Sunday, 4 March 2012

Kemalangan langgar paip, Kuching

TINGGI... Pancutan air deras menyebabkan kawasan
berhampiran banjir.
PETRA JAYA:  Seorang pemandu nyaris lemas apabila puluhan liter air dari saluran paip utama yang dirempuhnya memenuhi kenderaan itu dalam kemalangan di Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, disini, semalam
   Sebelum kejadian lebih kurang pukul 4 pagi, pada 4 Mac 2012, Ahad, mangsa berusia 30-an itu dikatakan dalam perjalanan ke kawasan itu, sebelum kenderaan dipandunya hilang kawalan dan merempuh paip berkenaan menyebabkan air memancut deras serta memenuhi kawasan berhampiran.
   Mangsa tidak sedarkan diri dikatakan bernasib baik apabila orang ramai melihat kenderaan mangsa yang dipenuhi air, mengeluarkannya dan membawanya ke hospital berhampiran. Kejadian tersebut turut menybabkan hampir 10, 000 penduduk terputus bekalan air.
   Saksi yang mahu dikenali sebagai Richard, 42, yang bekerja di  pusat perubatan berhampiran, berkata dia terdengar bunyi kuat sebelum melihat sebuah kereta merempuh saluran paip di tepi jalan  sehingga pecah, menyebabkan air memancut setinggi lebih kurang 15 meter.
   "Saya terkejut apabila melihat pancutan deras air itu bukan sahaja memenuhi kawasan berhampiran, malah memenuhi kereta terbabit. Beberapa orang awam cuba memberikan bantuan dengan memecah semua cermin kenderaan itu sebelum mengeluarkan mangsa yang tidak sedarkan diri," katanya. 


Beberapa gambar berkaitan.





REMUK... Kerata mangsa yang melanggar
paip utama Kuching.

Kawasan yang banjir penuh dengan 
air tanah

Gambar oleh LazyBlock Picture.
Sumber: Harian Metro edisi 5 Mac 2012.

No comments:

Post a Comment

Sidak tok tengah bersusei hal post nok diatas tok, ktk join skali mok?

Masa bahagian kuching