Monday 3 December 2012

Aku mok share sigek ceta, tentang pusak...

Pusak ninek aku rah kampung
Edit by Photoshop CS6

Pusak... sapa sik kenal binatang tok owh, nang baruk idup org ya. 

Kucing a.k.a pusak adalah haiwan paling dikenali di dunia. aku ritok teringat artikel nak dibaca ku setaun yg lalu. Aku teringat mok share rah blog aku, setaun yg lepas my blog kuching tok minak blog yg dah di delete jak. Jadi, juh baca artikel tok.

Kisah ini ditulis oleh Mr Muz


Assalamualaikum dan salam maal hijrah kepada semua! 

Just nak sharing kisah kehidupan aku dengan salah satu makhluk ciptaan Allah iaitu kucing…

Kucing dengan kehidupan aku memang sinonim, almaklumlah mak dan arwah ayah aku daripada dulu lagi membela kucing ni sampaikan kalau korang datang umah aku memang penuh dengan kucing, sekarang ni bila dikira balik, adala dalam 16 ekor. Apa yang aku nak sharing kat sini ialah bagaimana makhluk ciptaan Allah ni memainkan peranan dalam kehidupan kita terutamanya aku. Dari dulu lagi aku dididik supaya membelai dan mengasihani kucing, sampaikan semua kawan aku tahu yang aku ni sayangkan kucing, diorang tak hairan dah kalau aku bercakap dengan kucing sebab diorang dah biasa. Nasib baik la diorang tak anggap aku ni gila! :)

Gambar hiasan daripada Google Image


Motif posting aku kali ni adalah untuk share dengan korang balasan daripada kita mengasihani binatang ciptaan Allah ni. Aku percaya kalau rumah korang selalu didatangi kucing yang korang tak pernah lihat or nampak then korang bagi makan then korang nampak kucing2 tersebut bersantai di sekeliling rumah korang, itu bermakna rumah korang penuh dengan rezeki2 yang Allah kurniakan, insya Allah. 

Pusak liar yg dtg kerumah aku dolok, nya dah mati
kenak lantak
Kadang2 kat kedai makan, ada kucing yang lapar, apa salahnya kita bagi sikit cebisan2 lauk or tulang2, tak luak pun makanan kita, ye tak? Mungkin bukan di dunia kucing tersebut akan membalas jasa kita tetapi mungkin di akhirat. Ustaz aku time aku sekolah dulu pernah berseloroh, dia cakap mungkin kucing yang kita pernah tolong nanti di akhirat akan menolong kita, misalnya time nak menyeberangi titian siratul mustaqim, mebi kita terjatuh dan tak mustahil kucing yang kita pernah tolong di dunia akan menyambut tangan kita naik ke atas semula, wallahu alam… ;)

Gambar hiasan daripada Google Image
Pernah satu ketika dulu time aku takda job, sen pun takda, seingat aku dalam poket ada RM3 je, time tu lapor yang amat, pegilah aku ke 7E, beli air tin dengat roti, time tu tengah malam dah, tengah makan roti sebungkus tu tiba2 muncullah seekor kucing betina, comel yang amat, aku ni takleh tengok yang comel2 ni, huhu. Jadi aku pon share lah sikit roti yang tak seberapa ni padanya. Lahap sunggoh dia makan, lapar agaknya, tengok perot pun kempis, tak makan 2-3 hari kot, jadi malam tu aku menikmati rezeki Allah dengan kucing tu.

Pusak liar yg dtg kerumah aku dolok, nya dah mati
kenak lantak
Abeh dah makan, dia terus naik duduk atas peha aku, aku paham, kalau dia buleh cakap, mesti dia cakap “Terima kasih“ . Aku usap2 badan dia, terlena dia atas peha aku. Aku gerakkan dia la nak balik, aku letak dia atas lantai. “Next time kita jumpa lagi!” Sambil aku start motor dan terus blah. Sebulan lepas tu aku datang lagi, aku tercari2 jugak mana pegi kucing ni, tak sampai lima minit, aku tengok dia datang sambil berlari2, ya Allah, ingat lagi kau kat aku. Tetiba je aku teringat manusia sesama kita ni, kadang2 kawan yang kita pernah tolong langsung tak ingat dah kat kita tapi berlainan dengan makhluk Allah yang lain.

Pusak ninek aku rah kampung
Ada satu lagi pengalaman aku, masa tu aku stay umah membe aku, pagi2 tu aku keluar nak makan nasik lemak, ada sorang gerai milik seorang makcik tua ni kat satu simpang jalan, jadi aku pun singgahla makan. Aku tengok kat tepi gerai dia ada satu balang yang penoh dengan friskies yang penuh tapi aku tengok takda seekor kucing pun. Kebetulan time aku abes makan tu dia dah nak close gerai dia. 

"curiosity killed the cat ", pusak yg slalu
dtg ke rumah aku, slalu juak aku berik nya makan
Pas aku bayar then sebelom aku start kereta aku tengok makcik tua tu panggil kucing2 dia keluar lalu makcik tu tuangkan friskies tu atas kertas surat khabar. Lebih dari sepuloh ekor kot yang datang. Aku keluar then aku borak ngan makcik tu, sepanjang perbualan tu, ada satu yang aku kagum, makcik tu kata “Kucing2 makcik ni makcik bagi makan selepas makcik tutup kedai, sebab makcik ada pesan kat diorang, time pelanggan ada jangan keluar, nanti ganggu pelanggan makan.” Begitu taat kucing2 tersebut kepada tuannya!




Last nak share, kat kampung aku ada market jual ikan, kalau korang pegi time malam selalulanya jam 9 malam, korang akan nampak satu Estima kaler itam akan datang bawa makanan kat kucing2 dan anjing2 kat dalam market tersebot. Aku pernah sekali sempat berborak dengan pakcik pemilik Estima tersebot, salah satu ayat yang aku nak share dengan korang adalah “Dah dekat 10 tahun pakcik bagi makan kat kucing2 dan anjing2 kawasan ni, alhamdulillah, berkat kita tolong diorang, Allah murahkan lagi rezeki pada pakcik sekeluarga. Kalau pakcik tak datang, entah sapala lagi nak bagi mereka makan.” Sesungguhnya ternyata Allah murahkan rezeki pakcik tu sebab dia sanggup share rezeki dengan makhluk2 Allah yang lain.

Credit to: pusak kedey makan di Langkawi...
P/s: "like a boss!"


Masa bahagian kuching