Keputusan peperiksaan UPSR yg sepatutnya diumumkan pada 7 November 2012, akan ditunda pada 19 November bagi membolehkan penyemakan semula atas sebab-sebab tertentu.
Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Kementerian Pelajaran Malaysia,
6 November 2012