Tuesday 11 December 2012

Sony cipta Televisyen 'Ultra HD'.

Sony Bravia 4k Ultra HD TV
Semua filem terbitan Sony Pictures akan diperbaharui dan dihidupkan sebagai kandungan pakej pemain video bersama televisyen definisi tinggi (HDTV) ultra pertama Sony.



Televisyen yang direka dengan saiz 84 inci itu buat masa ini ditawarkan pada harga RM76,062 atau kira-kira AS$25,000. Ia menawarkan resolusi empat kali ganda lebih tinggi berbanding televisyen HD biasa.
Ultra HD disifatkan sebagai evolusi seterusnya bagi teknologi televisyen, tetapi kini terdapat masalah kekurangan kandungan bagi memanfaatkan resolusi tinggi itu walau pun set ultra HD dilengkapi teknologi untuk meningkatkan video resolusi rendah.


Sony Corp berharap mengatasi jurang ini dengan pemain barunya. Gergasi elektronik Jepun menjadi syarikat pertama melancarkan pelayan cakera keras, yang tersembunyi dalam kabinet di bawah televisyen besar ini.

Kandungan 4K

Pemain video itu turut membabitkan kandungan 4K seperti filem pendek, konsert dan 10 filem cereka seperti The Other Guys, Salt dan The Bridge on the River Kwai.

Televisyen Sony itu turut didatangkan bersama Xperia Tablet S, yang boleh digunakan sebagai alat kawalan jauh skrin sesentuh.

Industri elektronik menyifatkan panel paparan rata Ultra HD, sementara Sony menyifatkannya sebagai 4K kerana ia memaparkan hampir 4,000 pixel, berbanding dengan 1,080 pixels dalam set 1080p.

Info: 
Sony ultra HD

− Direka dengan saiz 84 inci
− Ditawarkan pada harga RM76,062 atau kira-kira AS$25,000
− Xperia Tablet S boleh dijadikan alat kawalan jauh
− Memaparkan hampir 4,000 piksel, berbanding dengan 1,080 piksel dalam set 1080p

Sumber: Berita Harian

Masa bahagian kuching