawasan lebih tinggi tanpa perlu menunggu amaran kehadiran tsunami.
Jauhi, pantai, tepi laut, sungai dan saliran yang bercantum ke laut.
Lazimnya kita masih boleh bertindak sebelum tsunami sampai ke pantai.
Anda juga dilarang pergi ke pantai untuk menyaksikan tsunami.
Selain itu, bangunan tinggi dan hotel turut dibina di kawasan rendah di sepanjang pantai.
Justeru, jika berlaku tsunami, naik ke tingkat atas bangunan berkenaan.
Jangan sekali-kali berada dalam rumah atau bangunan kecil bila ada amaran kemunculan tsunami.
Jika ada dalam bot, jangan sekali-kali balik ke pangkalan. Kehadiran tsunami mampu mengakibatkan kemusnahan serius di pelabuhan dan pangkalan.
Hubungi pihak berkuasa pangkalan atau pelabuhan bagi mengetahui keadaan sebelum anda bercadang pulang ke sana.
UPDATE SEMASA:
Tsunami sudah melanda Pulau Simeulu dengan ketinggian 6 meter. Kelajuan ombak selepas gempa bumi yang akan melanda bandar aceh sebentar lagi adalah 756 km/j. Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM.
Bekalan elektrik dilaporkan sudah terputus di seluruh Bandar Aceh. Bandar Aceh dilaporkan terputus hubungan komunikasi dengan dunia luar.
Setakat ini, tiada laporan kematian dicatatkan di Banda Aceh Indonesia.
Incoming search terms:
- gempa bumi aceh 2012 (2)
- gegaran di aceh (1)
- gempa bumi indonesia 11april (1)
- gempa bumi di acheh 11 april (1)
- gempa bumi di aceh 11 april2012 (1)
- gempa bumi achih (1)
- gempa bumi acheh (1)
- gempa bumi 11 april di aceh (1)
- gempa bumi 11 april 2012 (1)
- gempa bumi 11 april (1)
Ya Allah, selamatkanlah Malaysia, Amin
Sumber: Gegaran Gempa Bumi Aceh Melanda Malaysia 11 April 2012 | melvister.com
No comments:
Post a Comment
Sidak tok tengah bersusei hal post nok diatas tok, ktk join skali mok?