Pages
Labels
Search This Blog
Showing posts with label Celebrity. Show all posts
Showing posts with label Celebrity. Show all posts
Tuesday, 4 June 2013
Wednesday, 17 October 2012
The Marvelous Misadventure of Flapjack, salah satu kartun legend
Tadi aku dah ckp pasal Chowder, kartun legend kan? kalu blom baca, klik link tu and pi baca. ni nak cakap pasal flapjack ni pulak. Flapjack pun sejenis makanan. The Marvelous Misadventure of Flapjack ni dah lame tamat, sejak 20 Mei 2011. setahun lebih dah...
Citer ni tetap disiarkan, tpi kol 2-3 pagi (tak ingat) camtu laa. citer ni berkonsepkan kelasi atau pelaut. Seorang kanak2 yg dianggap macam perempuan, seoran kepten yg pemalas dan seekor paus yg menjaga Flapjack. Kartun ni dicipta oleh Pernelle Hayes dan mendapat sambutan di seluruh dunia.
![]() |
| Kat atas: flapjack dan k'nuckles. yg biru, bobby |
Dorang tinggal kat pelabuhan Stormalong, tempat persinggahan kapal2 yg datang dari jauh. Makanan utama kat sini ialah gula2. Misi Kepten K'nuckles dan Flapjack ialah utk mencari Pulau Candy yg hanya dibuat dari gula2. senang citer, batu dia gula2, pasir dia gula yg guna buat kopi tu, air laut dia rasa lemonade, gunung dia ice cream, sungai dia susu, awan dia gula2 kapas dan mcm2 lagi yg sedap2.
2 orang tersebut nak cari sngt2 pulau candy tu, tapi tak disetujui oleh Bobby, paus yg menjaga Flapjack. kat pelabuhan Stormalong tu, ramai yg tak suka dgn K'nuckles, tapi Flapjack sngt mesra dgn org ramai smpai disenangi ramai, camtu lah. Episode last dia Catch Me If You Candy & Fish Out of Water. Sedih woo bile citer ni dah tamat.
![]() |
| Ni lah candy Island tu |
1. Flapjack
2. K'nuckles
3. Bobby
4. Peppermint Larry
5. Doctor Barber
6. Lolly Poopdeck
Chowder, salah satu kartun legend
![]() |
| Ni dia Chowder |
Ini chowder. Kartun ni dicipta oleh Carl Harvey Greenbalt. kartun ni memang takde logik, semua karut marut, kalau korang tonton yg version malaysia punya, ade episode tu yg mention "meramalkan hujan akan turun di semenanjung malaysia", kalau tak silap aku la, perghh! takde logika kalau mention tmpat kat malaysia ni! rooocckkk!!! dulu mase darjah 4, balik dri skolah, on tv, chanel 616 (cartoon network), tengok kartun nih, pastu kartun The Marvelous Misadventure of Flapjack (salah satu kartun legend)
Nak tau ape sebab aku ckp kartun2 tersebut legend? sbb kartun chowder ni disiarkan kol 11-12 tgh mlm pada hari ni, Flapjack pulak kol 2-3 pagi. LEGEND! kartun ni dah lame dah, episode finale dia pada 7 Ogos 2010, pastu, THE END... Kalau nak tonton kartun legend camni, prepare kopi...
Okeh, sambung balik, Chowder ni spisis die kucing+beruang+arnab=chowder. Coi! haiwan hybrid 3 jenis!
Citer ni aku dah ckp, takkan penah logik. Chowder ni perintis chef Mung Daal yg konon terhebat antara semua chef kat Marzipan City tu. Caye atau tidak, semua nama watak dlm citer ni menggunakan nama sesuatu makanan, even nama bandaraya pun dari recipi makanan.
Tak caye?
ni aku bagi watak2 dlm citer nih, pastu minta pakcik google carikan (tambah keywords 'recipe' lepas nama yg aku bagi tu)
![]() |
| dari kiri: Schnitzel, Mung Daal, Chowder, Truffles |
1. Chowder (recipe)
2. Mung Daal (recipe berasaskan kacang dhal)
3. Schnitzel; she-nit-zel; (recipe jgak)
4. Truffle (sejenis makanan)
5. Panini (sejenis sandwich)
6. Endive (sayuran)
7. Gazpacho (soup)
8. Gorgonzola (jenis cheese)
9. ceviche (mcm cocktail, taktau la, gi search)
10. Kimchi (recipe)
![]() |
| yg pink kaler tu Panini |
tu je list yg aku tau.
Mung Daal
Spisis tidak diketahui. Chef terkemuka Marizipan City. Orang tua yg tak logik, recipe karut ngarut.
Schnitzel (She-Nit-Zel)
Rasaksa batu yg kuat. Pembatu Chef Mung Daal. jugak jenitor Mung Daal's Catering. Dia tak suka dgn kerja membersih even dia punya jawatan pembersih.
Truffles
Bini Mung Daal. Spisis Mushroam Pixies. Suara penanyi rock. bising slalu sampai buat org tak tahan. dah tua...
Panini
Gabungan hybrid kucing-beruang-arnab mcm chowder. Suka kat chowder tapi chowder tak suka kat dia. Perintis endive yg slalu kene marah.
Endive
Menatang ni campuran carrot+tenggiling+gajah=Endive. PELIK tapi BENAR!!!??? Dia ni ego lebih, tpi last2 cam hampeh...
Gazpacho
Gajah mammoth. Anak manja maknya. Takut kpd maknya. Ingin menjadi pelawak. Menjual sayuran dan buah buahan sebagai kerja harian.
Gorgonzola
Muda setahun dari Chowder tapi slalu membuli chowder. mungkin sebab chowder tu lurus bendul. tikus pemegang lilin. amat keras kepala
Ceviche
Spisis kambing biri biri anthropomorphic. Ade perasaan kat Panini, tapi panini anggap dia cam abang je wlaupun dia ni cam pondan...
Kimchi
Haiwan peliharaan Chowder. Sejenis awan busuk yang terapung di udara. dijumpai di kawasan paya semasa Chowder masih kecil. Tinggal di perut Alligator.
![]() |
| Endive |
![]() |
| Gaspacho |
![]() |
| Gorgonzola |
Sunday, 23 September 2012
Keputusan Lee Chong Wei menentang Boonsak dari Thai
Chong Wei berjaya merangkul gelaran juara dalam Yonex Japan Open 2012 menentang Boonsak Ponsana dari Thailand. Keputusan set pertama 21-18 dan set kedua 21-18. Tahniah Datuk Lee Chong Wei.
Juga yang merangkul juara ialah beregu campuran Malaysia Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying menang 21-12 set pertama dan 21-18 set kedua menentang beregu campuran Indonesia Muhammad Rijal dan Liliyana Natsir.
Juga yang merangkul juara ialah beregu campuran Malaysia Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying menang 21-12 set pertama dan 21-18 set kedua menentang beregu campuran Indonesia Muhammad Rijal dan Liliyana Natsir.
Nantikan Piala Sudirman pada 19 May 2013. Kita lihat Chong Wei menentang Lin Dan lagi.
Pemain perseorangan
![]() |
| Datuk Lee Chong Wei |
![]() |
| Boonsak Ponsana |
Saturday, 22 September 2012
Fahrin ahmad melawat Shell di Kuching
Saturday, 1 September 2012
Kehangatan Gangnam Style
Gangnam style, lagu yg hangat diputarkan di seluruh dunia. Sapa tak kenal PSY ni? beliau antara artis korea yg paling meletup sekali, sehinggakan artis2 kat US nak gabung dgn beliau. PSY ni bukan masih baru, tpi dia sudah membuat lagu pada 2001 lagi, tpi lagu tu telah diaktakan kerana mengandungi bahan yg tidak sesuai utk remaja berumur 18 tahun kebawah.
Nama album tersebut ialah "PSY From The Psycho World. Album keduanya pun dibanned dengan alasan yg sama, album tu bernama 'Ssa2'. Setelah bnyk kali menghasilkan album, album terakhir beliau menjadi sangat terkenal. Psy adalah penyanyi solo korea yang paling berjaya menembusi pasaran Amerika.
Maksud Gangnam
Sekarang, banyak org menyangka gangnam tu maksudnya 'aku nak jadi seorang yahud' sedangkan tiada agama yahudi di Korea. Konspirasi teruss! Tuduh tiada bukti maknanya fitnah. Tu semua keja org melayu la tuh. ni keratan dari facebook yg gua jumpa.
Cuba tengok komen tu. Gangnam tu adalah daerah di Korea. Seperti yang kita ketahui, Seperti yang kita ketahui, Korea Selatan adalah negara Asia dengan tingkat pertumbuhan ekonomi yang cepat dan tinggi. Peningkatan standard hidup ini tidakhanya mempengaruhi gaya hidup sebagian penduduknya. Sebahagian dari mereka akan mula menghabiskan wang yang mereka dapat untuk berburu kesenangan dan barang-barang mewah. Dan di Korea Selatan, tidak ada tempat lain yang diniliai dapat menyamai kemewahan daerah Gangnam, daerah yang menjadi simbol kesejahteraan dan kemehawan di negara itu.
Ketika ekonomi naik, daya beli masyarakat juga meningkat. Namun tidaksemua orang dapat ikut menikmati kesejahteraan tersebut. Sehingga ketika gaya hidup semakin mewah, orang-orang yang tidak beruntung pula sebahagian terperangkap dalam kehidupan gali lubang, tutup lubang. Mereka adalah orang-orang yang tidak ingin status sosial mereka ‘dipandang rendah’. Dan sayangnya, tradisi tidak sihat ini menjadi trend di negara ginseng tersebut. Buktinya, peningkatan pengambilan kredit penduduk Korea selatan melambung begitu tinggi, bahkan lebih tinggi dibandingkan Amerika sebelum krisis.
Di Korea Selatan, ada sebuah lawak mengenai ‘wanita kicap masin’ atau Doenjangnyeo. Istilah ini diperuntukan untuk wanita yang rela memakan mee segera murah tetapi selalu menikmati kopi mahal seperti Starbucks yang berharga berkali-kali ganda lebih mahal. Maksudnya, wanita-wanita ini hanya mahu mengeluarkan sedikit wang untuk keperluan asas namun berani membayar mahal untuk keperluan tambahan, contohnya meminum kopi.
Oleh kerana ramai orang yang sudah ‘menjangkit’ oleh trend ini, kedai kopi menjadi popular dimana-mana, terutama di daerah elit seperti Gangnam. Hubungannya dengan lagu Gangnam Style? Ya, lagu ini diciptakan sebagai sindiran untuk gaya kehidupan tersebut.
Sampai sini jelah penulisan gua nih, rase sronok pulak guna kata ganti nama diri gua ni. lastly, gua nak selitkan beberapa video yg menyamai Gangnam style.
Ni video oringinal Gangnam Style
ni Parody Gangnam style, Super Kampung Style
Ni pulak Orang Sabah Style, haishhh, bnyk btol
video gangnam ni...
Ni pulak Susana Gangnam Raya,ade jgak camni...
Thursday, 30 August 2012
Luahan keeper pasukan Terengganu
KUALA TERENGGANU: “Saya rasa seperti nak berbogel kerana tidak tahan dengan rasa gatal yang amat sangat di seluruh badan,” kata penjaga gol skuad bola sepak Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramlie yang pelik dengan kejadian dialaminya, malam kelmarin.
Kejadian berlaku ketika Mohd Sharbinee beraksi bersama rakan sepasukan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Piala Malaysia kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.
Insiden yang berlaku kira-kira 10 minit sejurus separuh masa kedua bermula itu menyaksikan Mohd Sharbinee, 25 akhirnya rebah di padang akibat pitam dan terpaksa diusung keluar sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang manakala tempatnya digantikan penjaga gol simpanan, Mohd Saifuddin Mokhtar.
Mohd Sharbinee berkata, sebelum pengsan dia sempat menanggalkan sarung tangan serta jersinya saja dari badan untuk mengurangkan rasa gatal yang dialami.
Mohd Sharbinee berkata, sebelum pengsan dia sempat menanggalkan sarung tangan serta jersinya saja dari badan untuk mengurangkan rasa gatal yang dialami.
“Selepas menerima rawatan di Hospital Selayang, saya dibenarkan keluar pada jam 2 pagi dan doktor mengatakan kegatalan teruk yang saya alami itu berpunca daripada kesan alahan makanan atau ubat.
Petikan akhbar daripada Harian Metro
Monday, 13 February 2012
Seorang lelaki mempunyai 39 isteri,94 anak, dan 33 cucu.
| anda dpt bayangkan adik - beradik anda lbih ramai dari rakan sekelas? |
ZIONA Chana adalah ketua kepada keluarga terbesar di dunia — dan dia berasa hidupnya ‘sangat diberkati’ kerana mempunyai 39 isteri.
Chana turut mempunyai 94 anak, 14 menantu dan 33 cucu. Mereka semua tinggal di kediaman empat tingkat yang mempunyai 100 bilik, dibina di tengah-tengah kawasan berbukit Desa Baktwang di wilayah Mizoram di India. Semua isterinya tidur di beberapa bilik tidur besar.
Chana, 66, memberitahu akhbar The Sun: “Hari ini saya rasa seperti hamba istimewa tuhan. Dia mengurniakan saya begitu ramai insan untuk saya lindungi.
![]() |
| ni adalah antara bini2 'si dia' tuu,kot? |
![]() |
| ni tempat tidur dlm rumah yg bagaikan sebuah bilik asrama.. |
![]() |
| ni la rumah tuu,cam rumah pangsa kan? |
“Saya menganggap diri ini sungguh bertuah kerana menjadi suami kepada 39 wanita dan pemimpin keluarga paling besar di dunia.” Keluarga itu diuruskan dengan penuh disiplin dan isteri tertua, Zathiangi ditugaskan memberi arahan kepada madunya supaya melakukan tugas harian seperti membasuh, memasak dan mengemas rumah.
Zathiangi, 69, bertanggungjawab membahagi-bahagikan tugas harian di rumah kepada isteri Chana yang lain, anak perempuan dan menantunya.
Setiap hari ada longgokan baju setinggi gunung menanti untuk dibasuh — dan semuanya perlu dibasuh dengan tangan.
Selain menjadi ketua keluarga, Chana adalah pemimpin kepada fahaman yang membenarkan penganutnya berkahwin dengan seberapa ramai isteri yang diinginkan.
Dia adalah pewaris pemimpin kepada fahaman Chana yang percaya satu masa kelak mereka akan memerintah dunia bersama Jesus Christ.
Fahaman yang mendapat nama daripada datuk Chana iaitu Challian Chana itu membenarkan pengikut lelakinya berkahwin dengan seberapa ramai wanita yang mereka ingini.
Namun, ketika zaman kecilnya, Chana percaya dia tidak akan berkahwin sambil berkata: “Bapa saya mempunyai tujuh isteri dan tanggungjawab menjaga ketujuh-tujuh isteri adalah cabaran yang berat buat bapa.
“Apabila melihat dia dikelilingi wanita setiap masa, keadaan itu mematahkan hasrat saya untuk berkahwin. Namun, kehendak saya tidak sama dengan kehendak tuhan.” Kini Chana membahagi-bahagikan masanya bersama semua 39 isterinya — dia berkahwin dengan isteri terbarunya tahun lalu.
Dia juga mengahwini 10 wanita dalam setahun ketika berada di puncak kegemilangan dan tidur di katil besar, manakala semua isterinya perlu berkongsi di dalam satu bilik tidur seperti bilik asrama.
Dia membiarkan isteri barunya tidur berhampiran bilik tidurnya, sementara isteri lain tidur agak berjauhan. Namun, mereka bergilir-gilir meluangkan masa bersama Chana di bilik tidurnya.
Rinkmini, 35, seorang daripada isteri Chana berkata: “Kami selalu berada dekat dengannya kerana dia orang paling penting di rumah ini. Dia juga lelaki paling kacak di desa ini.” Dia berkata, Chana melihatnya berjalan pada satu pagi di desa itu kira-kira 18 tahun lalu sebelum menulis surat menyatakan hasrat untuk mengahwininya.
Seorang lagi isteri, Huntharnghanki berkata, hubungan antara semua ahli keluarga itu sangat baik. Sistem yang diamalkan dalam keluarga itu berdasarkan kepada kasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain.
Chana yang mempunyai 4,000 pengikut berkata, dia tidak akan berhenti daripada mencari isteri baru untuk dikahwini.
“Bagi meluaskan fahaman kepercayaan Chana, saya rela ke Amerika Syarikat sekalipun untuk berkahwin,” katanya.
Anak lelaki sulong Chana, Parliana, 50, berkata bapanya berkahwin dengan ramai wanita supaya dapat menjaga mereka.
Dia menegaskan: “Kebanyakan wanita yang dikahwini bapa saya adalah penduduk miskin dan yatim piatu di desa ini. Dengan mengahwini mereka, dia menjadi contoh terbaik dalam sejarah kehidupan manusia.
“Dia bukan saja ketua keluarga ini tetapi juga pemimpin kepada 4,000 pengikut fahaman Chana. Datuk saya pindah ke desa ini dan membangunkan masyarakatnya. Sejak itu, bapa saya meneruskan amanat datuk dan memikul tanggungjawab sebagai pemimpin di sini.
“Tugas mendidik adik saya sungguh berat, tetapi kami semua gembira dan mempunyai kehidupan baik. Dengan menyokong tugas bapa, saya rasa dekat dengan tuhan.” Parliana turut mengikuti jejak langkah bapanya walaupun dia perlu belajar lebih banyak perkara untuk menjadi pemimpin Chana.
Buat masa ini, dia mempunyai dua isteri dan 13 anak.
Sumber: Harian Metro
Friday, 10 February 2012
Kucing nenek aku meninggal...
![]() |
| Kucing Siam dari baka istimewa... |
Kats adalah kucing kesayangan nenek,datuk,adik-adik aku yang lain,dan aku. Kucing ni ade keistimewaan yang paling best skali dalam rumah nenek aku ni...
Antaranya:
(a).Pandai menangkap tikus
(b).Senang menyesuaikan diri dengan aku ( kalau kucing lain kompem taknak digosok kecuali org yang mereka btol2 kenal... )
(c).Antara baka kelahiran siam dan kucing domestik yang unik.
(d).Mempunyai keistimewaan mata iaitu mempunyai mata yang juling sedikit menampakkan wajah cute nya...
Ape yang kami konfius ialah Kats dan adik nya berbeza spisis,tapi lahir dari mak yang sama,saye sendiri menyaksikan kelahiran Kats dan 2 ekor adiknya dalam sangkar mak dia.Kalau tak silap saye laa,ade 1 lagi adik Kats,rasenye dah dilepaskan dgn ibunya skali kat semerah padi dulu,usu saye yg lepaskan....
Sebab tuu la kucing ni jadi kesayangan atok dan nenek aku...
ini adalah antara gambar 'Kats' yang sempat aku dan atok snap masa dia masih hidup dahulu.
| gambar yang nenek aku snap masa nenek aku nak pi kedai... |
| Scene filem Sherlocks Holmes,hehehe~~~ |
| hahaha,kuda... |
| antara posing terbaik Kats masa buat kuih kat rumah nenek aku... |
| nilah gambar terakhir yang aku ambil waktu aku pegi rumah nenek aku... |
| Ni la adik die yang comel lote jgak,ni pon kucing kesayangan nenek d an atok aku gak sbb mempunyai kebolehan menangkap tikus... |
| atok aku ckp ni lah tempat die slalu tidor... |
| SEGAK... antara ciri2 Kats. |
| tengah relax dengan adek die kat dpan pintu... |
| Sesi bergambar sblum atok aku ke pasar... |
Semoga kita ( Kats ) dan aku akan bertemu di akhirat kelak... Ameen...
Lelaki bekas 'Pak Guard' jadi tarzan asli...
| LASAK... Jejaka 24 tahun memilih kehidupan seperti tarzan... |
DIA pernah menjadi pengawal keselamatan di sebuah kedai makan sebuah koperasi di Manchester, tetapi kini DeWet Du Toit sudah menjadi Tarzan.
Jejaka berusia 24 tahun itu menggantung pakaian seragamnya dan memakai seluar dalam bercorak kulit harimau bintang untuk mengayun dari pokok ke pokok seperti wira rimba yang dipujanya...
Friday, 3 February 2012
7 tabiat dan alasan yg cikgu tak akan percaya bulat2...
![]() |
| Kena denda, huahahahaha~~~ |
1.Bila kerja math tak siap,kita bagi alasan..."cikgu,smalam saya pegi tandas selama 12 jam..."
2.Bila cikgu bagi buat kerja rumah sebanyak 12 muka surat,kite cakap "alaa cikgu,beri la discount 99%...."
3.Bila cikgu kate ade kelas ganti ari sabtu nanti,kite akan menjawab "cikgu,cuti pun nak kedekut ke?" <--- ni dah melampau sangat nih!'
4.Bila kita datang lewat,alasan yg 'luar bisa' yang cikgu terima ialah "saye dtg lewat sebab saye belum buat kerja rumah cikgu" <--- confirm kene lempang teruss...
5.Bila cikgu suruh kite baca sebuah karangan dlm buku teks bahasa melayu,kite akan bagi alasan seperti "Cikgu,saye tak pandai baca laa cikgu"<--- padahal cikgu tahu dia pandai baca...
6.Bila cikgu disiplin datang cari org yang ada kat kelas untuk suruh turun waktu rehat,ape first kite lakukan,kite sembunyi dalam store ( jikalau klas tuu ade store laa),paling tak pon bawah meja cikgu...
7.Bila cikgu disiplin suruh kutip sampah kat tepi dewan,kite akan cabut lari,kalau kene tangkap pun,alasan yang biasa guna adalah "Cikgu,kite sakit perut ni cikgu,nak pi tandas" <--- padahal cikgu nampak yang kita naik ke kelas...
Budaya skolah saye la tuu,Sk Matang Jaya...
Sunday, 1 January 2012
Saturday, 31 December 2011
Special Entry: About Sarawak | Tentang Sarawak
Entry kali ni ditayang pada semua label yang ada seperti article,information,tips dan banyak lagi untuk kunjungan anda semua.
Melayu Sarawak: Datang sitok mun mok tauk hal negeri kita dengan dalam lagik.
English: Visit this entry to know all about sarawak
Tentang Negeri Sarawak
Sarawak ialah negeri yang terbesar antara 13 buah negeri di Malaysia. Batang Rajang yang terdapat di Sarawak ialah sungai terpanjang di Malaysia di samping Mulu yang terkenal sebagai sistem gua yang paling luas di dunia. Hutan hujan tropika yang tertua dan yang kedua terbesar selepas Amazon menjadikan Sarawak sebagai pusat biokepelbagaian.
Negeri Sarawak terbahagi kepada 11 bahagian pentadbiran yakni Kuching,Kota Samarahan,Sri Aman,Betong,Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Mukah, Miri dan Limbang. Kuching ialah ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri.
| Add caption |
Bendera Negeri Sarawak
Apabila negeri Sarawak menjadi Koloni British pada tahun 1946, benderanya ditukar tiga kali. Pemerintah British juga mengibarkan bendera Union Jack. Negeri Sarawak terus menggunakan bendera lama Sarawak, yang mempunyai salib dan mahkota di tengah-tengahnya sehingga ditukar oleh Ketua Menteri Sarawak, Tun Haji Abdul RahmanYakub dalam tahun 1973.
Apabila Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud memegang tampuk kuasa, negeri Sarawak mendapat bendera yang baharu yang mulai dikibarkan di Stadium Negeri pada 31 Ogos 1988 bersempena dengan sambutan Jubli Perak Sarawak merdeka dalam Malaysia.
Maksud yang tersirat di bendera kebangsaan Sarawak
Warna merah melambangkan keberanian, keazaman dan pengorbanan rakyat dalam usaha mereka mewujudkan negeri Sarawak sebagai negeri contoh. Warna kuning melambangkan kedaulatan undang-undang dan peraturan, perpaduan dan kestabilan dalam kepelbagaian. Warna hitam menggambarkan khazanah kekayaan sumber asli negeri Sarawak seperti petroleum dan kayu balak. Bintang berwarna kuning dan berbucu sembilan melambangkan sembilan bahagian pentadbiran yang diwujudkan pada masa itu. Bintang ini juga melambangkan aspirasi rakyat negeri Sarawak dalam perjuangan mereka menambah baik kualiti kehidupan mereka.
Jata Negeri Sarawak
Jata Negeri berupa burung Kenyalang yang menggembangkan sayapnya dengan perisai yang mempunyai bendera negeri di dadanya. Sayapnya mempunyai 13 butir bulu yang melambangkan 13 buah negeri di Malaysia.Bunga raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia terletak di sebelah kanan dan kiri kaki burung. Burung Kenyalang ini bertenggek di atas reben yang memaparkan cogan kata "Bersatu, Berusaha, Berbakti". Lencana negeri ini dilancarkan dengan rasminya pada hari yang sama dengan Bendera Negeri yang ada sekarang.
Burung Negeri Sarawak
Lagu Kebesaran Negeri Sarawak
Digubal oleh Wan Othman Hamid, liriknya ditulis oleh Ismail Hassan (1922-1991). "Ibu Pertiwiku" dijadikan lagu kebesaran negeri Sarawak pada tahun 1988.
Lirik lagu "Ibu Pertiwiku"
Sarawak Tanah Air Ku
Negeri Ku Tanah Air Ku Sarawak
Engkaulah Tanah Pusaka Ku
Tanah Tumpah Darah Ku
Ibu Pertiwi Ku
Rakyat Hidup Mesra dan Bahagia
Damai Muhibbah Sentiasa
Bersatu Berusaha Berbakti
Untuk Sarawak Ku Cintai
Sarawak Dalam Malaysia
Aman Makmur Rahmat Tuhan Maha Esa
Kekallah Sarawak Bertuah
Teras Perjuangan Rakyat
Berjaya Berdaulat
Populasi Penduduk
Taburan Penduduk mengikut Daerah Pentadbiran
Kumpulan Etnik Sarawak
Kepelbagaian Budaya
Satu daripada ciri yang paling menarik negeri Sarawak dan yang banyak membezakannya dari negeri-negeri lain di Malaysia ialah kepelbagaian budayanya. Dengan adanya 27 kumpulan etnik asli yang bertutur dalam sekurang-kurangnya 45 loghat/dialek yang berbeza, negeri Sarawak boleh berbangga dengan penduduk yang mengamalkan pelbagai tradisi, adat dan agama. Penduduk negeri Sarawak dapat menikmati bermacam-macam perayaan yang berwarna-warni sepanjang tahun. Kepelbagaian budaya ini juga membolehkan negeri Sarawak menjadi satu daripada destinasi pelancongan yang paling popular di wilayah ini.
Geografi
Lokasi Geografi
Negeri Sarawak terletak di wilayah barat di pulau Borneo. Dengan kawasan yang seluas 124,449.51 kilometer persegi, negeri ini menjadi negeri yang paling besar di Malaysia, dan membentuk 34.5 % daripada jumlah keluasan 329,750 kilometer persegi di negara ini.
Terletak di utara Khatulistiwa antara latitud 0 50 dan 5 utara dan longtitud 109 36 dan 115 40 timur, negeri Sarawak terbentang kira-kira 800 km sepanjang pantai barat laut pulau Borneo. Negeri Sarawak dipisahkan dari Semananjung Malaysia oleh jarak 600 km Laut Cina Selatan.
Di pulau Borneo, negeri Sarawak bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut dan Negara Brunei Darussalam yang membentuk enklaf berganda. Di sebelah pedalaman pula, negeri Sarawak bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia.
Topografi
Negeri Sarawak terbahagi kepada tiga wilayah; kawasan pesisir pantai yang meliputi tanah paya gambut lembah delta yang sempit dengan tanah aluvial; kawasan bukit bukau yang luas dalam lingkungan 300 meter dan tanah tinggi gunung yang melebar ke sempadan Kalimantan.
Sebelum ada jalan raya, semua komuniti bumiputera ini yang tinggi di tepi sungai bergantung kepada sungai untuk mendapatkan makanan dan air. Komuniti-komuniti ini masih menggunakan sungai untuk mengangkut mereka ke kebun mereka serta juga ke kampung-kampung dan bandar-bandar lain.
Oleh sebab letaknya berhampiran dengan khatulistiwa, maka negeri Sarawak mempunyai iklim yang panas dan basah sepanjang tahun dengan suhu di permukaan bumi antara 20 hingga 30 darjah sentigrad.
Iklim dan Jumlah Hujan
Ekonomi
Pertumbuhan Ekonomi
Pada mulanya, keutamaan ekonomi negeri Sarawak tertumpu kepada usaha membangunkan sumber aslinya, sektor pertanian dan sektor perhutanan dan penyediaan asas untuk pertumbuhan perindustrian demi mewujudkan peluang pekerjaan. Antara tahun 1963 hingga tahun 1973, 36% keluaran kasar domestik(KKD) datang daripada sektor komoditi utama tersebut, khasnya sektor penternakan pertanian, perhutanan dan perlombongan. Selepas tahun 1972, sektor perlombongan dan sektor pembuatan menjadi penyumbang terbesar terhadap KKD negeri Sarawak. Purata pertumbuhan KKD meningkat daripada RM 3,679 juta dalam tahun 1981 kepada RM 6,559 juta dalam tahun 1990.
Mengenai Infrastruktur Sarawak
Walaupun dengan keadaan bumi yang luas dan banyak kawasan yang tidak mempunyai kemudahan jalan raya, bandar-bandar utama dan bandar rayanya mempunyai rangkaian jalan raya yang sungguh baik. Negeri Sarawak mempunyai kemudahan lapangan terbang dan pelabuhan untuk perhubungan antarabangsa dan dalam negeri, serta juga sistem rangkaian jalan raya yang menghubungkan bandar-bandar utama di Sarawak, Sabah, Brunei dan Indonesia.
Pengangkutan Udara
Kuching dihubungkan dengan sistem perjalanan udara dengan beberapa bandar raya utama di Malaysia seperti Johor Baru, Kuala Lumpur,Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. Terdapat penerbangan antarabangsa dari dan ke Singapura, Hong Kong dan Brunei antara lainnya. Lapangan terbang Miri, Sibu dan Bintulu telah dinaik taraf atau dibina semula dan ini telah membolehkan ketiga-tiganya mengendalikan pesawat-pesawat yang lebih besar. Dalam tahun 2001, lapangan terbang di negeri Sarawak mengendalikan kira-kira 5 juta orang penumpang dan kira-kira 30,000 tan metrik kargo.
Syarikat Penerbangan Malaysia, pengangkut nasional, menawarkan perkhidmatan udara dalam Malaysia serta juga ke lebih 70 destinasi antarabangsa di 36 buah negara dan kesemua enam benua. Syarikat Pengangkutan Udara yang terdapat di Sarawak ialah AirAsia, Maswing, Transmile, Royal Brunei Air (RBA) dan Singapore Airlines (SIA), Silk Air, Batavia Air. Syarikat Penerbangan Malaysia mengendalikan penerbangan harian dari Ibu Negara ke Kuching dan mempunyai perhubungan langsung dengan bandar-bandar raya utama di Eropah, Australia, Amerika dan Asia. Syarikat Penerbangan AirAsia juga telah mengembangkan perkhidmatannya ke negeri Sarawak dan juga ke wilayah Asia Tenggara. Kini tiket penerbangan boleh dibeli dalam talian dengan menggunakan laman web syarikat penerbangan masing-masing atau di mana-mana lapangan terbang utama di negeri Sarawak. Penerbangan menghubungkan semua bandar raya utama di negeri Sarawak serta juga di agensi-agensi pelancongan.
Negeri Sarawak juga mempunyai landasan kapal terbang yang menyediakan perkhidmatan penerbangan ke petempatan-petempatan pedalaman seperti Ba Kelalan, Bario, Long San, Long Seridan, Long Bangga dan Belaga. Perkhidmatan udara terjadual yang kerap dengan menggunakan pesawat DHC6 Twin Otters ke landasan-landasan ini biasanya mengalami kendala masa yang terbatas disebabkan masalah penglihatan. Pesawat-pesawat catar dan perkidmatan helikopter juga boleh didapati. Kerajaan menyediakan perkhidmatan doktor udara untuk membawa perkhidmatan perubatan kepada penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman yang tidak dihubungkan dengan jalan raya di negeri Sarawak.
Pengangkutan Air
a. Perkapalan antarabangsa dan pesisir
Pelabuhan utama terdapat di Kuchng, Sibu, Bintulu dan Miri. Pelabuhan Senari, yang terkini, merupakan pelabuhan air dalam yang baharu di Kampung Senari memperlengkap kemudahan yang sedia ada di Lembaga Pelabuhan Kuching. Kesemua pelabuhan di Sarawak dilengkapkan dengan kemudahan untuk mengendalikan kargo am dan pukal, kering, cecair dan gas. Kecuali Pelabuhan Bintulu (pelabuhan laut dalam) yang merupakan Pelabuhan Persekutuan, semua pelabuhan lain diuruskan sendiri sebagai Lembaga Pelabuhan Negeri.
b. Sistem Pengangkutan Sungai
Sungai ialah nadi hidup penduduk negeri Sarawak. Sistem pengangkutan sungai mempunyai peranan yang sangat penting untuk sebahagian yang besar penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman dan yang tinggal di sepanjang pantai. Sistem pengangkutan sungai ini membolehkan penumpang-penumpang dan barang-barang diangkut ke pelbagai tempat di negeri Sarawak.
Negeri Sarawak mempunyai 55 batang sungai dengan jarak 3,300 km yang boleh digunakan untuk pengangkutan penumpang dan barang. Sungai Rejang sepanjang 567 km ialah sungai terpanjang di Malaysia. Antara 300 hingga 500 buah bot dan vesel yang berulang alik di sungai tiap-tiap hari dan kira-kira 50% lalu lintas itu melibatkkan pengangkutan penumpang, yang selebihnya untuk pengangkutan barang termasuk balak.
Negeri Sarawak boleh berbangga dengan dirinya kerana menyediakan perkhidmatan bot ekspres yang bukan hanya murah tetapi cekap untuk menghubungkan pelbagai bandar kawasan pesisir. Perkhidmatan bot ekspres juga banyak menggunakan laluan sungai menuju kawasan pedalaman yang tidak mempunyai jalan raya.
Pengangkutan Darat
Semua bahagian dan daerah di negeri Sarawak dihubungkan dengan jalan raya sekarang. Lebuh Raya Trans-Borneo bermula di Lundu di Bahagian Kuching merentas negeri menuju ke Merapok di Bahagian Limbang. Dalam tahun 1960-an negeri Sarawak mempunyai jalan raya berturap dalam sekitar 300 batu. Walau bagaimanapun, sekarang negeri Sarawak sudah dihubungkan oleh lebih 11,368 km jalan raya. Secara kasarnya, 72% daripada jalan raya ini berturap bitumen manakala 22% jalan batu dan yang selebihnya tidak berturap.
Sistem jalan raya di negeri Sarawak sentiasa dinaik taraf dan sistem pengangkutan awam ditambah baik untuk memenuhi keperluan lalu lintas yang kian meningkat. Baru-baru ini, jumlah RM 5.5 bilion telah diperuntukkan untuk melebarkan rangkaian jalan raya yang menghubungkan bandar-bandar utama di negeri Sarawak. Dalam tahun 1996, bilangan kenderaan berdaftar di negeri Sarawak ialah 41,817 buah; angka yang kecil berbanding dengan 717,245 buah kenderaan berdaftar dalam tahun 2001.
Kebanyakan bandar dan bandar raya utama menawarkan pelbagai perkhidmatan pengangkutan awam, termasuk perkhidmatan bas, teksi dan limosin. Perkhidmatan bas juga terdapat untuk perjalanan dalam negeri Sarawak serta perjalanan antara negara ke Pontianak (Indonesia) dan Brunei. Perjalanan dari Kuching ke Sibu dengan kereta mengambil masa kira-kira enam jam manakala perjalanan dari Kuching ke Miri akan mengambil masa kira-kira 12 jam.
Kemudahan Pengangkutan Kargo
Kebanyakan syarikat menyediakan perkhidmatan pengangkutan kargo kontena yang menyeluruh, seperti perkhidmatan pengangkutan kontena, penghantaran barang, penyimpanan di gudang, pengedaran, pemeriksaan kastam di pelabuhan dan baiki, sewa dan selenggarakan kontena.
Pendidikan
Dasar Kerajaan Negeri membangunkan pendidikan menyebabkan sekolah rendah dan sekolah menengah yang beribu-ribu buah terbina di seluruh negeri, termasuk kawasan pedalaman/terpencil. Beberapa buah institusi pengajian tinggi swasta dan awam telah dibina di negeri Sarawak. Dalam tahun 2001, Kerajaan telah membina sejumlah 1,257 buah sekolah rendah dan 160 buah sekolah menengah. Sejumlah 462,334 orang murid yang belajar di sekolah-sekolah ini – hampir dua kali bilangan murid dalam tahun 1995.
Bersyukur terhadap dasar-dasar yang seumpama itu, kadar celik huruf kini telah meningkat kepada 85 peratus. Negeri Sarawak juga mempunyai beberapa buah institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Technology Mara (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), dan beberapa institusi swasta, termasuk Universiti Curtin, Universiti Swinburne, Universiti Tun Abdul Razak, Universiti Limkokwing, Kolej Stamford, Cermai College dan Kolej INTI.
Lebih maklumat mengenai sistem pendidikan di Malaysia boleh dicapai melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC)
Kerajaan Negeri juga mengadakan enekmen Peraturan Biodiversiti Sarawak dalam tahun 1998.
Antara tahun 1998 dan 2003, Kerajaan Negeri mula meneliti potensi dalam penyelidikan berasaskan bioteknologi intensif dan pembangunan produk daripada sumber biologi pelbagai ini.
Dalam bulan Disember 2003, Dewan Undangan Negeri Sarawak meluluskan Ordinan Pusat Biodiversiti Sarawak 2003 dan mengkaji semula dan meluluskan semakan peraturan biodiversiti Sarawak dalam tahun 2004. Pindaan ini mempertanggungjawabkan SBC untuk memulakan penyelidikan berasaskan bioteknologi intensif dan pembangunan terhadap sumber biologi Negeri Sarawak - khususnya yang telah digunakan oleh masyarakat bumiputera dan mempermudah dokumentasi pengetahuan tradisional yang cepat pupus daripada masyarakat bumiputera tentang penggunaan sumber biologi.
Unit Makmal Penyelidikan Tanah Gambut Tropika
Visi: Menjadi pusat utama penyelidikan dan pembangunan lestari bagi kawasan tanah gambut tropika yang bertaraf dunia
Misi: Untuk membentuk pengurusan kawasan tanah gambut tropika secara mampan
Unit ini mempunyai lima objektif utama:
Menjana teknologi bagi mencapai produktiviti yang mampan dan pemanfaatan penggunaan kawasan tanah gambut tropika secara optima.
Berkongsi data saintifik dan informasi untuk pemahaman, pengurusan, pemuliharaan dan penggunaan sumber tanah gambut tropika yang mampan.
Meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan tanah gambut tropika, karbon gambut dan kesan terhadap persekitaran.
Melatih penyelidik dalam memantapkan pengetahuan terhadap sumber tanah gambut tropika.
Menyediakan bantuan teknikal serta perundingan kepada klien di dalam dan luar Malaysia
Aktiviti-aktiviti Unit ini bertujuan untuk mengkaji keseimbangan karbon kawasan tanah gambut tropika dan menjana maklumat saintifik untuk penggunaan, pengurusan dan pemuliharaaan sumber tanah gambut tropika secara mampan.
Unit Makmal Penyelidikan Tanah Gambut Tropika terdiri daripada 5 bahagian iaitu: Penyelidikan Persekitaran, Kajian Tanaman, Kajian Molekular dan Mikrobiologi, Kajian Kimia dan Pentadbiran dan Pengurusan.
Dana operasi dan projek-projek penyelidikan adalah dibiayai melalui pelbagai sumber dari Kerajaan Pusat serta Kerajaan Negeri. Antara organisasi yang mempunyai kerjasama penyelidikan dengan Unit ini adalah universiti-universiti terkemuka di Jepun seperti Hokkaido University, Tokyo University of Agriculture and Technology, Chiba University, Nagoya University serta organisasi terkenal seperti Asia and Japan Flux Groups dan Japan Forest Research Institute.
Pustaka
Pustaka Negeri Sarawak ialah perpustakaan rujukan terbesar di Sarawak. Dirangkaikan dengan semua perpustakaan, arkib dan pusat maklumat di seluruh Sarawak dan Malaysia, PUSTAKA berhasrat untuk memberi semua pihak capaian mudah terhadap maklumat dan pengetahuan
Perpustakaan ini juga menjadi pusat komuniti pengetahuan dan kebudayaan. Di sini seseorang bukan sahaja boleh mencapai koleksi maklumat yang sangat luas dan banyak dalam bentuk media elektronik bercetak, malah juga boleh menyertai program pertukaran pendidikan dan kebudayaan, program dan kegiatan yang dianjurkan secara tetap.
Perpustakaan ini juga memelihara warisan intelek negeri ini untuk faedah rakyat Sarawak.
Terdapat 36 buah perpustakaan desa tajaan Perpustakaan Negera di bawah jagaan PUSTAKA. Perpustakaan ini terdiri daripada:
Perpustakaan Desa Kampung Keranji, Kuching
Perpustakaan Desa Taman Palma Indah, Kuching
Perpustakaan Desa RPR Tondong, Kuching
Perpustakaan Desa Taman Duranda Mas, Kuching
Perpustakaan Desa Taman Sepakat Jaya, Kuching
Perpustakaan Desa Taman Sri Muhibbah, Kuching
Perpustakaan Desa Taman Sri Permai, Kuching
Perpustakaan Desa Kampung Samariang Lama, Kuching
Perpustakaan Desa Bandar Baru Samariang, Kuching
Perpustakaan Desa Taman Harmoni, Sri Aman
Perpustakaan Desa Kampung Pusa, Betong
Perpustakaan Desa Kampung Beladin, Betong
Perpustakaan Desa Kampung Sepinang, Betong
Perpustakaan Desa Kampung Meludam, Betong
Perpustakaan Desa Taman Susur Jambu Indah, Sarikei
Perpustakaan Desa Taman Muhhibah Indah, Kanowit
Perpustakaan Desa Kampung Hilir, Sibu
Perpustakaan Desa Bahagia Jaya, Sibu
Perpustakaan Desa Skim Tunoh, Kapit
Perpustakaan Desa Taman Ixora Indah, Kapit
Perpustakaan Desa Tanjung Manis, Mukah
Perpustakaan Desa RPR Lawas, Lawas
Perpustakaan Desa RPR Batu Biah, Limbang
Perpustakaan Desa Kampung Bunan Gega, Serian
Perpustakaan Desa Kpg. Pangtray, Daro
Perpustakaan Desa Kpg. Jemoreng, Matu
Perpustakaan Desa Taman Stakan Jaya, Kota Samarahan
Perpustakaan Desa Taman Everglades, Kuching
Perpustakaan Desa Taman Samarindah, Kota Samarahan
Perpustakaan Desa Pabahanan, Limbang
Perpustakaan Desa Meritam, Limbang
Perpustakaan Desa Kampung Teh, Mukah
Perpustakaan Desa Kampung Puyut, Marudi
Perpustakaan Desa Sungai Asap, Belaga
Perpustakaan Desa Kpg. Tegageng, Bekenu
Perpustakaan Desa Layar, Betong
Perpustakaan Awam di negeri Sarawak
Perpustakaan Awam Lembaga Kemajuan Bintulu
Perpustakaan Dewan Bandaraya Kuching Utara
Perpustakaan Awam Kanowit
Perpustakaan Awam Kota Sentosa
Perpustakaan Awam Majlis Bandaraya Miri
Perpustakaan Awam Majlis Daerah Sri Aman
PUSTAKA Miri
Perpustakaan Awam Sarikei
Perpustakaan Awam Majlis Perbandaraan Sibu
Subscribe to:
Posts (Atom)
























