Saturday 24 December 2011

Maya Karin Terkejut Baca Artikel Blog “Aksi Lucah Dalam Ombak Rindu”



“Perkara ini tidak perlu diperbesarkan kerana saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu,” kata aktres, Maya Karin, mengulas laporan blog yang memetik kenyataannya ‘syukur alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar’ kononnya merujuk babak 

panas yang dilakonkannya dalam filem Ombak Rindu.


Menurut Maya, dia hanya meluahkan rasa gementar apabila perlu melakukan babak sedemikian.


“Saya tahu di mana tempat sesuai untuk berkata (syukur Alhamdulillah). Saya malas kalau orang lain nak kritik dan ia tidak perlu dibesarkan kerana sudah disalah tulis.


Ada juga yang saya tidak sebut langsung dan terkejut apabila terbaca mengenai perkara ini,” katanya ketika menghadiri program Ramah Mesra bersama Yayasan Orang Kurang Upaya (Yokuk) di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, semalam.


No comments:

Post a Comment

Sidak tok tengah bersusei hal post nok diatas tok, ktk join skali mok?

Masa bahagian kuching