Showing posts with label Facts. Show all posts
Showing posts with label Facts. Show all posts

Thursday, 22 May 2014

Panhandling Cat in Russia ! (pusak mintak sedekah !)

bnyk da duit. (there's lots of money !)
Pusak tok ditemu rah tepi jalan rah sebuah bandar di Belarus, Russia. Pusak tok disertakan skali dgn note yang bertulis "Need money for meat and fish, bless you."

Pusak tok sik berganjak pun dari tempat dudok nya. Duit hasil sedekah ya pun dijaga nya dgn hanya makey pandangan nya jak.

Saturday, 8 June 2013

Gunong Serapi

pemandangan sunset gunong Serapi dari waterfront...
Gunong Serapi...ritok mok bersusei hal gunong nok smua org kch tauk.. gunong tok ada disebut dalam hikayat Puteri Santubong Puteri Sejinjang. tok antara petikan yg aku copy...

Wednesday, 14 November 2012

Fakta yang anda sik tauk tentang Photoshop CS6

Splash screen Ps SC6 standard 
version


Sapa-sapa yg mok tauk pahal harga Photoshop mahal gilak, tangga fakta tok. Lelah sidak molah software tok, patut juak rega nya mahal... dah2, baca gik bawah ya...

Tok lah fakta-faktanya tek:

Thursday, 25 October 2012

Soalan aku tertanya-tanya masa kecik (bahasa Sarawak)

nadai idea mok engkah cover apa...
Soalan yg dah terjawab.

1. Org dolok goreng ikan pake minyak apa?
jwpn nenek aku: pake minyak buah neor jak, neda minyak kelapak sawit masa ya

2. Camne omputeh molah kartun kdk spongebob ndn nak lain2 ya?
jwpn google: pake software la sayang, org dolok baruk lah pake kertas

3. Pa benda yg ada dlm tv ya?
Aku pun discover: wayar tembaga nak melobor2 di compressed dlm sigek besi

4. Camne rupa internet?
jwpn google: kmk sik tauk juak camne rupa internet koh, kmk baruk diam rah internet dlm 19 taun gia...

5. Camne rupa Malaysia?
jwpn Pakcik Google Map: kdk tok...

6. Camne baby dilahirkan?
jwpn nenek aku: Rahsia, sik boleh padah!

7. Kuman ya binatang ka?
jwpn cikgu aku: Bukan, kuman ya sejenis makhluk mikro nak nyebab selesema 13a13i ya...

Soalah yg belum terjawab

1. Camne sidak molah TV LCD???
2. Camne baby dilahirkan???
3. Pa benda nak nyuroh kapal ilang rah segitiga bermuda???
4. Planet pa ada rah luar sistem suria???
5. Camne rasa megang rifle???
6. Camne rasa berlian???
7. Camne laut boleh masin???

mun takrang tauk jwpn soalan2 tok, boleh jwb rah ruang komen dibawah... tolooongg gilak gilak!!!

Monday, 8 October 2012

4 Perkara yang buat kita jadi 'Fedup'


Slalu kita nampak org naik fedup kan? korang taukan camne reaction org2 yg naik fedup tu kan? Gua pun dah naik fedup dgn komputer gua yg masalah sngt. Macam babun! satu lagi masalah gua btol2 fedup, masalah angkatan tentera semut yg menyerbu gelas nescafe gua.

Dalam 1 minit, penuh dah semut dlm gelas tu. Dah la semut tu masa gua menaip, ade yg merayap2 kat lengan gua. Naik fedup gua dibuatnya, ok, kita teruskan dgn ke 4 perkara yg membuatkan kita naik fedup.

4. Kantin: Tolak, Cucok dan Tekan
Bila kat kantinkan, kan slalu org tolak2 kita, cucok2 kita, tekan2 kita dan mcm2 lagi. Perkara ni yg boleh buat mangsa jadi fedup.

3. Perpustakaan sekolah: Lari dan Jerit
Gua tak tau la keadaan perpustakaan skolah korang, bising ke tak. Tapi, bila klas gua visit perpustakaan, cam sakai. Perpustakaan gua ada 2 jenis tmpat duduk, 1 ni duk kat bawah, 1 lagi ni duk kat kerusi.

Gua pilih utk duk kat bawah sbb dkt dgn rak buku lah kan. Bila si setan2 pengawas ni datang dgn geng itam dia (tau2 jela) berlari, main kejar2, bila dah tangkap, jerit sampai gua naik fedup tak dpt baca buku.

2. Kelas: Lari, jerit dan main bola
Klas gua ni keadaannya cam kat perpustakaan tu lah. Bila cikgu tadak, pesta zoo sedunia mula. Ade yg main bola (tin yg dipijak, pastu sepak), ade yg main kejar2. Yg gua tak tahan nih, bila meja gua kene tolak ke tepi (meja gua kat blakang skli, blkang tu port org main bola), dahla selambe je tolak, main bola selambe gak kat depan gua! tu la yg buat org naik  fedup!

1.Dewan Tempat Makan: Sepak Bekal
Sepak bekal ni sbnrnye org yg main bola, bila tersalah sepak, org tu sepak la bekal. Gua tak penah alami ni, gua nampak je org lain kene. Tapi gua fedup bila gua makan ade org main bola dkt2 situ, takut nanti tin yg disepak tu msok kat makanan gua.

Soalan bonus abuden: Berapa banyak perkataan 'FEDUP' kat dalam post ni, jawab kat komen box di bawah...




Friday, 21 September 2012

Sumbangan Gaddafi Di Libya




Post ni gua delete dulu sebab ada masalah teknikal, baru gua teringat tentang post ni masa gua tengok movie hitler, gua ingat tentang dictator. Jadi gua cari post ni, cari punya cari, gua jumpa yg paling complete skali, jom kita baca! 

"Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri."

camne? gua tak ikut sapa2 dlm entry ni, gua hanya baca apa yg gaddafi buat di libya dulu...

Friday, 7 September 2012

Tips menghadapi UPSR

nanana~~~ takde idea, gune jela gmbar yg same...

Jika tadi gua post entry tentang Tips meniru dalam peperiksaan, kali ni pulak tips menghadapi peperiksaan, gua target UPSR. Sebelum lu teruskan baca, baca sampai habis article ni, baca dlm beberapa ari sbelum UPSR supaya ada persediaan sepenuhnya.

Tips 1: Ketenangan
Ketengan ialah perkara yg paling diperlukan semasa menjalani peperiksaan. Jadi, gua sarankan lu-lu yg nak msok dewan peperiksaan supaya jgn nervous, kalau nak lebih bersemangat, isi air panas dlm botol minuman, jgn panas sangat, suam2 sikit laa. 

Pastikan fresh2 dari rumah. Gua mau yg lu semua pegang botol tu. Kalau kita nervouskan, tangan kita kompom sejuk. Jadi, gua suruh pegang botol tu utk membarakan semangat kita... jgn sampai tangan melecur sudah...

Tips 2: Disiplin kejap
Pastikan anda diam daripada mula menjawab kertas soalan, sehingga tamat waktu menjawab. Kalau nak bising, nak bergayut, buat lepas peperiksaan. Kompom takde masalah yg berlaku. Gua berani jamin...

Tips 3: Ulangkaji
Kalau nak refresh memory kita, ulangkaji pagi2 tu jugak, tak kira tgh sarapan ke, berak ke, ape ke, ulangkaji je ape2 bende yg boleh, tpi ulangkaji nota je lah, jgn ulangkaji buku teks lagi...

Tips 4: Beban beg
Bawak ape yg perlu je, kalau boleh gua sarankan bawak pensel, pemadam, pen(jika perlu) dan sharpener, semua letak dlm pocket. Gua buat camtu ari Selasa ni (ari UPSR). Taklah beban nak mampus.

Tips 5: kebangangngan
Gua tau perkataan kat atas ni susah nak baca, tapai bangang adalah salah satu benda yg diperlukan masa di meja peperiksaan. Buat2 diri cam bangang, bkan bengang, bangang. Sbb apa mesti buat2 bangang.

kalau lu semua buat camtu, kompom pengawas peperiksaan tak kan syak apa2 kat lu sbb pengawas peperiksaan adalah seorang manusia, yg ada sifat peri kemanusiaan(kecuali israel). pengawas nampak kita bangang, dia tak pandang pon kita. Jgn pulak bangang masa jawab kertas peperiksaan tu nanti...

Tips 6: Semak
Pastikan anda semak kertas anda sblum anda serahkan kertas tu kat pengawas peperiksaan. Tpi kalau dah tak sempat takpe la. Tips ni yg slalu semua cikgu sebut, smpai dah nak gila gua dibuatnya.

Tips 7: Barang
Jangan bawak apa2 barang yg disyaki mempunyai jawapan; terutamanya bahan bacaan seperti novel, majalah, surat khabar apa2 yg berkaitan bahan bacaan. Nanti anda disyaki menipu.

Tips 8: Tidur
Pastikan tidur cukup pada malam UPSR. Tidur merupakan aspek yg penting (cikgu gua ckp la), bagi gua, pukul 9 paling bagus tidur kalau nak bangun pukul 5. Kalau pukul 5 bangun, mandi dan buang 'shit' anda dlm 10 minit, bersiap dlm 10 minit, baki 40 minit tu anda boleh guna utk ulangkaji.

Sampai sini jelah article kali ni.

P/s: Jangan meniru masa ujian nanti

P/p/s: Gua doakan semua calon UPSR supaya diberi ketenangan masa menghadapi kertas2 soalan tu nanti. amin...






Tips meniru dalam peperiksaan

UPSR di skolah mane ntah, 2007

Lu semua tau kan yg PMR dah takde dah, taun ni last PMR(2012). Jadi lu semua mesti hanya kesah pasal UPSR dgn SPM kan? Tambahan pulak 4 ari lagi gua nak UPSR, Selasa minggu dpn gua nak UPSR, tpi gua msih rileks, msih sempat tersenyum lagi kat skolah, msih smpat buat lawak lagi kat kelas.

Tak sangka gua dah nak UPSR, gua ingat msih ada 40 ari lagi, rupanya 4 ari lagi, wtf... Jadi, kalau nak senang jawab kertas UPSR, tenangkan diri, anggap UPSR ni mcm ujian bulanan yg anda boleh skor 100%, jgn pulak lu semua pikey ni ujian semester pulak!

Ni adalah tips2 yg diperolehi drpd pegawai2 pelajaran yg menangkap calon meniru masa peperiksaan, ni adalah antara tactic yg digunapakai masa meniru...

Handset sebagai penghubung


Dunia semakin maju seiring dengan gadjet-gadjetnya. Henset juga merupakan gadjet yang semakin berkembang pesat kemajuannya. Namun begitu, kemajuan tersebut seharusnya dimanipulasikan dengan baik oleh pelajar-pelajar yang pemikirannya berorentasikan inovasi. Ada dua cara nak gunakan handset sebagai medium meniru ketika peperiksaan akhir ini.

Pertama : Tulis nota dalam save item SMS. Ataupun ambik gambar nota-nota terus save dalam handphone. Cara nak baca nota ini ketika perperiksaan ialah ketika pengawas peperiksaan sedang leka berbual hal AF di belakang. Para peniru perlu berani mati ketika ini. Kena tangkap, mati.

Kedua : Suruh kawan yang tak ambik paper masa tu, standby kat rumah dengan buku teks. Bila si penjawab dah stuck, segera lah ke tandas, hantar mesej kepada member yang kat rumah. Member tersebut dapat je, terus cari jawapan dalam buku teks tadi. Semua operasi ini harus dilakukan bawah 5 minit untuk mengelakkan para pengawas peperiksaan curiga dan was-was.


Nota dibalik slip peperiksaan


Slip periksa perlu dibawa sebagai bukti si pengambil kertas ini mengambil kertas yang betul. Untuk mangadaptasi teknik ini, calon memerlukan keberanian tahap dewa ketujuh. Hal ini kerana slip periksa itu cuma sehelai. Macamana nak selitkan nota dibelakangnya. Ada tekniknya. Jangan ingat MLM sahaja ada teknik jadi kaya. Caranya, serta-merta masuk ketika pelajar lain berpusu-pusu ingin masuk ke dewan. Biasanya akan ada pak guard menjaga pintu dewan. Tapi kalau dah ramai-ramai masuk, mana sempat dia nak tengok sorang-sorang.

Dah masuk terus ambik tempat duduk. Biasanya kertas soalan dan kertas jawapan dah tersedia atas meja. Sejurus sahaja duduk, terus selitkan nota tadi dibalik kertas-kertas soalan tadi. Tadaaaa... Sudah ada jawapan di kertas soalan anda. Natijahnya? Menjawab soalan dengan senyuman. Kehkehkeh...


Nota di tandas


Untuk mengaplikasikan kaedah ini, para peniru perlu meletakkan nota lebih awal dari waktu peperiksaan yang dijadualkan. Datang awal ke dewan, pergi ke tandas dan letakkan nota di balik tangki tandas jamban tu. Kemudian keluar semula ke tempat orang berkumpul dengan perasaan yang tak berdosa dan muka innocent macam tak de apa-apa berlaku.

Masa peperiksaan berlangsung hampir satu jam dan anda sudah ketandusan jawapan, pergilah toilet di mana nota yang telah anda selitkan. Proses membaca nota ini harus dilakukan bawah 5 minit. Merbahaya kalau kantoi. Kehkehkeh...


Tulis nota di tapak tangan


Ini merupakan salah satu teknik yang paling mengarut tapi masih ada yang aplikasikannya. Bayngkanlah, tapak tangan kita tu besar mana untuk tulis nota? Tapi ada jugak yang gunakan teknik ni.

Cubalah perhatikan sekeliling anda sewaktu menunggu detik untuk masuk ke dewan peperiksaan. Mesti ada tangan yang penuh dengan tattoo. Tapi bukan tatto naga atau harimau, tattoo tersebut berunsurkan tulisan semata-mata. Takpelah, sedikit sebanyak pun membantu dalam menjawab paper.

P/s: Jika anda inginkan kejayaan yg ikhlas, jangan meniru dalam peperiksaan. 
Ingat! 'Anda cuba sekali, anda menyesal selamanya'. 

Wednesday, 29 August 2012

tricks yg selalu digunakan di sekolah utk kenakan kawan

Orang Sakai....

Ni adalah antara words yg selalu anda terkena atau anda guna utk kenakan org. ada antaranya masih baru...

1. "look at the sky", bila anda tengok, dia ckp "you sakai"

2. "look at the door", bila anda tengok, dia ckp "you bodo"

3. bila ada org yg nakal sngt, dia mintak kita salam dia, biasanya di belakangnya ada beberapa org kawan. bila kita dah salam, dia ckp, "Aku nikah kan dikau dengan ******* ********* binti ********* dengan mas kawin sebanyak Rm11·80  . Tujuan org2 di belakangnya ialah utk megesahkan perkahwinan. trick yg paling menyakitkan hati...

4. Kadang2 ade org mintak salam, tapi kat tangan dia tu ade gam, jadi, bila salam tangan kita pun kena gam... bodoh punya org...

5. Satu ni pun tentang bersalaman. Dia mintak kita hulurkan tangan utk salam, pastu tangan menyelit-nyelit pegi ke muka (kena tampar). bab* btol laa...

6. Dia suruh mangsa cium tangan mangsa tu, pastu tangan mangsa tu di tepuk ke muka. pu****k betol!!! trick yg paling sakit, sbb sakit hati dan sakit muka...

Monday, 27 August 2012

Permainan kurun ke 21 di skolah aku

1. B-Daman (2008 - 2009)




2. Permainan pemadam (2009 - 2010)


3. Pen tapping (semester pertama persekolahan 2011)


4. Pen spinning ( semester kedua persekolahan 2011)


5.Tin Sepak - tin yang dipenyekkan untuk dibuat macam bola sepak (2012)


Cube komen yg mane satu pernah anda main...


perkataan yang selalu didengar di sekolah


Korang mesti pernah lalui zaman persekolahan kan? Kompem korang slalu dengar word2 ni kat skolah dulu kan? Tipulah kalau tak pernah dengar... Ni ialah antara word2 yg mengembirakan para student2 di skolah, saksikan...

Perkataan "yeayyyyyyy!!!" di skolah

1. Cikgu cakap "Saya mengumumkan pada petang ini tiada aktiviti ko-kurikulum", para student pun jerit "yeayyyyyyy!!!", sampai 4 kilometre dpt dengar laungan yeay tu...

2. Cikgu beri surat yg ckp "esok ialah cuti peristiwa sempena bla bla bla", para student pun jerit "yeayyyyyyy!!!", dari skolah sampai gunung boleh dengar...

3. cikgu umumkan esok hari raya ( kononnya pemegang mohor guru besar), semua jerit "yeayyyyyyy!!!", sbb posa dah nk tamat...

Perkataan "boooooo!!!" di skolah (telah diharamkan di sk matang jaya)

1. Guru besar berucap masa perhimpunan, guru besar ckp "esok ada gotong royong" semua student jerit "boooooo!!!"...

2. Kalau masa tgh belajar di klas, ade budak jerit, semua student jerit "boooooo!!!"...

3. Mase perhimpunan, ade murid ditangkap mencuri, dia dihadapkan di atas pentas utk dirotan, selepas guru besar umumkan yg budak tu mencuri, semua student jerit "boooooo!!!"...

Perkataan "wooooowwww!!!"

1. Ada sorang student muntah, dia ckp" uweeekkkk!!!", pastu student ramai2 cakap "wooooowwww!!!".

2. Ada org buat magic show kat pentas masa perhimpunan, lalu semua student ramai2 cakap "wooooowwww!!!".

3. Waktu pendidikan jasmani, cikgu telah menganjurkan pertandingan lari pecut, bila sorang student jatuh tergolek pastu terpelanting, lalu semua student ramai2 cakap "wooooowwww!!!".

Wednesday, 16 May 2012

Sejarah golongan pengupdate status di Facebook

Golongan pengupdate facebook atau lebih dikenali sebagai 'tuija' atau 'haloba' atau 'loba', atau lebih senang dipanggil 'ngegeh' dan 'ass updater' bermula lebih kurang pada tahun 2007 setahun selepas facebook dicipta. Golongan seperti ini kurang disenangi ramai kerana kehalobaan nya yang tinggi.

         Purata umur golongan 'tuija' ini adalah antara umur 10 - 25 tahun. Golongan ini selalu mendapat ejekan org ramai kerana selalu mengupdate status yang tiada kaitan dengan hidup orang lain. Rajah diatas adalah antara ayat yg slalu digunakan. Budak diatas ialah friend facebook saya yg berumur 12 tahun, slalu mengupdate status berkaitan cinta, tak pun tentang lokasi dia contoh "AKU DI KLCC NI" padahal dia cuma kat 'kandang lembu cyber cafe'. 
         
          Baca balik post di link yg aku beri tu utk mengetahui spisis yg telah wujud 5 tahun yang lalu di facebook. Golongan facebook updater ni lebih kurang sama dengan golongan 'Hippies' yang telah wujud pada pertengahan tahun 60-an. Apabila golongan 'ngegeh' ni wujud pulak, facebook yg friend dgn org 'ngegeh' tersebut menjadi semakin bosan.

          In the end, hindari golongan 'tuija' atau 'haloba' atau 'loba', atau lebih senang dipanggil 'ngegeh' dan 'ass updater'.

Sunday, 11 March 2012

Mengenal pasti pempuan suka kat kita.

Sblum mula baca, sila pastikan anda tidak terlepas ckp. Nanti anda malu besar sbb prasan. Thnk you.


Sorry la lama tak update blog, tema kali ini ialah 'cinta sekolah'
Petikan kali ini adalah berdasarkan kajian aku sendiri. Member yg tolong skali ialah Hafeez Abdulrahim. Jadi, Tick mana tanda yg anda penah anda lihat kat seseroang nih.


1. Slalu pandang anda.
Budak tuu akan slalu pandang anda, buat tak tau jer, nanti anda prasan pulak. ni tanda yang belum cukup kukuh utk digunakan.

2.Sentiasa cari cara utk mendekati anda
ni ade laa kukuh sikit, tpi lom boleh gune lagi. Budak tuu akan cari cara utk mendekati anda, sekiranya peluang besar, dia akan duduk 5 kerusi jauh dari anda.

3.Perasan.
Sbagai contoh, anda melambai tangan anda kearah seseorang kawan anda, budak yg suka kat anda tuu akan balas lambaian sbb dia fikir anda lambai kat dia. maksudnya, dia prasan...

4.Pulangkan buku.
Dia cepat2 ambil peluang utk pulangkan buku kepada murid kelas, sbb dia nak pulangkan buku anda. Tau2 laa sbb ape...

5.Berbual.
Cam biasa ar, dia akan cari pulak cara utk chatting dgn anda, sama da di facebook or live di skolah

6.Di facebook
Dia akan slalu menyiasat profile anda, sekirannya anda ada memasang carta lawatan facebook, anda akan slalu melihat nama dia di carta tersebut sbb dia akan selongkar semua album gambar anda.

Cara-cara tangani kes camni

Tanda yang pertama
Anda pandang skali, JANGAN SENYUM KAT DIA! Buat tak tau jer. nanti anda dituduh prasan.

Tanda yang kedua
Just rilex. Tak yah layan pon takpe. Kalau dia mulakan perbualan, anda layan je laa, terpakse...

Tanda yang ketiga
Ada dua pilihan disini:
(a) Berlalu pergi dan buat dek je
(b) Datang dekat dia dan kata dia perasan.


Tanda yang keempat
Satu jer yg aku mampu ckp, TAK PAYAH LAYAN.
 
Tanda yang kelima
Jwb aje laa perbualan dia, kalau nak senang kate ya, ya dan ya...

Tanda yang keenam
No comment.

1st P/s: siasat dulu btol tak si dia suka kt anda, jgn main hentap keromo pulak, nanti jadi perasantan.

2nd P/s: Jatuh cinta sebelum berkahwin adalah haram disisi Islam, jadi kpd anda yg beragama Islam, jangan jatuh cinta kat sapa2. HARAM!


Sekian, thank you, huahahaha~~~

Friday, 24 February 2012

Fakta tentang kucing anda.

Kalau anda ada kucing, anda kene baca fakta ni semua. Tak guna kalau ada kucing tapi tak paham perasaan kuing tuu...

2 BERADIK... Kucing atok aku. Sorang dan meninggal

  • Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
  • Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan melilitkan ekornya yang sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya
  • Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki
  • Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan  1.814kg.


amacam? comel tak?
  • Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
  • Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti
  • Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
  • Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.
  • Panthers (Harimau Kumbang) juga dikenali sebagai Black Leopard (Harimau Bintang Hitam) mereka sebenarnya adalah daripada speseis yang sama. Jika diperhatikan betul-betul, boleh kelihatan tompok-tompok hitam pada Panthers.


ni adalah gambar terbaik yg aku pernah ada...

  • 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing
  • Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza
  • Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini hehe


ni kat dpan umah aku. Comel tak?
  • Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
  • Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. (sila google untuk keterangan lajut 


Photo by
Diemo Photography
  • Kucing mampu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari 
  • Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
  • Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki


Photo by
Diemo Photography

  • Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
  • 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Anda tergolong dalam golongan 25% ni tak?
  • Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring) haha
Kalau dianggarkan, kucing adalah haiwan paling dikenali di dunia selepas anjing dan kuda. Kat rumah nenek aku ada 2 ekor kucing yg berdisiplin sngt2. tpi sekor ari tuu dah mati. ade aku tulis artikel tentang tuu kat Kucing nenek aku meninggal...

Beberapa hari pas usu aku kuburkan kucing nenek aku tuu, Biawak dtg gali balik jenazah tuu lalu dimakan oleh biawak tuu menurut atok aku. Aku memang plan nak bomb biawak tuu guna crazy robot(mercun, bkan robot gila) sbb aku tau mana sarang natang tuu...

Slalunya fakta mengenai kucing makan biawak. Bukan biawak makan kucing... 

Credit to cisdel.com and Diemo Photography.

Wednesday, 22 February 2012

Teka-teki lucu

1.Binatang hijau ape makan batu?
Jawapan: Binatang hijau laa...

2.Ade sebuah kapal terbang kargo bawak batu. Batu tu semua terjatuh di dalam hutan. Bila pilot tuu patah balik, diaorg tengok batu tuu dah takde. Mane perginya batu tuu semua?
Jawapan: Binatang hijau tadi yg makan

Ade lagii....

5.Mamalia ape yg paling lelaki benci?
Jawapan: Justin Bieber.

6.Banyak2 binatang, binatang ape tak suka tengok perempuan?
Jawapan: Eagle sbb dia ckp eee girl - eagle. Same tak?

7.Negara mana yang gay?
Jawapan: Paraguay, Paragay.

8.Beri jawapan kepada kenapa 1 + 1 bukan 11?
Jawapan: sape pikir camtuu, nampaknya dia sangat bodoh

9.Kuching mana yg pandai terbang?
Jawapan: Mana ada Kuching pandai terbang, Kuching tuu bandaraya laa...

10.Knape Orang cakap Alien tuu wujud?
Jawapan: Sebab Orang tuu kawan Alien...

11.Perkataan apa yg dieja salah dalam kamus?
Jawapan: S.A.L.A.H = salah...

12.tepung masuk mesin keluar roti, kalau kapal terbang masuk gua keluar apa?
Jawapan: Keluar berita...

13.Ikan mana ada bulu ketiak?
Jawapan: Tauke Ikan laa....

14.Ada sekor ayam jantan, dia bertelur diatas atap, telur dia bergoleng goleng goleng sampai di hujung atap. Ape terjadi kat telur tuu??
Jawapan: Ayam jantan tak bertelur laa,ayam betina baru laa...

15.Kalau ada anjing laut,knape kucing laut takde?
Jawapan: Sebab kucing takut air...

16.Apa perbezaan antara gunung, tali, dan orang?
Jawapan: gunung meletus, tali putus, orang mampus.

17. Kenapa gigi beruk sakit, kenapa pencuri kene tangkap, kenapa ubi jadi keras?
Jawapan: lambat cabut

Monday, 13 February 2012

Seorang lelaki mempunyai 39 isteri,94 anak, dan 33 cucu.


RAMAI... keluarga besar Ziona Chana mempunyai 181 ahli.
anda dpt bayangkan adik -  beradik anda lbih ramai dari rakan sekelas?
   Saye rase kan,ade kene - mengene dgn salih yaakob laa,nasib islam hanya benarkan 4,kalau camni? bapak aku pon tak tertanggung dgn makanan,basuhan,dan keperluan rumah yg lain,memang susah lah jadi org cam salih yaakob ni,tpi kalini kite nak citer psal ziona chana,bukan zionis yer,jgn slh anggap... 


ZIONA Chana adalah ketua kepada keluarga terbesar di dunia — dan dia berasa hidupnya ‘sangat diberkati’ kerana mempunyai 39 isteri.
Chana turut mempunyai 94 anak, 14 menantu dan 33 cucu. Mereka semua tinggal di kediaman empat tingkat yang mempunyai 100 bilik, dibina di tengah-tengah kawasan berbukit Desa Baktwang di wilayah Mizoram di India. Semua isterinya tidur di beberapa bilik tidur besar.

Chana, 66, memberitahu akhbar The Sun: “Hari ini saya rasa seperti hamba istimewa tuhan. Dia mengurniakan saya begitu ramai insan untuk saya lindungi.

ni adalah antara bini2 'si dia' tuu,kot?
ni tempat tidur dlm rumah yg bagaikan sebuah bilik
asrama..
ni la rumah tuu,cam rumah pangsa kan?
“Saya menganggap diri ini sungguh bertuah kerana menjadi suami kepada 39 wanita dan pemimpin keluarga paling besar di dunia.” Keluarga itu diuruskan dengan penuh disiplin dan isteri tertua, Zathiangi ditugaskan memberi arahan kepada madunya supaya melakukan tugas harian seperti membasuh, memasak dan mengemas rumah.

Zathiangi, 69, bertanggungjawab membahagi-bahagikan tugas harian di rumah kepada isteri Chana yang lain, anak perempuan dan menantunya.

Setiap hari ada longgokan baju setinggi gunung menanti untuk dibasuh — dan semuanya perlu dibasuh dengan tangan.

Penyediaan makan malam pula memerlukan 30 ekor ayam, 66 kilogram kentang dan 110 kilogram beras untuk dimasak.

Selain menjadi ketua keluarga, Chana adalah pemimpin kepada fahaman yang membenarkan penganutnya berkahwin dengan seberapa ramai isteri yang diinginkan.

Chana yang dipanggil ‘Ka pa’ atau bapa oleh keluarganya mengahwini Zathiangi ketika dia berusia 17 tahun.

Dia adalah pewaris pemimpin kepada fahaman Chana yang percaya satu masa kelak mereka akan memerintah dunia bersama Jesus Christ.

Fahaman yang mendapat nama daripada datuk Chana iaitu Challian Chana itu membenarkan pengikut lelakinya berkahwin dengan seberapa ramai wanita yang mereka ingini.

Namun, ketika zaman kecilnya, Chana percaya dia tidak akan berkahwin sambil berkata: “Bapa saya mempunyai tujuh isteri dan tanggungjawab menjaga ketujuh-tujuh isteri adalah cabaran yang berat buat bapa.

“Apabila melihat dia dikelilingi wanita setiap masa, keadaan itu mematahkan hasrat saya untuk berkahwin. Namun, kehendak saya tidak sama dengan kehendak tuhan.” Kini Chana membahagi-bahagikan masanya bersama semua 39 isterinya — dia berkahwin dengan isteri terbarunya tahun lalu.

Dia juga mengahwini 10 wanita dalam setahun ketika berada di puncak kegemilangan dan tidur di katil besar, manakala semua isterinya perlu berkongsi di dalam satu bilik tidur seperti bilik asrama.

Dia membiarkan isteri barunya tidur berhampiran bilik tidurnya, sementara isteri lain tidur agak berjauhan. Namun, mereka bergilir-gilir meluangkan masa bersama Chana di bilik tidurnya.

Rinkmini, 35, seorang daripada isteri Chana berkata: “Kami selalu berada dekat dengannya kerana dia orang paling penting di rumah ini. Dia juga lelaki paling kacak di desa ini.” Dia berkata, Chana melihatnya berjalan pada satu pagi di desa itu kira-kira 18 tahun lalu sebelum menulis surat menyatakan hasrat untuk mengahwininya.

Seorang lagi isteri, Huntharnghanki berkata, hubungan antara semua ahli keluarga itu sangat baik. Sistem yang diamalkan dalam keluarga itu berdasarkan kepada kasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain.

Chana yang mempunyai 4,000 pengikut berkata, dia tidak akan berhenti daripada mencari isteri baru untuk dikahwini.

“Bagi meluaskan fahaman kepercayaan Chana, saya rela ke Amerika Syarikat sekalipun untuk berkahwin,” katanya.

Anak lelaki sulong Chana, Parliana, 50, berkata bapanya berkahwin dengan ramai wanita supaya dapat menjaga mereka.

Dia menegaskan: “Kebanyakan wanita yang dikahwini bapa saya adalah penduduk miskin dan yatim piatu di desa ini. Dengan mengahwini mereka, dia menjadi contoh terbaik dalam sejarah kehidupan manusia.

“Dia bukan saja ketua keluarga ini tetapi juga pemimpin kepada 4,000 pengikut fahaman Chana. Datuk saya pindah ke desa ini dan membangunkan masyarakatnya. Sejak itu, bapa saya meneruskan amanat datuk dan memikul tanggungjawab sebagai pemimpin di sini.

“Tugas mendidik adik saya sungguh berat, tetapi kami semua gembira dan mempunyai kehidupan baik. Dengan menyokong tugas bapa, saya rasa dekat dengan tuhan.” Parliana turut mengikuti jejak langkah bapanya walaupun dia perlu belajar lebih banyak perkara untuk menjadi pemimpin Chana.

Buat masa ini, dia mempunyai dua isteri dan 13 anak.

Sumber: Harian Metro

Friday, 10 February 2012

Lelaki bekas 'Pak Guard' jadi tarzan asli...

LASAK... jejaka berusia 24 tahun  memilih kehidupan  seperti Tarzan.
LASAK... Jejaka 24 tahun memilih kehidupan seperti tarzan...
DIA pernah menjadi pengawal keselamatan di sebuah kedai makan sebuah koperasi di Manchester, tetapi kini DeWet Du Toit sudah menjadi Tarzan.
Jejaka berusia 24 tahun itu menggantung pakaian seragamnya dan memakai seluar dalam bercorak kulit harimau bintang untuk mengayun dari pokok ke pokok seperti wira rimba yang dipujanya...

Thursday, 9 February 2012

Karangan Terbaik UPSR 2007 oleh murid darjah 4

korang jgn marah sbb karangan ni dapat "A" sbb ape ntah...

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu...

Wednesday, 8 February 2012

Soalan bodoh yang selalu ditanya...

Snoopy ntah ape...

1. Bila org nampak kau tengah baring tutup mata, dia tanya:
S: Kau tidur ke?
J: Eh, taklah. Aku tengah training macam mana nak mati ni. Kau nak join?

Friday, 3 February 2012

7 tabiat dan alasan yg cikgu tak akan percaya bulat2...

Kena denda, huahahahaha~~~

1.Bila kerja math tak siap,kita bagi alasan..."cikgu,smalam saya pegi tandas selama 12 jam..."

2.Bila cikgu bagi buat kerja rumah sebanyak 12 muka surat,kite cakap "alaa cikgu,beri la discount 99%...."


3.Bila cikgu kate ade kelas ganti ari sabtu nanti,kite akan menjawab "cikgu,cuti pun nak kedekut ke?" <--- ni dah melampau sangat nih!'


4.Bila kita datang lewat,alasan yg 'luar bisa' yang cikgu terima ialah "saye dtg lewat sebab saye belum buat kerja rumah cikgu" <--- confirm kene lempang teruss...


5.Bila cikgu suruh kite baca sebuah karangan dlm buku teks bahasa melayu,kite akan bagi alasan seperti "Cikgu,saye tak pandai baca laa cikgu"<--- padahal cikgu tahu dia pandai baca...


6.Bila cikgu disiplin datang cari org yang ada kat kelas untuk suruh turun waktu rehat,ape first kite lakukan,kite sembunyi dalam store ( jikalau klas tuu ade store laa),paling tak pon bawah meja cikgu...


7.Bila cikgu disiplin suruh kutip sampah kat tepi dewan,kite akan cabut lari,kalau kene tangkap pun,alasan yang biasa guna adalah "Cikgu,kite sakit perut ni cikgu,nak pi tandas" <--- padahal cikgu nampak yang kita naik ke kelas...




Budaya skolah saye la tuu,Sk Matang Jaya...



Masa bahagian kuching