Saturday 25 February 2012

Jambatan gantung Satok akan dibina semula!


     Aku nak beritau sikit pasal Jambatan gantung satok yg runtuh dulu tuu.Nenek aku penah lalu kat jambatan tuu,die ckp terhinggut2 kene masa lalu kat situ. Tpi nenek aku tetap ckp yg jambatan tuu cantik. Kepada sesiapa yg rindu jambatan tuu, rindu anda sudah terubat. Sbb jambatan tuu akan dibina balik. Tunggu kajian dari kerajaan sarawak jer. Ni aku sertakan petikan dari The Borneo Post. Jom kita serbu!!


   KUCHING: Kerajaan akan membangunkan semula Jambatan Gantung Satok bagi mengembalikan nostalgia penduduk tempatan selepas roboh pada 2004.
          Bagaimanapun jambatan sepanjang 130 meter yang menghubungkan antara penduduk di Satok dan Matang pada awalnya akan dibangunkan bagi tujuan pejalan kaki sahaja.
Menurut Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, rancangan untuk membangunkan jambatan tersebut telah dibincangkan dan ia masih di bawah kajian.
“Kami memang telah merancang untuk membangunkan semula Jambatan Gantung Satok seperti yang sering dicadangkan oleh penduduk di kawasan ini.
          “Buat masa ini ia masih dalam perbincangan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kami akan membincangkan bajet yang sesuai untuk pembinaan jambatan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan yang diajukan oleh salah seorang jemputan yang turut menghadiri majlis pecah tanah pembangunan pangkalan di Kubah Ria Market di sini semalam.
            Dalam perkembangan berkaitan, satu jawatankuasa pengurusan sungai akan diwujudkan dengan kerjasama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) bagi memelihara kebersihan di sepanjang tebingan Kubah Ria.
Katanya dalam usaha mencantikkan sepanjang tebingan itu, kombinasi antara konkrit dan landskap asal akan diaplikasikan untuk tampil lebih menarik di mata pengunjung.
             Bagi tujuan itu, Abang Johari menasihati Persatuan Peniaga Kubah Ria mengambil inisiatif menanam pokok yang dapat melindungi sungai serta sesuai sebagai hiasan semula jadi.




Amacam? Dah gembira dah? Aku pon rindu gak ngn jambatan tuu. Last aku tengok masa aku 4 tahun. Time tuu aku jalan2 waktu malam ngn family aku.

No comments:

Post a Comment

Sidak tok tengah bersusei hal post nok diatas tok, ktk join skali mok?

Masa bahagian kuching