Showing posts with label Science. Show all posts
Showing posts with label Science. Show all posts

Friday, 4 January 2013

Misteri yang masih belum terjawab sehingga sekarang...

Dropa stones yg menyerupai cakera...
1. Penemuan Piring Batu Dropa

Dropa, menurut legenda, adalah satu bangsa yang kerdil seperti extraterrestrials yang kononnya mendiami gunung Baian-Kara-Ula China. Pada 1938 ekspedisi arkeologi yang diketuai oleh Dr Chi Pu Tei ke wilayah ini telah membawa kepada penemuan beberapa siri gua buatan diukir mengandungi piring batu Dropa.

Saturday, 22 December 2012

3 hari Bumi bergelap adalah PALSU

Earth Horizon

Sorry lamak sik update, aku gago handle page Sarawak Troll. 12 Dec ya tek big boss berik offer jadi admin page ya. aku trimak jak lah, ne nak nolak. rezeki bah. Okeh!! kembali ke topic! 

Dipetik daripada : Blog Nizarazu

Tuesday, 27 November 2012

Penyebab demam yang aku tauk

Suhu panas demam, mun 38-39 celcius gik ok,
mun 39-42 ya demam panas, pelu gi hospital

1. Mandi dengan serta merta semasa lepas bersenam

-Dinasihatkan oleh nenek aku, jangan mandi semasa badan tengah berpeluh lepas bersenam or lepas berbasikal kah pa kah.  

Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!

Coca cola a.k.a Coke, salah satu minuman beracun,
aku minum skali dlm 3 bulan gia...


Sorrylah kebelakangan tok aku mala share artikel nok berkaitan yahudi jak, artikel2 tok semua ditemu ku di facebook, baca takrang. tapi tok nang penting! baca sampe abis !!!

Sunday, 11 March 2012

Mengenal pasti pempuan suka kat kita.

Sblum mula baca, sila pastikan anda tidak terlepas ckp. Nanti anda malu besar sbb prasan. Thnk you.


Sorry la lama tak update blog, tema kali ini ialah 'cinta sekolah'
Petikan kali ini adalah berdasarkan kajian aku sendiri. Member yg tolong skali ialah Hafeez Abdulrahim. Jadi, Tick mana tanda yg anda penah anda lihat kat seseroang nih.


1. Slalu pandang anda.
Budak tuu akan slalu pandang anda, buat tak tau jer, nanti anda prasan pulak. ni tanda yang belum cukup kukuh utk digunakan.

2.Sentiasa cari cara utk mendekati anda
ni ade laa kukuh sikit, tpi lom boleh gune lagi. Budak tuu akan cari cara utk mendekati anda, sekiranya peluang besar, dia akan duduk 5 kerusi jauh dari anda.

3.Perasan.
Sbagai contoh, anda melambai tangan anda kearah seseorang kawan anda, budak yg suka kat anda tuu akan balas lambaian sbb dia fikir anda lambai kat dia. maksudnya, dia prasan...

4.Pulangkan buku.
Dia cepat2 ambil peluang utk pulangkan buku kepada murid kelas, sbb dia nak pulangkan buku anda. Tau2 laa sbb ape...

5.Berbual.
Cam biasa ar, dia akan cari pulak cara utk chatting dgn anda, sama da di facebook or live di skolah

6.Di facebook
Dia akan slalu menyiasat profile anda, sekirannya anda ada memasang carta lawatan facebook, anda akan slalu melihat nama dia di carta tersebut sbb dia akan selongkar semua album gambar anda.

Cara-cara tangani kes camni

Tanda yang pertama
Anda pandang skali, JANGAN SENYUM KAT DIA! Buat tak tau jer. nanti anda dituduh prasan.

Tanda yang kedua
Just rilex. Tak yah layan pon takpe. Kalau dia mulakan perbualan, anda layan je laa, terpakse...

Tanda yang ketiga
Ada dua pilihan disini:
(a) Berlalu pergi dan buat dek je
(b) Datang dekat dia dan kata dia perasan.


Tanda yang keempat
Satu jer yg aku mampu ckp, TAK PAYAH LAYAN.
 
Tanda yang kelima
Jwb aje laa perbualan dia, kalau nak senang kate ya, ya dan ya...

Tanda yang keenam
No comment.

1st P/s: siasat dulu btol tak si dia suka kt anda, jgn main hentap keromo pulak, nanti jadi perasantan.

2nd P/s: Jatuh cinta sebelum berkahwin adalah haram disisi Islam, jadi kpd anda yg beragama Islam, jangan jatuh cinta kat sapa2. HARAM!


Sekian, thank you, huahahaha~~~

Monday, 5 March 2012

Contoh soalan Science masa UPSR


a) What is purpose (aim) in this investigation
To investigate the relationship between the the weight of your backpack and the amount of 
work                                                                                                                            
  
b)What is:
  Change:  Weight of your backpack                            
  Observe:  Amount of work                                         

c)What is:
  Trend of change: Decrease                                                   
  Trend of Observe: Increase                                                   

d)What is hypothesis of the investigation.
As the weight of your backpack decrease, the amount of work increase.                          

e)State the reason based on the result of the investigation.
The pupils is using full energy to carry the bag, when the pupils reach class, the energy to complete the exercise is low...                                                                                      

f)What is the conclusion of the investigation.
The more thing on your backpack, the less the work done                                               

Friday, 24 February 2012

Fakta tentang kucing anda.

Kalau anda ada kucing, anda kene baca fakta ni semua. Tak guna kalau ada kucing tapi tak paham perasaan kuing tuu...

2 BERADIK... Kucing atok aku. Sorang dan meninggal

  • Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
  • Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan melilitkan ekornya yang sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya
  • Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki
  • Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan  1.814kg.


amacam? comel tak?
  • Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
  • Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti
  • Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
  • Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.
  • Panthers (Harimau Kumbang) juga dikenali sebagai Black Leopard (Harimau Bintang Hitam) mereka sebenarnya adalah daripada speseis yang sama. Jika diperhatikan betul-betul, boleh kelihatan tompok-tompok hitam pada Panthers.


ni adalah gambar terbaik yg aku pernah ada...

  • 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing
  • Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza
  • Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini hehe


ni kat dpan umah aku. Comel tak?
  • Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
  • Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. (sila google untuk keterangan lajut 


Photo by
Diemo Photography
  • Kucing mampu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari 
  • Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
  • Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki


Photo by
Diemo Photography

  • Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
  • 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Anda tergolong dalam golongan 25% ni tak?
  • Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring) haha
Kalau dianggarkan, kucing adalah haiwan paling dikenali di dunia selepas anjing dan kuda. Kat rumah nenek aku ada 2 ekor kucing yg berdisiplin sngt2. tpi sekor ari tuu dah mati. ade aku tulis artikel tentang tuu kat Kucing nenek aku meninggal...

Beberapa hari pas usu aku kuburkan kucing nenek aku tuu, Biawak dtg gali balik jenazah tuu lalu dimakan oleh biawak tuu menurut atok aku. Aku memang plan nak bomb biawak tuu guna crazy robot(mercun, bkan robot gila) sbb aku tau mana sarang natang tuu...

Slalunya fakta mengenai kucing makan biawak. Bukan biawak makan kucing... 

Credit to cisdel.com and Diemo Photography.

Friday, 13 January 2012

Rahsia Telefon Bimbit Ketika Kecemasan

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya ~


*Nombor Kecemasan


Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock).

Saturday, 31 December 2011

Fakta Dunia

10 Fakta Google


1. Punca pertama mengapa halaman utama Google sangat minimum untuk ukuran website adalah kerana perancangnya kurang menguasai HTML dan mahukan sebuah halaman yang cepat dan praktik.

Special Entry: About Sarawak | Tentang Sarawak

Special Entry: About Sarawak | Tentang Sarawak
Bendera Negeri Sarawak
Entry kali ni ditayang pada semua label yang ada seperti article,information,tips dan banyak lagi untuk kunjungan anda semua.



Melayu: Lawat entri ni untuk tahu lebih lanjut tentang Sarawak


Melayu Sarawak: Datang sitok mun mok tauk hal negeri kita dengan dalam lagik.


English: Visit this entry to know all about sarawak




Tentang Negeri Sarawak


Sarawak ialah negeri yang terbesar antara 13 buah negeri di Malaysia. Batang Rajang yang terdapat di Sarawak ialah sungai terpanjang di Malaysia di samping Mulu yang terkenal sebagai sistem gua yang paling luas di dunia. Hutan hujan tropika yang tertua dan yang kedua terbesar selepas Amazon menjadikan Sarawak sebagai pusat biokepelbagaian.


Negeri Sarawak terbahagi kepada 11 bahagian pentadbiran yakni Kuching,Kota Samarahan,Sri Aman,Betong,Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Mukah, Miri dan Limbang. Kuching ialah ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri.
Add caption







Bendera Negeri Sarawak
Bendera Negeri Sarawak
Negeri Sarawak pernah memiliki beberapa bentuk bendera.  Pada bulan September 1841, James Brooke menerima pakai Bendera St. George,  palang merah di atas latar yang berwarna putih dalam bentuk bendera ekor burung layang-layang.  Pada tahun 1845, James Brooke bersetuju untuk memberi Sarawak benderanya sendiri.  Bendera tersebut mempunyai palang merah yang separuhnya berwarna ungu dan separuhnya berwarna merah daripada lambang kebangsawanannya di atas latar yang berwarna kuning. Warna kuning ini ialah warna diraja di Borneo.




Apabila negeri Sarawak menjadi Koloni British pada tahun 1946, benderanya ditukar tiga kali. Pemerintah British juga mengibarkan bendera Union Jack. Negeri Sarawak terus menggunakan bendera lama Sarawak, yang mempunyai salib dan mahkota di tengah-tengahnya sehingga ditukar oleh Ketua Menteri Sarawak, Tun Haji Abdul RahmanYakub dalam tahun 1973.


Apabila Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud memegang tampuk kuasa, negeri Sarawak mendapat bendera yang baharu yang mulai dikibarkan di Stadium Negeri pada 31 Ogos 1988 bersempena dengan sambutan Jubli Perak Sarawak merdeka dalam Malaysia.


Maksud yang tersirat di bendera kebangsaan Sarawak


Warna merah melambangkan keberanian, keazaman dan pengorbanan rakyat dalam usaha mereka mewujudkan negeri Sarawak sebagai negeri contoh. Warna kuning melambangkan kedaulatan undang-undang dan peraturan, perpaduan dan kestabilan dalam kepelbagaian. Warna hitam menggambarkan khazanah kekayaan sumber asli negeri Sarawak seperti petroleum dan kayu balak. Bintang berwarna kuning dan berbucu sembilan melambangkan sembilan bahagian pentadbiran yang diwujudkan pada masa itu. Bintang ini juga melambangkan aspirasi rakyat negeri Sarawak dalam perjuangan mereka menambah baik kualiti kehidupan mereka.


Jata Negeri Sarawak



Jata Negeri berupa burung Kenyalang yang menggembangkan sayapnya dengan perisai yang mempunyai bendera negeri di dadanya.  Sayapnya mempunyai 13 butir bulu yang melambangkan 13 buah negeri di Malaysia.Bunga raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia terletak di sebelah kanan dan kiri kaki burung.  Burung Kenyalang ini bertenggek di atas reben yang memaparkan cogan kata "Bersatu, Berusaha, Berbakti".  Lencana negeri ini dilancarkan dengan rasminya pada hari yang sama dengan Bendera Negeri yang ada sekarang.






Burung Negeri Sarawak

Burung Negeri ialah burung Kenyalang. Burung Kenyalang ini melambangkan satu daripada tuhan kaum Iban iaitu Singalang Burong yang memainkan peranan yang penting dalam perayaan keagamaan kaum Iban, umpamanya "Gawai Kenyalang". Burung ini menggambarkan kekuatan dan keberanian. Oleh itu, negeri Sarawak terkenal sebagai "Bumi Kenyalang"






Lagu Kebesaran Negeri Sarawak


Digubal oleh Wan Othman Hamid, liriknya ditulis oleh Ismail Hassan (1922-1991).  "Ibu Pertiwiku" dijadikan lagu kebesaran negeri Sarawak pada tahun 1988.


Lirik lagu "Ibu Pertiwiku"

Sarawak Tanah Air Ku
Negeri Ku Tanah Air Ku Sarawak
Engkaulah Tanah Pusaka Ku
Tanah Tumpah Darah Ku
Ibu Pertiwi Ku

Rakyat Hidup Mesra dan Bahagia
Damai Muhibbah Sentiasa
Bersatu Berusaha Berbakti
Untuk Sarawak Ku Cintai

Sarawak Dalam Malaysia
Aman Makmur Rahmat Tuhan Maha Esa
Kekallah Sarawak Bertuah
Teras Perjuangan Rakyat
Berjaya Berdaulat

Demografi

Populasi Penduduk
Negeri Sarawak mempunyai 2.07 juta orang penduduk . Kadar kasar kelahiran dalam tahun 2004 ialah kira-kira 20,300 orang, kadar kasar peningkatan semula jadi ialah 16,200 orang manakala kadar kematian ialah sekitar 4,100 orang. ( Ruj:Yearbook of Statistics, 2005 )

Taburan Penduduk mengikut Daerah Pentadbiran

Daerah pentadbiran yang mempunyai bilangan penduduk yang paling banyak ialah ibu negeri, Kuching, dengan jumlah penduduk yang dianggarkan sebanyak 579,900 orang pada tahun 2006. Daerah Samarahan di tempat yang kedua dan diikuti oleh Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, dan Miri, manakala Limbang merupakan daerah yang mempunyai bilangan penduduk yang paling sedikit iaitu 45,500 orang dalam tahun 2006. ( Ruj: Facts and Figures 2006,SPU )


Kumpulan Etnik Sarawak
Sarawak mempunyai 27 kumpulan etnik yang terdiri daripada Iban, China, Melayu, Bidayuh, Melanau, Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Penan, Kelabit, Kedayan, Bisaya, Berawan, Lahanan, Sekapan, Kejaman, Punan, Baketan, Ukit, Sihan, Tagal, Tabun, Saban, Lisum, Longkiput dan lain-lain. Bandar raya dan bandar dihuni oleh orang Cina dan orang Melayu. Sekarang bilangan orang Bumiputera yang berhijrah ke bandar raya dan bandar juga kian meningkat.


Kepelbagaian Budaya


Satu daripada ciri yang paling menarik negeri Sarawak dan yang banyak membezakannya dari negeri-negeri lain di Malaysia ialah kepelbagaian budayanya. Dengan adanya 27 kumpulan etnik asli yang bertutur dalam sekurang-kurangnya 45 loghat/dialek yang berbeza, negeri Sarawak boleh berbangga dengan penduduk yang mengamalkan pelbagai tradisi, adat dan agama. Penduduk negeri Sarawak dapat menikmati bermacam-macam perayaan yang berwarna-warni sepanjang tahun. Kepelbagaian budaya ini juga membolehkan negeri Sarawak menjadi satu daripada destinasi pelancongan yang paling popular di wilayah ini.


Geografi




Lokasi Geografi



Negeri Sarawak terletak di wilayah barat di pulau Borneo. Dengan kawasan yang seluas 124,449.51 kilometer persegi, negeri ini menjadi negeri yang paling besar di Malaysia, dan membentuk 34.5 % daripada jumlah keluasan 329,750 kilometer persegi di negara ini.


Terletak di utara Khatulistiwa antara latitud 0 50 dan 5 utara dan longtitud 109 36 dan 115 40 timur, negeri Sarawak terbentang kira-kira 800 km sepanjang pantai barat laut pulau Borneo. Negeri Sarawak dipisahkan dari Semananjung Malaysia oleh jarak 600 km Laut Cina Selatan. 

Di pulau Borneo, negeri Sarawak bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut dan Negara Brunei Darussalam yang membentuk enklaf berganda. Di sebelah pedalaman pula, negeri Sarawak bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia.


Topografi


Negeri Sarawak terbahagi kepada tiga wilayah; kawasan pesisir pantai yang meliputi tanah paya gambut lembah delta yang sempit dengan tanah aluvial; kawasan bukit bukau yang luas dalam lingkungan 300 meter dan tanah tinggi gunung yang melebar ke sempadan Kalimantan.


Sebelum ada jalan raya, semua komuniti bumiputera ini yang tinggi di tepi sungai bergantung kepada sungai untuk mendapatkan makanan dan air. Komuniti-komuniti ini masih menggunakan sungai untuk mengangkut mereka ke kebun mereka serta juga ke kampung-kampung dan bandar-bandar lain.


Oleh sebab letaknya berhampiran dengan khatulistiwa, maka negeri Sarawak mempunyai iklim yang panas dan basah sepanjang tahun dengan suhu di permukaan bumi antara 20 hingga 30 darjah sentigrad.


Iklim dan Jumlah Hujan
Dengan iklim tropika, negeri Sarawak sentiasa panas dan bermata hari sepanjang tahun. Suhu harian antara 33 C pada sebelah petang hingga 22C pada waktu malam. Jumlah hujan min negeri Sarawak ialah 3283 mm.



Ekonomi

Pembangunan Ekonomi Sosial
Berabad-abad lamanya kaum-kaum bumiputera Sarawak bergantung hidup dengan cara berburu dan memungut hasil hutan di samping mereka juga menanam padi di kawasan tanah yang luas dengan menebang dan membakar hutan melalui kaedah pindah-randah. Dengan galakan oleh Brookes,kaum bumiputera datang dari jauh Borneo Belanda (Kalimantan, Indonesia) untuk menebang hutan dara dan membuka kawasan ketika negeri Sarawak bersiap sedia menghadapi era pemodenan. Dengan pembentukan Malaysia, Kerajaan pun memulakan dasar untuk membangunkan tanah bumiputera untuk menambah baik taraf hidup rakyat dalam usaha mewujudkan masyarakat yang saksama. Read more..


Pertumbuhan Ekonomi


Pada mulanya, keutamaan ekonomi negeri Sarawak tertumpu kepada usaha membangunkan sumber aslinya, sektor pertanian dan sektor perhutanan dan penyediaan asas untuk pertumbuhan perindustrian demi mewujudkan peluang pekerjaan. Antara tahun 1963 hingga tahun 1973, 36% keluaran kasar domestik(KKD) datang daripada sektor komoditi utama tersebut, khasnya sektor penternakan pertanian, perhutanan dan perlombongan. Selepas tahun 1972, sektor perlombongan dan sektor pembuatan menjadi penyumbang terbesar terhadap KKD negeri Sarawak. Purata pertumbuhan KKD meningkat daripada RM 3,679 juta dalam tahun 1981 kepada RM 6,559 juta dalam tahun 1990. 




Mengenai Infrastruktur Sarawak  


Walaupun dengan keadaan bumi yang luas dan banyak kawasan yang tidak mempunyai kemudahan jalan raya, bandar-bandar utama dan bandar rayanya mempunyai rangkaian jalan raya yang sungguh baik. Negeri Sarawak mempunyai kemudahan lapangan terbang dan pelabuhan untuk perhubungan antarabangsa dan dalam negeri, serta juga sistem rangkaian jalan raya yang menghubungkan bandar-bandar utama di Sarawak, Sabah, Brunei dan Indonesia.





Pengangkutan Udara


Kuching dihubungkan dengan sistem perjalanan udara dengan beberapa bandar raya utama di Malaysia seperti Johor Baru, Kuala Lumpur,Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. Terdapat penerbangan antarabangsa dari dan ke Singapura, Hong Kong dan Brunei antara lainnya. Lapangan terbang Miri, Sibu dan Bintulu telah dinaik taraf atau dibina semula dan ini telah membolehkan ketiga-tiganya mengendalikan pesawat-pesawat yang lebih besar. Dalam tahun 2001, lapangan terbang di negeri Sarawak mengendalikan kira-kira 5 juta orang penumpang dan kira-kira 30,000 tan metrik kargo.


Syarikat Penerbangan Malaysia, pengangkut nasional, menawarkan perkhidmatan udara dalam Malaysia serta juga ke lebih 70 destinasi antarabangsa di 36 buah negara dan kesemua enam benua. Syarikat Pengangkutan Udara yang terdapat di Sarawak ialah AirAsia, Maswing, Transmile, Royal Brunei Air (RBA) dan Singapore Airlines (SIA), Silk Air, Batavia Air. Syarikat Penerbangan Malaysia mengendalikan penerbangan harian dari Ibu Negara ke Kuching dan mempunyai perhubungan langsung dengan bandar-bandar raya utama di Eropah, Australia, Amerika dan Asia. Syarikat Penerbangan AirAsia juga telah mengembangkan perkhidmatannya ke negeri Sarawak dan juga ke wilayah Asia Tenggara. Kini tiket penerbangan boleh dibeli dalam talian dengan menggunakan laman web syarikat penerbangan masing-masing atau di mana-mana lapangan terbang utama di negeri Sarawak. Penerbangan menghubungkan semua bandar raya utama di negeri Sarawak serta juga di agensi-agensi pelancongan.


Negeri Sarawak juga mempunyai landasan kapal terbang yang menyediakan perkhidmatan penerbangan ke petempatan-petempatan pedalaman seperti Ba Kelalan, Bario, Long San, Long Seridan, Long Bangga dan Belaga. Perkhidmatan udara terjadual yang kerap dengan menggunakan pesawat DHC6 Twin Otters ke landasan-landasan ini biasanya mengalami kendala masa yang terbatas disebabkan masalah penglihatan. Pesawat-pesawat catar dan perkidmatan helikopter juga boleh didapati. Kerajaan menyediakan perkhidmatan doktor udara untuk membawa perkhidmatan perubatan kepada penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman yang tidak dihubungkan dengan jalan raya di negeri Sarawak.




Pengangkutan Air
Terdapat dua kategori sistem pengangkutan air di Negeri Sarawak:


a. Perkapalan antarabangsa dan pesisir


Pelabuhan utama terdapat di Kuchng, Sibu, Bintulu dan Miri. Pelabuhan Senari, yang terkini, merupakan pelabuhan air dalam yang baharu di Kampung Senari memperlengkap kemudahan yang sedia ada di Lembaga Pelabuhan Kuching. Kesemua pelabuhan di Sarawak dilengkapkan dengan kemudahan untuk mengendalikan kargo am dan pukal, kering, cecair dan gas. Kecuali Pelabuhan Bintulu (pelabuhan laut dalam) yang merupakan Pelabuhan Persekutuan, semua pelabuhan lain diuruskan sendiri sebagai Lembaga Pelabuhan Negeri.




b. Sistem Pengangkutan Sungai


Sungai ialah nadi hidup penduduk negeri Sarawak. Sistem pengangkutan sungai mempunyai peranan yang sangat penting untuk sebahagian yang besar penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman dan yang tinggal di sepanjang pantai. Sistem pengangkutan sungai ini membolehkan penumpang-penumpang dan barang-barang diangkut ke pelbagai tempat di negeri Sarawak.


Negeri Sarawak mempunyai 55 batang sungai dengan jarak 3,300 km yang boleh digunakan untuk pengangkutan penumpang dan barang. Sungai Rejang sepanjang 567 km ialah sungai terpanjang di Malaysia. Antara 300 hingga 500 buah bot dan vesel yang berulang alik di sungai tiap-tiap hari dan kira-kira 50% lalu lintas itu melibatkkan pengangkutan penumpang, yang selebihnya untuk pengangkutan barang termasuk balak.


Negeri Sarawak boleh berbangga dengan dirinya kerana menyediakan perkhidmatan bot ekspres yang bukan hanya murah tetapi cekap untuk menghubungkan pelbagai bandar kawasan pesisir. Perkhidmatan bot ekspres juga banyak menggunakan laluan sungai menuju kawasan pedalaman yang tidak mempunyai jalan raya.





Pengangkutan Darat

Semua bahagian dan daerah di negeri Sarawak dihubungkan dengan jalan raya sekarang. Lebuh Raya Trans-Borneo bermula di Lundu di Bahagian Kuching merentas negeri menuju ke Merapok di Bahagian Limbang. Dalam tahun 1960-an negeri Sarawak mempunyai jalan raya berturap dalam sekitar 300 batu. Walau bagaimanapun, sekarang negeri Sarawak sudah dihubungkan oleh lebih 11,368 km jalan raya. Secara kasarnya, 72% daripada jalan raya ini berturap bitumen manakala 22% jalan batu dan yang selebihnya tidak berturap.


Sistem jalan raya di negeri Sarawak sentiasa dinaik taraf dan sistem pengangkutan awam ditambah baik untuk memenuhi keperluan lalu lintas yang kian meningkat. Baru-baru ini, jumlah RM 5.5 bilion telah diperuntukkan untuk melebarkan rangkaian jalan raya yang menghubungkan bandar-bandar utama di negeri Sarawak. Dalam tahun 1996, bilangan kenderaan berdaftar di negeri Sarawak ialah 41,817 buah; angka yang kecil berbanding dengan 717,245 buah kenderaan berdaftar dalam tahun 2001.


Kebanyakan bandar dan bandar raya utama menawarkan pelbagai perkhidmatan pengangkutan awam, termasuk perkhidmatan bas, teksi dan limosin. Perkhidmatan bas juga terdapat untuk perjalanan dalam negeri Sarawak serta perjalanan antara negara ke Pontianak (Indonesia) dan Brunei. Perjalanan dari Kuching ke Sibu dengan kereta mengambil masa kira-kira enam jam manakala perjalanan dari Kuching ke Miri akan mengambil masa kira-kira 12 jam.




Kemudahan Pengangkutan Kargo
Kebanyakan syarikat menyediakan perkhidmatan pengangkutan kargo kontena yang menyeluruh, seperti perkhidmatan pengangkutan kontena, penghantaran barang, penyimpanan di gudang, pengedaran, pemeriksaan kastam di pelabuhan dan baiki, sewa dan selenggarakan kontena.

Pendidikan


Pendidikan
Dalam masa 40 tahun yang lalu, banyak kemudahan prasarana sosial telah dibina untuk faedah penduduk negeri Sarawak, dengan keutamaam diberikan terhadap pembangunan dalam bidang pendidikan, kesihatan, perumahan, kerohanian, kebudayaan dan sukan.


Dasar Kerajaan Negeri membangunkan pendidikan menyebabkan sekolah rendah dan sekolah menengah yang beribu-ribu buah terbina di seluruh negeri, termasuk kawasan pedalaman/terpencil. Beberapa buah institusi pengajian tinggi swasta dan awam telah dibina di negeri Sarawak. Dalam tahun 2001, Kerajaan telah membina sejumlah 1,257 buah sekolah rendah dan 160 buah sekolah menengah. Sejumlah 462,334 orang murid yang belajar di sekolah-sekolah ini – hampir dua kali bilangan murid dalam tahun 1995.


Bersyukur terhadap dasar-dasar yang seumpama itu, kadar celik huruf kini telah meningkat kepada 85 peratus. Negeri Sarawak juga mempunyai beberapa buah institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Technology Mara (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), dan beberapa institusi swasta, termasuk Universiti Curtin, Universiti Swinburne, Universiti Tun Abdul Razak, Universiti Limkokwing, Kolej Stamford, Cermai College dan Kolej INTI.


Lebih maklumat mengenai  sistem pendidikan di Malaysia boleh dicapai melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.



Penyelidikan



Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC)
Pusat Biodiversiti Sarawak ditubuhkan dalam tahun 1998, di bawah Ordinan Pusat Biodiversiti Sarawak 1997 untuk memulakan program pemuliharaan, penggunaan, perlindungan dan pembangunan lestari biodiversiti Negeri Sarawak.


Kerajaan Negeri juga mengadakan enekmen Peraturan Biodiversiti Sarawak dalam tahun 1998.


Antara tahun 1998 dan 2003, Kerajaan Negeri mula meneliti potensi dalam penyelidikan berasaskan bioteknologi intensif dan pembangunan produk daripada sumber biologi pelbagai ini.


Dalam bulan Disember 2003, Dewan Undangan Negeri Sarawak meluluskan Ordinan Pusat Biodiversiti Sarawak 2003 dan mengkaji semula dan meluluskan semakan peraturan biodiversiti Sarawak dalam tahun 2004. Pindaan ini mempertanggungjawabkan SBC untuk memulakan penyelidikan berasaskan bioteknologi intensif dan pembangunan terhadap sumber biologi Negeri Sarawak - khususnya yang telah digunakan oleh masyarakat bumiputera dan mempermudah dokumentasi pengetahuan tradisional yang cepat pupus daripada masyarakat bumiputera tentang penggunaan sumber biologi.






Unit Makmal Penyelidikan Tanah Gambut Tropika
Unit Makmal Penyelidikan Tanah Gambut Tropika telah ditubuhkan pada Jun 2008.


Visi: Menjadi pusat utama penyelidikan dan pembangunan lestari bagi kawasan tanah gambut tropika yang bertaraf dunia


Misi: Untuk membentuk pengurusan kawasan tanah gambut tropika secara mampan


Unit ini mempunyai lima objektif utama:


Menjana teknologi bagi mencapai produktiviti yang mampan dan pemanfaatan penggunaan kawasan tanah gambut tropika secara optima.
Berkongsi data saintifik dan informasi untuk pemahaman, pengurusan, pemuliharaan dan penggunaan sumber tanah gambut tropika yang mampan.
Meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan tanah gambut tropika, karbon gambut dan kesan terhadap persekitaran.
Melatih penyelidik dalam memantapkan pengetahuan terhadap sumber tanah gambut tropika.
Menyediakan bantuan teknikal serta perundingan kepada klien di dalam dan luar Malaysia
Aktiviti-aktiviti Unit ini bertujuan untuk mengkaji keseimbangan karbon kawasan tanah gambut tropika dan menjana maklumat saintifik untuk penggunaan, pengurusan dan pemuliharaaan sumber tanah gambut tropika secara mampan.


Unit Makmal Penyelidikan Tanah Gambut Tropika terdiri daripada 5 bahagian iaitu: Penyelidikan Persekitaran, Kajian Tanaman, Kajian Molekular dan Mikrobiologi, Kajian Kimia dan Pentadbiran dan Pengurusan.


Dana operasi dan projek-projek penyelidikan adalah dibiayai melalui pelbagai sumber dari Kerajaan Pusat serta Kerajaan Negeri. Antara organisasi yang mempunyai kerjasama penyelidikan dengan Unit  ini adalah universiti-universiti terkemuka di Jepun seperti Hokkaido University, Tokyo University of Agriculture and Technology, Chiba University, Nagoya University serta organisasi terkenal seperti Asia and Japan Flux Groups dan Japan Forest Research Institute.


Pustaka

Pustaka Negeri Sarawak (PUSTAKA)


Pustaka Negeri Sarawak ialah perpustakaan rujukan terbesar di Sarawak. Dirangkaikan dengan semua perpustakaan, arkib dan pusat maklumat di seluruh Sarawak dan Malaysia, PUSTAKA berhasrat untuk memberi semua pihak capaian mudah terhadap maklumat dan pengetahuan


Perpustakaan ini juga menjadi pusat komuniti pengetahuan dan kebudayaan. Di sini seseorang bukan sahaja boleh mencapai koleksi maklumat yang sangat luas dan banyak dalam bentuk media elektronik bercetak, malah juga boleh menyertai program pertukaran pendidikan dan kebudayaan, program dan kegiatan yang dianjurkan secara tetap.


Perpustakaan ini juga memelihara warisan intelek negeri ini untuk faedah rakyat Sarawak.


Terdapat 36 buah perpustakaan desa tajaan Perpustakaan Negera di bawah jagaan PUSTAKA.  Perpustakaan ini terdiri daripada:


Perpustakaan Desa Kampung Keranji, Kuching
Perpustakaan Desa Taman Palma Indah, Kuching
Perpustakaan Desa RPR Tondong, Kuching
Perpustakaan Desa Taman Duranda Mas, Kuching
Perpustakaan Desa Taman Sepakat Jaya, Kuching
Perpustakaan Desa Taman Sri Muhibbah, Kuching
Perpustakaan Desa Taman Sri Permai, Kuching
Perpustakaan Desa Kampung Samariang Lama, Kuching
Perpustakaan Desa Bandar Baru Samariang, Kuching
Perpustakaan Desa Taman Harmoni, Sri Aman
Perpustakaan Desa Kampung Pusa, Betong
Perpustakaan Desa Kampung Beladin, Betong
Perpustakaan Desa Kampung Sepinang, Betong
Perpustakaan Desa Kampung Meludam, Betong
Perpustakaan Desa Taman Susur Jambu Indah, Sarikei
Perpustakaan Desa Taman Muhhibah Indah, Kanowit
Perpustakaan Desa Kampung Hilir, Sibu
Perpustakaan Desa Bahagia Jaya, Sibu
Perpustakaan Desa Skim Tunoh, Kapit
Perpustakaan Desa Taman Ixora Indah, Kapit
Perpustakaan Desa Tanjung Manis, Mukah
Perpustakaan Desa RPR Lawas, Lawas
Perpustakaan Desa RPR Batu Biah, Limbang
Perpustakaan Desa Kampung Bunan Gega, Serian
Perpustakaan Desa Kpg. Pangtray, Daro
Perpustakaan Desa Kpg. Jemoreng, Matu
Perpustakaan Desa Taman Stakan Jaya, Kota Samarahan
Perpustakaan Desa Taman Everglades, Kuching
Perpustakaan Desa Taman Samarindah, Kota Samarahan
Perpustakaan Desa Pabahanan, Limbang
Perpustakaan Desa Meritam, Limbang
Perpustakaan Desa Kampung Teh, Mukah
Perpustakaan Desa Kampung Puyut, Marudi
Perpustakaan Desa Sungai Asap, Belaga
Perpustakaan Desa Kpg. Tegageng, Bekenu
Perpustakaan Desa Layar, Betong





Perpustakaan Awam di negeri Sarawak


Perpustakaan Awam Lembaga Kemajuan Bintulu
Perpustakaan Dewan Bandaraya Kuching Utara
Perpustakaan Awam Kanowit
Perpustakaan Awam Kota Sentosa
Perpustakaan Awam Majlis Bandaraya Miri
Perpustakaan Awam Majlis Daerah Sri Aman
PUSTAKA Miri
Perpustakaan Awam Sarikei
Perpustakaan Awam Majlis Perbandaraan Sibu
Maklumat lanjut mengenai Perpustakaan Sarawak dan perkhidmatannya boleh melayari Laman Web Rasmi Perpustakaan Negeri.

Wednesday, 28 December 2011

5 Negara Paling Murah Di Dunia!

5. Pakistan - Walaupun negara ini dikenali kerana ketidakstabilan dari segi politik, mata wang Rupee yang rendah menyebabkan kos hidup di Pakistan amat murah. Barangan seperti petrol dan hidangan di restoran mungkin mempunyai harga sama atau lebih mahal berbanding di negara lain, tetapi apa yang murah di Pakistan adalah nilai hartanahnya yang rendah. Sebuah rumah dengan empat bilik tidur di ibu kota Karachi boleh dibeli dengan hanya RM99,000!

Tuesday, 27 December 2011

Jawapan kepada kenapa huruf keyboard tak ikut susunan



assalamu'alaikum :)

Semua terdiam. Dan tadi aku dah buat research sket *HAHA taley bla research =.=* , dan korang rasa kenapa ? Kalau korang tau pun korang kena baca jugak okayyyy. :)

Monday, 26 December 2011

4 Hacker 'Perempuan' terhebat sekali di dunia.


Raven Alder
Spisis : Goth hacker


Seorang hacker wanita berpenampilan gothic. Raven adalah wanita pertama yang pernah hadir dalam persidangan hacker DEFCON. Dalam conference tersebut, dia menjadi perhatian semua pihak. Raven tidak begitu suka dipanggil dengan sebutan ‘Hacker Wanita’. Malah lebih rela dirinya terkenal keran kemampuan dirinya itu dan bukan kerana kedudukannya yang istimewa sebagai seorang wanita.


Raven kini sendang aktif membuat rekabentuk, menguji dan mengaudit sistem pengesan keselamatan untuk pelbagai agensi persekutuan terbesar dunia.







YING CRACKER
Spisis : Cikgu Hacker

Ying Cracker, seorang guru di shanghai China. Namun begitu, pelajaran yang diajarnya adalah tentang panduan asas proses hacking, cara mengubah IP address atau memanipulasi password pejabat, wow!
Dia juga ahli dalam membuat software hacker






Xiao Tian
Spisis : Hacker nerd ,gila fesyen,menunjuk - nunjuk (gambong)

Teringat dengan kata hacker, biasanya yang terlintas di bayangan adalah seorang kutu buku dengan kaca mata tebal dengan gaya hidup yang acak-acakan. Tapi sebaliknya berlaku kepada Xiao Tian. Dia adalah seorang hacker persis seorang model. Penampilan dan gaya hidupnya begitu rapi dan kemas serta terlalu feminim.


Xio Tian juga amat tertarik dengan dunia fasyen, terutamanya kasut.Dalam blognya dia sering berkongsi cerita tentang tempat-tempat yang pernah dia lawati. Itulah alasan mengapa Xiao mempunyai banyak fans dan followers di dunia, terutamanya golongan lelaki.


Xiao Tian, mulai dikenali sejak berumur 19 tahun. Setelah membentuk China Girl Security Team, salah satu kelompok hacker khas untuk perempuan yang terbesar di China. Kehebatanya dalam dunia hacking juga tidak dapat diragukan lagi. Search enjin nombor satu di dunia, Google pun pernah merasakan serangan hebat dari Tian serta pasukannya. Xiao Tian melakukan serangan canggih terhadap sistem infrastruktur google china. Bahkan, google akhirnya tidak tahan dan memilih untuk menarik balik semua perkhidmatan pengendaliannya di China akibat hentaman hacker yang bertubi-tubi tersebut.

Dan last skali...



Kristina Svechinskaya
Spisis : hacker account bank

Kristina Svechinskaya adalah seorang mahasiswi New York University yang ditahan pada 2 november 2010 lalu kerana telah mengeluarkan jutaan dollar dari beberapa bank di Britain dan Amerika. Bersama 9 orang lainya, Svechinskaya telah menghack ribuan akaun bank dan dijangkakan jumlah wang yang berjaya diperolehinya adalah sekitar 3 billion dollar.


Svechinskaya beserta pasukan awalnya menyasarkan jumlah wang yang dicurinya adalah sekitar 220 juta dollar. Svechinskaya menggunakan Zeus Trojan Horse bagi menyerang ribuan akaun-akaun bank. Dia memiliki sekurang-kurangnya 5 akaun bank dunia untuk mencairkan dananya. Dalam aksinya itu, Svechinskaya juga turut pemalsuan pasportnya. Jika terbukti kesalahnya itu, dia boleh dikenakan hukuman penjara selama 40 tahun. Seperti dilihat dalam gambar, bra yang digunakan gadis cantik ini diperbuat daripada berlian. Svechinskaya juga dikenali sebagai hacker terseksi di dunia.

Tentang Aardvark

       

haa,ni la kwn kite Aardvark yg kat dlm citer pink panther tu,bace lanjut lagi utk mengetahui spisis ni spisis ape...

Adakah Bila Hari Hujan,Neraka Tutup?




Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan
 risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama...

Saturday, 24 December 2011

Sejarah Kuching




Kuching mula dibuka pada awal kurun ke-17. Sebelum itu, Kuching merupakan sebuah wilayah ufti bagi kerajaan Majapahit yang ditadbir oleh Temagi di Temasik. Nama asal bagi Kuching ialah

Selamat Datang



Selamat datang ke My Blog Kuching. Terima kasih kerana telah melawat blog saya. Nama saya Mohd Nasharudeen.

Untuk mengetahui sejarah blog, sila pergi ke
Blog's Profile → Pengenalan

Untuk mengetahui peraturan blog, sila pergi ke
Blog's Profile → Peraturan Blog


Masa bahagian kuching