Saturday, 22 September 2012

Fahrin ahmad melawat Shell di Kuching

yang kanan tu mak aku, yg ambik gmbar tu
abg aku, Diemo Photography.
Bangga la konon mak gua tu dpt bergambar ngn artis, cehh... gua ngn adik2 gua pi tunggu dlm kereta. siot!!

Friday, 21 September 2012

Sumbangan Gaddafi Di Libya




Post ni gua delete dulu sebab ada masalah teknikal, baru gua teringat tentang post ni masa gua tengok movie hitler, gua ingat tentang dictator. Jadi gua cari post ni, cari punya cari, gua jumpa yg paling complete skali, jom kita baca! 

"Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri."

camne? gua tak ikut sapa2 dlm entry ni, gua hanya baca apa yg gaddafi buat di libya dulu...

Thursday, 13 September 2012

Kemerdekaan UPSR...



takde idea nak letak thumbnail ape, letak
jela gmbar bdk2 UPSR taun lepas...
Arini gua berjaya harungi 3 hari yg menyeronokkan. Hari pertama memang la rasa cam nak nangis, tpi bila dah msok hari ke-2, rasa seronok, tpi bila last day UPSR, member2 sebilik gua semua rasa cam buat latihan je, memang bersukaria kami dlm bilik tu.

Hari pertama gua jawab paper bm1 bm2 ngn math 2. hari kedua gua jwb paper math1, tpi 2 sbuject skolah gua tak ambik, iaitu bahasa cina ngn tamil, jadi, gua balik kol 9.15 pagi laa. Last day pulak, gua jwb bi1, bi2, sains ngn aptitud (ujian penderaan otak). aptitud tu gua rasa lagi baru.

Bila acara penutupan UPSR, kenangan yg paling gua takkan lupa ialah kacau Ali (jaguh badminton skolah) minum, habis tersembur air yg dia minum kat org dpn ngn tepi, tak terkecuali gua! hahaha!!! takkan gua lupa kenangan menghadapi UPSR nih. First day bkan main lagi ramai yg nangis, bila last day cam funfair bilik peperiksaan gua tuu.

Gua dikatogori Pusat 371, iaitu kumpulan yg ditarget cikgu2 utk dpt 5A, Pusat 372 pulak murid2 yg ditarget cikgu utk dpt 5A dan kebawah. Gua cukup puas hati, pusat 371 tingkat paling atas manakala pusat 372 hanya naik 2 set tangga, gua naik 4 set!!! Lahanat btol laa...

Tpi alhamdulillah gua dpt jawab semua paper dgn tenang dan waras, kecuali ujian aptitud yg buat otak gua hampir gila tuu. sabor je laa. Tpi gua memang sanjung cikgu-cikgu gua sbb dah beri pengetahuan yg banyak... doakan gua dpt 5A...

Friday, 7 September 2012

Tips menghadapi UPSR

nanana~~~ takde idea, gune jela gmbar yg same...

Jika tadi gua post entry tentang Tips meniru dalam peperiksaan, kali ni pulak tips menghadapi peperiksaan, gua target UPSR. Sebelum lu teruskan baca, baca sampai habis article ni, baca dlm beberapa ari sbelum UPSR supaya ada persediaan sepenuhnya.

Tips 1: Ketenangan
Ketengan ialah perkara yg paling diperlukan semasa menjalani peperiksaan. Jadi, gua sarankan lu-lu yg nak msok dewan peperiksaan supaya jgn nervous, kalau nak lebih bersemangat, isi air panas dlm botol minuman, jgn panas sangat, suam2 sikit laa. 

Pastikan fresh2 dari rumah. Gua mau yg lu semua pegang botol tu. Kalau kita nervouskan, tangan kita kompom sejuk. Jadi, gua suruh pegang botol tu utk membarakan semangat kita... jgn sampai tangan melecur sudah...

Tips 2: Disiplin kejap
Pastikan anda diam daripada mula menjawab kertas soalan, sehingga tamat waktu menjawab. Kalau nak bising, nak bergayut, buat lepas peperiksaan. Kompom takde masalah yg berlaku. Gua berani jamin...

Tips 3: Ulangkaji
Kalau nak refresh memory kita, ulangkaji pagi2 tu jugak, tak kira tgh sarapan ke, berak ke, ape ke, ulangkaji je ape2 bende yg boleh, tpi ulangkaji nota je lah, jgn ulangkaji buku teks lagi...

Tips 4: Beban beg
Bawak ape yg perlu je, kalau boleh gua sarankan bawak pensel, pemadam, pen(jika perlu) dan sharpener, semua letak dlm pocket. Gua buat camtu ari Selasa ni (ari UPSR). Taklah beban nak mampus.

Tips 5: kebangangngan
Gua tau perkataan kat atas ni susah nak baca, tapai bangang adalah salah satu benda yg diperlukan masa di meja peperiksaan. Buat2 diri cam bangang, bkan bengang, bangang. Sbb apa mesti buat2 bangang.

kalau lu semua buat camtu, kompom pengawas peperiksaan tak kan syak apa2 kat lu sbb pengawas peperiksaan adalah seorang manusia, yg ada sifat peri kemanusiaan(kecuali israel). pengawas nampak kita bangang, dia tak pandang pon kita. Jgn pulak bangang masa jawab kertas peperiksaan tu nanti...

Tips 6: Semak
Pastikan anda semak kertas anda sblum anda serahkan kertas tu kat pengawas peperiksaan. Tpi kalau dah tak sempat takpe la. Tips ni yg slalu semua cikgu sebut, smpai dah nak gila gua dibuatnya.

Tips 7: Barang
Jangan bawak apa2 barang yg disyaki mempunyai jawapan; terutamanya bahan bacaan seperti novel, majalah, surat khabar apa2 yg berkaitan bahan bacaan. Nanti anda disyaki menipu.

Tips 8: Tidur
Pastikan tidur cukup pada malam UPSR. Tidur merupakan aspek yg penting (cikgu gua ckp la), bagi gua, pukul 9 paling bagus tidur kalau nak bangun pukul 5. Kalau pukul 5 bangun, mandi dan buang 'shit' anda dlm 10 minit, bersiap dlm 10 minit, baki 40 minit tu anda boleh guna utk ulangkaji.

Sampai sini jelah article kali ni.

P/s: Jangan meniru masa ujian nanti

P/p/s: Gua doakan semua calon UPSR supaya diberi ketenangan masa menghadapi kertas2 soalan tu nanti. amin...






Tips meniru dalam peperiksaan

UPSR di skolah mane ntah, 2007

Lu semua tau kan yg PMR dah takde dah, taun ni last PMR(2012). Jadi lu semua mesti hanya kesah pasal UPSR dgn SPM kan? Tambahan pulak 4 ari lagi gua nak UPSR, Selasa minggu dpn gua nak UPSR, tpi gua msih rileks, msih sempat tersenyum lagi kat skolah, msih smpat buat lawak lagi kat kelas.

Tak sangka gua dah nak UPSR, gua ingat msih ada 40 ari lagi, rupanya 4 ari lagi, wtf... Jadi, kalau nak senang jawab kertas UPSR, tenangkan diri, anggap UPSR ni mcm ujian bulanan yg anda boleh skor 100%, jgn pulak lu semua pikey ni ujian semester pulak!

Ni adalah tips2 yg diperolehi drpd pegawai2 pelajaran yg menangkap calon meniru masa peperiksaan, ni adalah antara tactic yg digunapakai masa meniru...

Handset sebagai penghubung


Dunia semakin maju seiring dengan gadjet-gadjetnya. Henset juga merupakan gadjet yang semakin berkembang pesat kemajuannya. Namun begitu, kemajuan tersebut seharusnya dimanipulasikan dengan baik oleh pelajar-pelajar yang pemikirannya berorentasikan inovasi. Ada dua cara nak gunakan handset sebagai medium meniru ketika peperiksaan akhir ini.

Pertama : Tulis nota dalam save item SMS. Ataupun ambik gambar nota-nota terus save dalam handphone. Cara nak baca nota ini ketika perperiksaan ialah ketika pengawas peperiksaan sedang leka berbual hal AF di belakang. Para peniru perlu berani mati ketika ini. Kena tangkap, mati.

Kedua : Suruh kawan yang tak ambik paper masa tu, standby kat rumah dengan buku teks. Bila si penjawab dah stuck, segera lah ke tandas, hantar mesej kepada member yang kat rumah. Member tersebut dapat je, terus cari jawapan dalam buku teks tadi. Semua operasi ini harus dilakukan bawah 5 minit untuk mengelakkan para pengawas peperiksaan curiga dan was-was.


Nota dibalik slip peperiksaan


Slip periksa perlu dibawa sebagai bukti si pengambil kertas ini mengambil kertas yang betul. Untuk mangadaptasi teknik ini, calon memerlukan keberanian tahap dewa ketujuh. Hal ini kerana slip periksa itu cuma sehelai. Macamana nak selitkan nota dibelakangnya. Ada tekniknya. Jangan ingat MLM sahaja ada teknik jadi kaya. Caranya, serta-merta masuk ketika pelajar lain berpusu-pusu ingin masuk ke dewan. Biasanya akan ada pak guard menjaga pintu dewan. Tapi kalau dah ramai-ramai masuk, mana sempat dia nak tengok sorang-sorang.

Dah masuk terus ambik tempat duduk. Biasanya kertas soalan dan kertas jawapan dah tersedia atas meja. Sejurus sahaja duduk, terus selitkan nota tadi dibalik kertas-kertas soalan tadi. Tadaaaa... Sudah ada jawapan di kertas soalan anda. Natijahnya? Menjawab soalan dengan senyuman. Kehkehkeh...


Nota di tandas


Untuk mengaplikasikan kaedah ini, para peniru perlu meletakkan nota lebih awal dari waktu peperiksaan yang dijadualkan. Datang awal ke dewan, pergi ke tandas dan letakkan nota di balik tangki tandas jamban tu. Kemudian keluar semula ke tempat orang berkumpul dengan perasaan yang tak berdosa dan muka innocent macam tak de apa-apa berlaku.

Masa peperiksaan berlangsung hampir satu jam dan anda sudah ketandusan jawapan, pergilah toilet di mana nota yang telah anda selitkan. Proses membaca nota ini harus dilakukan bawah 5 minit. Merbahaya kalau kantoi. Kehkehkeh...


Tulis nota di tapak tangan


Ini merupakan salah satu teknik yang paling mengarut tapi masih ada yang aplikasikannya. Bayngkanlah, tapak tangan kita tu besar mana untuk tulis nota? Tapi ada jugak yang gunakan teknik ni.

Cubalah perhatikan sekeliling anda sewaktu menunggu detik untuk masuk ke dewan peperiksaan. Mesti ada tangan yang penuh dengan tattoo. Tapi bukan tatto naga atau harimau, tattoo tersebut berunsurkan tulisan semata-mata. Takpelah, sedikit sebanyak pun membantu dalam menjawab paper.

P/s: Jika anda inginkan kejayaan yg ikhlas, jangan meniru dalam peperiksaan. 
Ingat! 'Anda cuba sekali, anda menyesal selamanya'. 

Sunday, 2 September 2012

Sarawak kecundang lagi

Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching

Sarawak kecundang 2 - 3 menentang Pahang di laman sendiri.Gua ada tengok team Sarawak training kat padang tepi stadium besar tu. Stadium Sarawak yg bertaraf dunia tu tengah di repair kerusi2 yg dah tercabut tu, jadi terpaksa la team sarawak lwn kat Stadium Negeri yg bersejarah tu. Walaupun kalah, tpi dorang dah buat yg terbaik utk Sarawak. Ngap Sayot!!! Sementara menanti perlawanan bermula, gua dgn family gi jalan2 kat Carnival Jom Heboh. Tapi malangnya hari telah hujan memaksa aku sekeluarga balik  rumah.

Aku hanya tengok update kat Astro Arena yg menayangkan perlawanan Perak vs Negeri Sembilan, banyak kekasaran dan kesilapan berlaku sepanjang permainan. Antaranya gua tengok pemain Perak tersentuh bola dgn tangannya. Pastu pemain Negeri Sembilan pulak ter'step' kaki pemain Perak memaksa referee melayangkan kad kuning, bukan 1, tpi 9 kali!

Dahsyat gile dorang main, tpi tak sehebat permainan Sabah vs Terengganu tahun lepas, Terengganu menang 6 - 3 lawan sabah, perghhh!!! Kasar gilerr main!! Dua2 sama hebat. Jom heboh yg berlangsung sebelum perlawanan itu kurang meriah apabila hujan renyai2, atau org Sarawak panggil, 'ujan rintis2'. Tpi, yg gua pelik, hujan tiba2 berhenti bila dah nak keluar dari perkarangan Kompleks Sukan tu...

Ni gua selitkan gambar pesta Jom Heboh sebelum hujan. Nampak meriah dan membengalkan (memekakkan) telinga mendengar promosi2 yg ditawarkan, over volume...


Agak meriah dengan jeritan org yg memekakkan telinga, kampung gua lagi aman. Tpi disebalik kemeriahan tu, ade jgak budak mintak penampar dari skolah gua dtg dgn bala kaban kelaurganya pi ngutip tin, bahalol punya budak. Dahlah rasa dirik gengster, mbak geng bantei takut. eh alu ckp sarawak gua. hehehe...

Semoga perangai sabol cepat berubah dan cepat pindah dari skolah aku... amin...]

Sampai sini saje entri ari ni. Blog ni pun dlm proses utk maju.





Saturday, 1 September 2012

Kehangatan Gangnam Style


Gangnam style, lagu yg hangat diputarkan di seluruh dunia. Sapa tak kenal PSY ni? beliau antara artis korea yg paling meletup sekali, sehinggakan artis2 kat US nak gabung dgn beliau. PSY ni bukan masih baru, tpi dia sudah membuat lagu pada 2001 lagi, tpi lagu tu telah diaktakan kerana mengandungi bahan yg tidak sesuai utk remaja berumur 18 tahun kebawah. 

Nama album tersebut ialah "PSY From The Psycho World. Album keduanya pun dibanned dengan alasan yg sama, album tu bernama 'Ssa2'. Setelah bnyk kali menghasilkan album, album terakhir beliau menjadi sangat terkenal. Psy adalah penyanyi solo korea yang paling berjaya menembusi pasaran Amerika. 

Maksud Gangnam

Sekarang, banyak org menyangka gangnam tu maksudnya 'aku nak jadi seorang yahud' sedangkan tiada agama yahudi di Korea. Konspirasi teruss! Tuduh tiada bukti maknanya fitnah. Tu semua keja org melayu la tuh. ni keratan dari facebook yg gua jumpa.


Cuba tengok komen tu. Gangnam tu adalah daerah di Korea. Seperti yang kita ketahui, Seperti yang kita ketahui, Korea Selatan adalah negara Asia dengan tingkat pertumbuhan ekonomi yang cepat dan tinggi. Peningkatan standard hidup ini tidakhanya mempengaruhi gaya hidup sebagian penduduknya. Sebahagian dari mereka akan mula menghabiskan wang yang mereka dapat untuk berburu kesenangan dan barang-barang mewah. Dan di Korea Selatan, tidak ada tempat lain yang diniliai dapat menyamai kemewahan daerah Gangnam, daerah yang menjadi simbol kesejahteraan dan kemehawan di negara itu.


Ketika ekonomi naik, daya beli masyarakat juga meningkat. Namun tidaksemua orang dapat ikut menikmati kesejahteraan tersebut. Sehingga ketika gaya hidup semakin mewah, orang-orang yang tidak beruntung pula sebahagian terperangkap dalam kehidupan gali lubang, tutup lubang. Mereka adalah orang-orang yang tidak ingin status sosial mereka ‘dipandang rendah’. Dan sayangnya, tradisi tidak sihat ini menjadi trend di negara ginseng tersebut. Buktinya, peningkatan pengambilan kredit penduduk Korea selatan melambung begitu tinggi, bahkan lebih tinggi dibandingkan Amerika sebelum krisis.

Di Korea Selatan, ada sebuah lawak mengenai ‘wanita kicap masin’ atau Doenjangnyeo. Istilah ini diperuntukan untuk wanita yang rela memakan mee segera murah tetapi selalu menikmati kopi mahal seperti Starbucks yang berharga berkali-kali ganda lebih mahal. Maksudnya, wanita-wanita ini hanya mahu mengeluarkan sedikit wang untuk keperluan asas namun berani membayar mahal untuk keperluan tambahan, contohnya meminum kopi.

Oleh kerana ramai orang yang sudah ‘menjangkit’ oleh trend ini, kedai kopi menjadi popular dimana-mana, terutama di daerah elit seperti Gangnam. Hubungannya dengan lagu Gangnam Style? Ya, lagu ini diciptakan sebagai sindiran untuk gaya kehidupan tersebut.

Sampai sini jelah penulisan gua nih, rase sronok pulak guna kata ganti nama diri gua ni. lastly, gua nak selitkan beberapa video yg menyamai Gangnam style.

Ni video oringinal Gangnam Style



ni Parody Gangnam style, Super Kampung Style



Ni pulak Orang Sabah Style, haishhh, bnyk btol 
video gangnam ni...



Ni pulak Susana Gangnam Raya,ade jgak camni...



Masa bahagian kuching