KUCHING: Sarawak yakin permohonan mendapatkan 20% royalti minyak dan gas daripada kerajaan Persekutuan diluluskan bila perkara itu akan dibawa ke Dewan Rakyat bulan Jun ini.
Dijangka usul berkenaan akan mendapat sokongan daripada semua MP dari Sarawak, MP dari Pakatan Rakyat dan kemungkinan daripada MP dari Sabah.
Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen (gambar) telah pun mengemukakan usul untuk dibahaskan dengan sokongan MP dari Sibu, Oscar Ling kepada Sekretariat Parlimen baru-baru ini.
MP Kuching itu yakin, usul yang sama telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak itu bakal diluluskan Dewan Rakyat.
Menurutnya, kadar 5% royalti adalah terlalu rendah dan tidak mencukupi untuk pembangunan negeri Sarawak yang begitu luas dan besar.
Katanya, minyak dan gas asli adalah sumber hasil bumi negeri Sarawak dan negeri itu amat memerlukan dana untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya.
Di samping itu katanya, “Sarawak begitu jauh ketinggalan dalam pembangunan infrastuktur dan pembangunan ekonomi berbanding dengan negeri-negeri lain di negara ini”
Dalam persidangan DUN Sarawak, selain meluluskan usul memohon tambahan royalti minyak dan gas kepada 20%, DUN juga meluluskan usul agar Kerajaan Persekutuan menambahkan dana untuk pembangunan negeri Sarawak.
Dengan sokongan 89 MP dari Pakatan Rakyat (Jika kedua-dua MP Pakatan menang dalam dua pilihan raya kecil) dan 25 MP dari BN Sarawak, sudah memperolehi 114 iaitu kemenangan “simple majority” jika usul tersebut dibentang dalam Dewan Rakyat pada Jun ini.
Sudah tentu ada MP dari Sabah yang akan menyokong usul berkenaan kerana ia juga melibatkan kepentingan negeri Sabah yang turut sama memohon tambahan royalti minyak dari kerajaan Persekutuan.
sumber : FMT Borneo+

No comments:
Post a Comment
Sidak tok tengah bersusei hal post nok diatas tok, ktk join skali mok?