Tuesday, 8 January 2013

Ribut tropika Sonamu dijangka menghala ke Sarawak

Peta pergerakkan ribut tropika Sonamu


Ribut Tropika Sonamu kini dijangka menuju ke Sarawak

Mengikut Jabatan Metereologi Malaysia, Tropical Sonamu yang sekarang ini berada 500km jauhnya dari pantai Dungun Terengganu dikatakan dalam keadaan “pegun” .

Pusat kajian cuaca antarabangsa pula meramalkan Tropical Storm Sonamu akan menuju ke Sarawak dengan kelajuan 64 km/h . Sonamu yang sebelum ini sudah turun tahap di bawah kelajuan 63 km/h kini sudah meningkat kembali kepada ribut dgn kelajuan melebihi 64 km/h – 118 km/h.

Ia dijangka akan mulai perlahan apabila sampai di daratan Sarawak hari ini . Walau bagaimanapun ini hanyalah Ramalan dan kemungkinan untuk ia berpusing kembali ke arah Terengganu masih ada.


Amaran Jabatan Metereologi

Di keluarkan pada 08:57AM 08 Januari 2013 
Peringkat : Lekukan Tropika 
Masa Pencerapan : 8:00 pagi, 8 Januari 2013. 
Kedudukan : Latitud 6.0 Utara; Longitud 108.0 Timur; kira-kira 555 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam. 
Pergerakan : Hampir pegun. 
Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 526 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.


Source: Jabatan Metereologi Malaysia, TropicalStormRisk.com

Kemaskini berkaitan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora ( Kategori Kedua) 

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat & Kudat) & Reef South dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Dipetik daripada : Alberto Alejendro Blog

Masa bahagian kuching